Dalam sehari dua ni aku rasa emosi aku tak stabil, kenapa tah…
aku sendiri tak faham. Ada kalanya aku bergelak suka ria, dan adakalanya
tiba-tiba hati jadi hiba… kadang-kadang walaupun diri berada di sekeliling umat
manusia, dan dikelilingai orang tersayang, tapi aku tetap rasa sunyi dan kosong… Mungkin itu petanda aku dah lama tak berzikruallah kepadaNYA??
Mungkin jugak… sebab aku rasa, sebagai manusia aku sering alpa dengan tipu daya
dunia, kadang-kadang terleka dengan kesibuakan diri, walaupun aku jarang
meninggalkan 5 waktu ku, tapi masih lagi ada rasa kekurangan diri ini…
Aku juga macam manusia lain, yang sentiasa inginkan yg terbaik,
untuk memperlengkapkan diri dengan amalan2 mulia, untuk dibawa ke sana nanti.
Sebab aku sedar, sebaik kita meninggalkan dunia ini, hanya kain kapan, amalan
dan doa anak yg saleh jer sebagai peneman di sana… Dan seperkara lagi, bila aku sudah terasa aku sedang berada di
puncak, tidak kira dalam apa jua bidang yang aku ceburi, aku masih ingin tunduk
ke bumi, sebab aku takut, aku takut akan jadi sombong, takbur, riak dan bongkak,
aku takut aku akan jadi lupa daratan, jika ada pilihan aku hanya ingin kekal di
mana aku berada sebelum2 ini, tapi dalam hidup, kita harus terus berjalan,
mengikut putaran roda kehidupan…
Atau mungkin juga, aku telah banyak melukakan hati orang-orang
di sekeliling aku?? Dan sebagai balasanya ini lah yang aku dapat?? Mungkin
juga.. tapi siapa, dan apa yang aku dah buat?? Mungkinkah kerana keegoan diri?
Ego kah aku?? Itu jugak aku tak mampu nak jawab, sebab aku tak punya sifat ego
dalam kamus diri ni…
Walau apa sekali pun keadaan aku ketika ini, kalau ada yang
menggelarkan diri mereka teman dan sahabat, aku mohon TOLONG INGATKAN
AKU… sesungguhnya aku ini manusia yg sering melakukan kesilapan… dan
mungkin tanpa sedar “kesilapan-kesilapan” itu telah membuatkan semua orang
di sekeliling aku menjauh kan diri… MAAFKAN AKU ANDAI AKU TELAH MELUKAKAN
HATI KORANG… SEKALI LAGI AKU MOHON TOLONG INGATKAN AKU….
P/S: Penyesalan itu bukanlah perkara yang boleh
dipermain-mainkan, sekali sesal, seumur hidup aku akan terhukum di atas
penyesalan itu….
kadang2 kita tak sedar kita dah kecikkan hati org...apapun kita hanya cuba buat yg terbaik..:)
ReplyDeleteSemoga cik pari pari putih sentiasa gembira dan tenang..
ReplyDeleteatau mungkin awak ada tertengking anak kucing jiran sebelah agaknya..hehehe
ReplyDeletenana rasa cik ppp x de wat salah ape2 pon..jangan lah rasa macam tu ye..
ReplyDeletechill laaaaa :)
yg sebenarnya n3 PPP ini. telah mengingatkan aku juga..
ReplyDeleteaku pun manusia yg mudah lupa.. alpa...
jadi terima kasih utk n3 ini