::APA YG BARU? Album 3 Suara







Salam sejahtera.. bertemu lagi di paripariputih. Kali ini saya ingin bercerita tentang Lagu baru. Beberapa bulan yang lepas saya berpeluang menghadiri PC gabungan 3 suara hebat Jaclyn Victor, Ning Baizura & Shila dalam album terbaru Terbitan Euphoric. 3 Suara menghasilkan 10 buah lagu (termasuk Acoustic version untuk lagu Beribu Sesalan) Dan rasanya seperti yang kebanyakan dari anda semua tahu dua buah lagu dari album tersebut iaitu Dimana Dimana dan Beribu Sesalan,kini semakin ligat diputar di stesen-stesen radio atau TV. Memang tak dinafikan gabungan 3 suara "power" ni membuat bulu tengkok saya berdiri, apa lagi apabila saat Jac tarik suaranya di bahagian chorus, ketika menyampaikan lagu Beribu Sesalan. Tabik spring untuk 3 arits ni. Lagu-lagu lain yang tidak kurang hebatnya adalah:

- It's A Beautiful Life
- Menari Dalam Hujan
- Semua Isi Hatimu
- Hanya Satu
- Mengenang Mu
- Tomorrow's Calling
- Teman

Paling menarik, sebelum saya meninggalkan majlis tersebut saya sempat bergambar kenangan dengan Jac yang sememangnya seorang arits yang "very humble" :). So pada anda di luar sana, yang masih belum mendapatkan Album 3 Suara, jangan lepaskan peluang ini, beli sekarang! Yang Ori ok! Akhir kata: Majulah Muzik Untuk Semua

Untuk lebih feeling dengar lagu ini sila lihat lirik yang disediakan selama "BERKAROK"


Ku susuri malam ini
Yang tidak berbintang sunyi sepi
Juga rembulan dah menghilang
Dalam kelam ku sendiri

Ku mencari hembus bayu
Yang selalu berbisik madah rindu
Kini membisu dalam sayu
Tidak ku temu suaramu

Kekasihku di jalanan yang berliku
Di saat ku perlukanmu
Tertutup jua segalanya terhadapmu
Di sini ku tersedu-sedu

Setelah cinta pergi
Ku mengusung duka ini diiringi
Kisah janji dimungkiri lagi

Kekasihku di jalanan yang berliku
Di saat ku perlukanmu
Tertutup jua segalanya terhadapmu
Di sini ku tersedu-sedu




@paripariputih::sharingiscaring:

Unknown

Phasellus facilisis convallis metus, ut imperdiet augue auctor nec. Duis at velit id augue lobortis porta. Sed varius, enim accumsan aliquam tincidunt, tortor urna vulputate quam, eget finibus urna est in augue.

2 comments:

  1. saya memang minat giler kat ning baizura n jac....
    lagu tema untuk citer anissa...memang power....

    ReplyDelete
  2. nampaknya kita meminati penyanyi yang sama.. saya mmg dari mula suka dengan Jac apa aja lagu yg dia bawak sume menjadi... thanks for your comment eita..

    ReplyDelete