::NOVEL (P.S. I LOVE U)

ISNIN 8:30 pagi, hari yang aku rasa semua orang tak suka! Apa lagi aku.. Orang ramai yang nak pergi kerja berpusu-pusu lalu lalang depan gerai Nasi Lemak Kak Leha. Ada yang beli Nasi Lemak berlauk, Mi Hoon, Kuey Teow, Mee dan macam-macam kuih pun ada. Ada tu beli kuih seketul jer! Baik tak yah beli… ada juga orang macam ni kat KL ni. Macam-macam kerenah dan perangai manusia ni, gaya apa lagi, tiba-tiba bau wangi menerpa ke rongga hidung aku. Nasib baik berniaga pagi, kalau petang harus aku pakai penutup hidung. He he he… “Ha! Eilla.. apa yang kau tersengih-sengih tu?! Orang tengah kelam kabut layan pelanggan boleh dia berangan!” “Sorry… Kak Leha!” “Sori..sori.. cepat sikit la bungkuskan abang baju Merah ni nasi” Abang baju merah? Macam radar mata aku melilau cari mamat baju merah yang Kak Leha cakap. Aisayyyy… cute tak ingat mamat ni! “Bang nasi biasa ke, nak taruk lauk?” “La berapa kali nak cakap! Nasi lemak taruk sambal sotong, timun & ikan bilis!” Eh..bila masa lak mamat ni cakap dia nak apa? Ke sebab masa dia cakap tadi aku tengah berangan. “Oh! Ok.. lagi!?” “Dah tu jer.. berapa?” ala.. ni yang aku tak suka ni… berapa lak Nasi dia ni “Jap ye bang! Saya tolong bungkus jer!” “Ai.. kira itu pun tak reti!?” Ala kerek jer mamat ni… aku tau la aku ni kelulusan takat SPM jer.. tak yah la kerek-kerek.

Bersambung...
http://www.emocutez.com

Unknown

Phasellus facilisis convallis metus, ut imperdiet augue auctor nec. Duis at velit id augue lobortis porta. Sed varius, enim accumsan aliquam tincidunt, tortor urna vulputate quam, eget finibus urna est in augue.

No comments:

Post a Comment