PRIHATIN: Jangan Buang Kucing






carijerkatsini@prihatin: Sanggup ke korang tengok anak-anak kucing yang comel didera, kena langgar, kena bantai dan macam-macam perkara kejam yang hanya "orang tak siuman" jer yang sanggup buat macam tu?? Kalau geli..ke phobia ke... tak suka ke.. apa jer.. pada binatang yang bernama kucing ni.. jangan la korang buang atau suka-suki baling dia... Mereka pun ada perasaan, pandai rasa sakit macam kita juga. Cuma yang membezakan kita dengan kucing, kita cuma ada dua kaki jer. Apa kata kalau sesiapa ada ternampak kucing atau terjumpa kucing kat tepi-tepi jalan besar tu..(tolong la angkat mereka dan letak di tempat yang lebih selamat, dan kalau nak lebih selamat boleh serahkan kepada): SPCA Selangor, Jalan Kerja Air Lama, 68000 Ampang, Selangor, MALAYSIA. Ni no phone SPCA KL : Tel: +603-42565312

Berikut ini adalah fakta-fakta menarik tentang "KUCING"

**Kucing rumah boleh tidur sehingga 14 jam sehari
**Snow Leopard melindungi diri daripada kesejukkan melampau dengan melilitkan ekornya yang sepanjang 3 kaki di sekeliling hidungnya
**Puma (harimau kumbang) dan Leopard merupakan mamalia yang boleh melompat paling tinggi sekali. Mereka mampu melompat setinggi 16.5 kaki
**Kucing paling kecil didunia dijumpai di Singapura dan ia hanya seberat 4 pound bersamaan 1.814kg.
**Kucing mampu menghasilkan sehingga 100 bunyi vokal manakala anjing hanya mampu buat 10 sahaja.
**Kucing menggunakan misai mereka sebagai antena untuk mengukur sama ada lauluan itu muat atau tidak untuk dilalui. Jadi sila jangan potong atau trim misai misai kucing korang. Kesian kucing tu nanti
**Kebanyakkan kucing tidak memiliki bulu mata.
**Sama seperti cap jari, corak di hidung kucing adalah unik dan berbeza-beza
**Pada 1800′s, kucing digunakan untuk menghantar surat dari rumah ke rumah. Pada 1879 di Belgium terdapat 37 ekor kucing ditudaskan untuk menghantar surat ke rumah penduduk kampung. Tapi akhirnya mereka sedar, kucing tak cukup berdisiplin untuk menjalankan tugas ini hehe
**Dalam seumur hidup, dianggarkan seekor kucing rumah menghabiskan masa 10,950 jam mengiau (purring)
**Kucing akan selamat walaupun jatuh dari ketinggian 30 kaki
**Kucing ada 32 otot di setiap telinga.
**Kucing akan membersihkan dirinya dengan lidah selepas berhadapan dengan sesuatu yang berbahaya atau selepas bergaduh dengan kucing lain. Ini bertujuan untuk menenangkannya dengan melakukan sesuatu yang biasa baginya.
**Kucing boleh melihat 6 kali lebih baik berbanding manusia di waktu malam. Ini kerana mereka mempunyai tapetum lucidum, satu lapisan extra yang bertugas untuk menyerap cahaya. (sila google untuk keterangan lajut :)
**Rahang kucing tidak boleh bergerak kekiri dan kekanan.
**Kucing mamapu untuk berlari sepantas 20 KM sejam bila ia meningkat dewasa, tapi malangnya kebanyakkan kucing sekarang ni dah terlalu malas untuk berlari

I*luv*Kucing... meow... @carijerkatsini::sharingiscaring:


MySpace MySpace

Unknown

Phasellus facilisis convallis metus, ut imperdiet augue auctor nec. Duis at velit id augue lobortis porta. Sed varius, enim accumsan aliquam tincidunt, tortor urna vulputate quam, eget finibus urna est in augue.

No comments:

Post a Comment