::RESEPI (Sambal Tempoyak Ikan Bilis)








Selamat malam dan selamat sejahtera blogger-blogger yang aku respek. (Tak tidur lagi ke??) He he he sama la dengan aku. Sejak dah ada blog ni aku mesti nak feed something untuk tatapan korang. (Well trying to be a good blogger le katakan). Ok la citer panjang pun tak guna.. jom aku ajar korang camner nak masak sambal ni. Walaupun hanya ikan bilis jer, tapi korang percaya la kalau dah makan sambal ni ayam golek pun ketepi (tapi tak tau la aku kalau ada yang tak suka tempoyak, pada derang yang tak suka tempoyak/derian ini pesanan aku ~ "tak dapek la den nak nolong".

Bahan:
1. Ikan bilis (beli la yang elok sikit.. yg dan siap kopek dan buang taik dia)
2. Bawang merah (ikut la berapa banyak korang masak ikan bilis, lagi banyak lagi meletup)
3. Bawang putih (sama gak mcm bawang merah)
4. Bawang besar kuning punya
5. Cili api/cabai burung/Cili padi (klw suka pedas lebih kan la)
6. Tempoyak (beli la kat mana-mana pasar tani mesti ada jual - nak sedap lagi buat sendiri)

Cara:
Tumbuk lumat bahan-bahan 1,2,3 & 5 (Bawang besar tu hiris bulat dan potong dua). Ketepikan dulu bahan yg ditumbuk.

Kemudian basuh ikan bilis (buang la abuk-abuk dia), tumbuk tapi jangan sampai hancur sangat. Panaskan minyak kemudian goreng ikan bilis yang di tumbuk tu. Bila dah kekuningan (jangan lama sangat nanti keras) Toskan minyak dan ketepikan.

Lepas panaskan minyak dalam kuali, bila minyak dah panas (api kena control nanti hangus) tumiskan bahan-bahan yg dah ditumbuk tadi. Bila dah naik bau masukan pak aji & garam secukup rasa. Kemudian masukan tempoyak kacau rata-rata (kalau tempoyak tu kental, bancuh la sikit dengan air bagi dia cair sikit). Bila tempoyak dan bahan-bahan tumis dah dikacau rata, masukan ikan bilis yang dah digoreng, kacau rata-rata. Bila dah kacau last sekali masukan bawang besar yang di hiris tadi. Kacau-kacau juga.. bila semua dah kacau tutup api dan boleh la hidang. Sesuai dimakan dengan nasi, roti kalau nak makan dengan biskut kering pun ok gak ni.

Tu saja resepi kali ni... lain kali kalau korang rajin jengah blog paripariputih aku akan post lagi respi-respi lain yang murah dan mudah dimasak...

Selamat mencuba resepi baru ok :)

@paripariputih::sharingiscaring:

Nuzime Si Pari Pari Putih

Phasellus facilisis convallis metus, ut imperdiet augue auctor nec. Duis at velit id augue lobortis porta. Sed varius, enim accumsan aliquam tincidunt, tortor urna vulputate quam, eget finibus urna est in augue.

No comments:

Post a Comment