RESEPI:: Tomato Sumbat Daging







Assalam.. selamat tengah hari.. dah fikir ke nak masak apa untuk tengahari ni?? Pening? Jangan pening! Jom cuba resepi aku ni... sekali sekala apa salahnya kita tukar-tukar selera kan? Gambar pun ada di sertakan untuk memudahkan korang juga). Apa lagi cubalah RESEPI TOMATO SUMBAT DAGING ni (sesuai dimakan panas panas slurppppppppppppz)


Bahan2 Utama:
1. Daging hancur (kalau yang tak boleh makan daging tukarkan saja pada ayam)
2. Tomato (sederhana besar dan merah. Jangan terlalu masak)

Bahan2 untuk digaul dalam daging:
1. Jintan manis (kisar/tumbuk halus)
2. Sedikit garam & pak aji..(secukup rasa)
3. Daun sup (hiris halus)
4. Bawang besar (potong kiub kecil-kecil)
*Bila semua bahan-bahan ni dah siap, gaulkan dalam daging, gaul rata

Bahan tumis:
1. Minyak sapi (Gee)
2. Bwg besar lebih sesuai guna bawang yang kuning lagi manis (sebiji sedang hiris)
3. Bwg putih (2-3 biji)
4. Kayu manis (1-2 btg sedang)
5. Bunga lawang(2-4 butir)
6. Buah pelaga (2-3 biji)
7. Halia (1 inici hiris)

Cara memasak:

Tumis bahan2... bila bahan-bahan tumis dah warna kuning and bau wangi, masukan air tomoto (masa korek isi tomato asingkan dalam mangkuk untuk jadikan stok sup), kalau isi sumbat tomato ada lebih, bulat-bulatkan macam fishball dan masukan dalam sup, reneh dlm 3-4 minit, kemudian masukkan air ikut byk mana nak. (Jangan terlalu banyak air nanti sup cair pulak)..

Bila dah mengelegak masukan perisa, garam and so on..

Last sekali masukan tomato sumbat daging.. reneh dlm 15-20 minit (bergantung pada banyak mana korang masak tomato tu) Kemudian hidang...

Selamat Mencuba ;-)

@carijerkatsini::sharingiscaring::

Nuzime Si Pari Pari Putih

Phasellus facilisis convallis metus, ut imperdiet augue auctor nec. Duis at velit id augue lobortis porta. Sed varius, enim accumsan aliquam tincidunt, tortor urna vulputate quam, eget finibus urna est in augue.

No comments:

Post a Comment