Ku menunggu Ramadhan...

Assalamualaikum w.t.b...

Pembukaan kata untuk malam ni... pertama sekali maafkan hamba yg dah berhari-hari tak meninta di lembaran pari-pari putih akibat kegeringan yang teramat sangat..justru tiada daya hatta untuk mengetuk keyboard dengan hujung jari hamba ini... namun semua itu telah pun berlalu walau batuk-batuk kecil masih bersisa di dalam kerongkong ku ini... Alhamdulillah tanpa keluh.. dan kesah aku tabah menghadapi semua.. selama hampir dua minggu berbotol-botol ubat batuk ku minum, berpaket-paket ubat aku telan, dan berkarton-karton antibiotik aku kunyah batuk ni tak juga habis... malah bertalu-talu bagai irama dan lagu... namun aku masih bertahan... berulang-ulang aku mengingatkan "Allah beri kita sakit, kerana dia sayang kan kita"... dan kita harus bersabar dalam menghadapinya.. insyallah dan yakinlah tiada penyakit yang tidak dapat diubati... sekali lagi Allahamdulillah aku bersyukur ke hadrat Ilahi kerana batuk ku semakin pulih...

Semua sedia maklum lagi 6 hari kita semua akan menyambut kedatangan Ramadhan Al-Mubarak... kedatangan yang di nanti-nanti oleh semua umat Islam... semoga Ramadhan ini memberi berkat kepada kita semua.. tapi yang aku risaukan ialah; masih ramai lagi yang tidak berpuasa (nauzubillah) sedih sungguh aku.. bukan saja tu di bulan puasa tanpa segan silu melakukan maksiat.. bagaimanakah semua ni dapat dihapuskan?? Jangan la kita cemari Ramadhan yang mulia ini dengan perkara-perkara yg mungkar... Juga harapan aku pada peniaga-peniaga yang akan berniaga di bazar-bazar Ramadhan janganlah kalian mengambil kesempatan di bulan mulia ini dengan menjual makanan yang "tidak" habis dijual semalamnya, ayam golek yang sebesar anak ayam di jual dgn harga yang tak masuk akal, dan janganlah kerana gairah mengaut keuntungan sehingga solat maghrib terus dilupakan.. kalau nak di ceritakan tidak cukup 10 muka surat untuk di bariskan kesemuanya. Jadi sama-sama lah kita berjanji untuk memperbaiki amalan kita di Ramadhan ini... tidak mengapa jika kita masih lagi merangkak-rangkak untuk belajar puasa penuh, walau umur dah hampir senja, kerana Allah tahu nawaitu kita.. dan pada yang berpuasa penuh pula... janganlah pula menabik dada membangga diri, dengan mengatakan bahawa diri sempurna menjalani ibadah puasa (dikhuatiri menjadi riak pula).. Apa-apa pun biarlah kita melakukan nya di dalam kesederhanaan.. kerana apa-apa pun yang kita lakukan kesederhanaan adalah yang terbaik... jangan la jadi spt kebanyakan kita sekrang... anak bulan ramadhan belum pun menjengukkan diri... sudah habis semua pasaraya, kedai langsir, kedai biskut, pasar-pasar raya habis di jelajahi.. ingat.. serba sederhana... ingatlah pada mereka yang tidak bernasib baik seperti kita...

Jika semua harta adalah racun... maka Zakatlah penawarnya, jika seluruh umur adalah dosa... maka Taqwa & Taubatlah ubatnya...jika seluruh bulan adalah noda... maka Ramadhan lah pemutihnya... dengan serendah hati aku mohon maaf zahir & batin ~ Selamat menunaikan ibadah puasa~


Unknown

Phasellus facilisis convallis metus, ut imperdiet augue auctor nec. Duis at velit id augue lobortis porta. Sed varius, enim accumsan aliquam tincidunt, tortor urna vulputate quam, eget finibus urna est in augue.

2 comments:

  1. Selamat menyambut ramadhan al mubarak. Semoga Allah memberikan keimanan yg sebenar2nya dan keyakinan yg tiada lg selanjutnya ada kekufuran serta rahmat untuk mencapai kehormatan & kemuliaan. amin.y.a

    komen sikit kat sini http://way2healthynbeauty.blogspot.com/2011/07/contest-aku-berpuisi-maka-pada-siapa.html

    ReplyDelete
  2. semoga ramadhan kali ini lebih bermakna dari hari raya.. :)

    ReplyDelete