SMS oh SMS!!

Salam all... x tido lagi ek?? Same le kite... malam ni aku nak citer topik SMS. Pagi tadi masa tengah bawak keta nak ke opis dengar AM Krew @ hotfm.. Panas betul topik derang tadi..pasal apa lagi? SMS la.. Sebenarnya pada pendapat aku la.. SMS ni ada pro and consnya.. tapi di sebabkan SMS la banyak pasangan yang bercerai berai.. sedih betul.. tapi itu lah harga sebuah kecanggihan zaman era teknologi la ni..

Dalam dio tadi ada yang sokong SMS tak patut dibaca oleh orang lain (walaupun termasuk isteri sendiri?) wah... kalau macam tu susah la kan?? Kalau betul pasangan korang tu memang setia tak pe... kalau yang spesis "melayan" cam ner??? Tu la aku cakap tadi SMS ni ada kebaikan, dan ada keburukannya! Semakin canggih teknologi semakin kuranglan komunikasi sesama insan sejagat (ha ha ha mula dah aku nak bermukadimah kat korang neh!)

Bukan apa kita tak boleh salahkan SMS 100%, semua ni sebenarnya bergantung pada "attitude" memasing... kalau korang gunakan SMS tu untuk saluran yang betul.. betul la jadiknya... dan kalau korang guna SMS tu tuk ke jalan yg tak berapa di redhai... he he he huru hara le jawapanya...

Sebenarnya walau setiap saat pun korang "buat kajian" kat sms pasangan korang... kalau dia nak melencong... melencong jugak... tak guna sms... guna YM... tak guna YM guan FB tak guna FB... guna Twitter... tak gitu? Terlarat ke korang nak sentiasa awasi sume2 ni??? Tepuk dada tanya la partner! he he he. Oleh itu lu pikir la sendiri... nak guna untuk kebaikan atau sebaliknya... yang penting tak ada masalah yang tak boleh diselesaikan...

Ok la sesuai dgn topik ari ni jom kita berhibur dgn lagu dangdut... ni... layan kan aje leee yeee!!!



Nuzime Si Pari Pari Putih

Phasellus facilisis convallis metus, ut imperdiet augue auctor nec. Duis at velit id augue lobortis porta. Sed varius, enim accumsan aliquam tincidunt, tortor urna vulputate quam, eget finibus urna est in augue.

No comments:

Post a Comment