STUDIO PUNYA CERITA...





Salam semua... jumpa lagi... ok ari ni aku nak cerita pasal studio. Al maklum la.. kerja macam aku ni kadang-kadang memerlukan "talent" secara bidang terjun. Kalau dah masuk studio tu macam-macam la VO aku kena buat. Jadi, "mambang", jadi "penyanyi" macam-macam la... kira dari A-Z aku kena buat. Dapat jer arahan dari orang ATAS aku pun mulakan lah projek aku tu. Selain kerja opis, aku ada gak buat lirik lagu dan setakat ni, dah lebih dari 5 buah lagu aku tulis... tapi yang dah progress dua lagu jer baru.. pas tu biasa la.. bz memanjang dengan kerja. Idea untuk aku tulis sesebuah lagu tu tak menentu, kadang-kadang sehari pun tak tentu aku boleh karang serangkap lagu, kadang-kadang tu lima minit jer dah siap satu lagu.. Biasa la Idea ni kalau tengah banyak kita jangan tunggu, capai pensil terus curah kat atas kertas, kalau tak nak tunggu lagi datang lepas tu kim salam jer la... Sebenarnya aku pun tak tau la... macam mana aku boleh tercampak minat muzik ni? Adik-beradik yang lain tu setakat menanyi karaoke boleh le... Mungkin 'gifted' kot.. Yang menjadi mangsa aku jadi juri sapa lagi suami dan anak aku... : ) Tapi Alhamdulillah, rasa-rasanya walaupun aku dah lama tak berkarya, insyallah kalau pulun 2-4 lagu ni ok lagi ni... he he he lagu-lagu aku ada la dua yg dah siap.. tapi suara demo aku mcm hampeh!! sumbang mambang... nantilah Insyallah kalau ada kelapangan akan aku siapkan cantik-cantik gak satu hari nanti.... korang kalau nak share lirik lagu pun cantik gak tu kita sama-sama buat lirik (mana tau suk lusa boleh terjual lagu korang... sapa yang suka akak.. dan korang gak yang suka kan?) so rajin-rajin le singgah kat sini ekk... nanti kita share pengalaman lain lak...

Unknown

Phasellus facilisis convallis metus, ut imperdiet augue auctor nec. Duis at velit id augue lobortis porta. Sed varius, enim accumsan aliquam tincidunt, tortor urna vulputate quam, eget finibus urna est in augue.

No comments:

Post a Comment