Yang petama selalu terbaik...






Korang mesti selalu dengar ayat-ayat seperti "Dialah cinta pertama saya","Kalau la isteri pertama saya ada...","Saya nak jadi yang pertama dalam lumba lari","Sila catit ayat ini.. yang pertama","Nak jadi kekasih saya kena ada syarat... yang pertama","Kalau dalam pertandinga ayat-ayat dia lak; Jadilah yang pertama memenangi bla bla bla.. dan contoh paling dekat... kalau korang baru create blog ada segmen "follower" dan ayat dia utk tarik blogger2 lain untuk join adalah: Jadilah yang pertama... Betul tak? Dan aku rasa jarang-jarang orang sebut nak jadi cinta kedua, isteri kedua, pemenang kedua (kalau ada pun mungkin kedua dalam erti yg tidak berapa disenangi diri korang atau org sekeliling) Sebenarnya point aku adalah aku rasa kalau kita gi tengok wayang (walau sehebat mana pun jalan ceritanya, pelakon utamanya, animasinya dan sebagainya...) tapi kalau nama yang kedua aku, akan jadi kurang "excited" sebab selalunya the first movie or season always the best, he he he kecuali citer "Hantu Kak Limah Balik Rumah" ini sambungan dari cerita "Zombie Kg Pisang". Jadi tahniah le kepada Mamat Khalid yang berjaya memesongkan anggapan aku bahwasanya filem pertama selalunya adalah yang terbaik... Bercakap pasal filem-filem ni sekarang ni dah banyak sangat filem luar negara yang menayangkan cerita sampai ke 3,4 and so on.. Macam cerita Harry Potter, Pirate Of The Caribbean, Toy Story, Transformer, Die Hard, Narnia, Ombak...sama gak dengan drama-drama TV... selalunya aku kalau first movie jer aku gi cinema, kalau citer yang dah ke 2,3 tu aku tengok DVD jer... tapi ini pendapat aku je... lain orang lain pandangan... tapi bagi aku.. aku sering ingin jadi yang pertama...(tapi selalunya yang tercorot ha ha ha)

Unknown

Phasellus facilisis convallis metus, ut imperdiet augue auctor nec. Duis at velit id augue lobortis porta. Sed varius, enim accumsan aliquam tincidunt, tortor urna vulputate quam, eget finibus urna est in augue.

No comments:

Post a Comment