My 2nd Video editing ~ Raya Puasa 2011

Salam sejahtera semua! Aku doakan agar kalian semua didalam lindungan Allah s.w.t hendaknya... amin. Diam tak diam, dah masuk 14 hari kita berpuasa kan? Puasa korang macam mana? Ada yang terkantoi tak? He he he... harap-harap jangan la terkantoi kan... kalau dah "ter" kantoi tu.. apa lagi lepas puasa ni buat la puasa ganti.. terus ke puasa enam sekali...

Aku tiap-tiap hari jenguk-jenguk Blog ni... mana lah tau ada orang ketuk bagi salam... tak jawab dosa (tak gitu??) Ada lah 3 - 4 blogger setia yang singgah kat tertatak aku ni... aku ucapkan la ribuan terima kasih kepada Bancik, Jiwa Hamba, Shameel, Cikgu..sue, grim, hatkubaik, gamarguyz, bon, pucheh, hanys, m2a, leeya abdul, iN Laa..` aus, shuhadah, fateh, aienny, eddie, misz.zela, haffiz, berkelana, mrsfakri,cik fitrah, rimau, Airina, Ira Khazali, fathiah, Neph, PAKSUHASHIM.COM, Bie, tubelawak dan ramai lagi yang tak putus-putus mengetuk pintu shout aku he he he :P... (bukan aku tak de.. tapi macam ayat-ayat standard Artis Malaysia ~ Untuk menghormati bulan Ramadhan jadi harus berpuasa dari sebarang aktiviti... : ).. (nanti tersalah tulis, tak pasal-pasal dapat dosa kering lak aku nanti)

So entah apa angin aku semalam tetiba lak rasa rajin nak buat video utk menyambut kedatangan raya tahun ni... so dengan ni jugak aku nak ambil kesempatan untuk mengucapakan selamat hari raya aidilfitri ~ maaf zahir & batin (ada mana-mana tulisan aku dalam blog aku, dalam shoutbox korang yang menyinggung perasaan ~ itu tak sengaja tu sebenarnya he he he)... ok la pada blogger2 sume majulah Paripari untuk blog-blog sedunia...

SAKSIKAN VIDEO SELAMAT HARI RAYA 2011 ~ DIRECTOR: PARIPARI, CASTING: PARIPARI, VIDEO EDITING: PARIPARI, MUSIC BACKGROUND: PUN PARIPARI... (DARI A-Z SUME AKU LA YG BUAT.... OK ENJOY K...)



Unknown

Phasellus facilisis convallis metus, ut imperdiet augue auctor nec. Duis at velit id augue lobortis porta. Sed varius, enim accumsan aliquam tincidunt, tortor urna vulputate quam, eget finibus urna est in augue.

No comments:

Post a Comment