Bila idea datang mencurah...

Salam, selamat petang (dah nak menghampiri senja pung) blogger sume. Apa kena mengena tajuk kat atas tu dgn entri aku petang ni? Meh sini aku nak "share", yang sebenar-benarnya otak aku ni berfungsi 24 jam. So itu bermakna kalau aku tidur pun, dalam erti kata lain, sebenarnya aku tak tidur, mata pejam tapi otak ligat berpusing. Jadi utk mengurangkan "keaktifan" otak aku, apa juga idea yang datang mecurah akan aku salurkan pada gubahan lagu-lagu ciptaan aku, itu kalau idea datang mencurah-curah.. tapi kalau tak de idea jangan harap la... ko suruh aku nanyi lagu Lompat Si Katak Lompat pun aku tak boleh nak menyanyi, apa lagi nak hayati.. hu hu hu. Ok la, berbalik pada idea ni.. aku nak share dengan korang lagu ciptaan aku ni, dimana sebenarnya ianya dalam proses nak hantar ke mana-mana producer atau penyanyi2 yang berminat kat demo lagu aku ni.. mana la tau kan, kot2 ada lak tersangkut kat telinga salah sorang dari derang yg bergelar penyanyi.. Nanti sapa yang senang? Dah tentu2la cik paripari dan kawan-kawan blognya he he he tak cengitu? Ilham Melodi lagu ni, aku dapat masa kat dalam bilik air he3. Dapat idea aku humming dan terus record dalam hp Nokia (masa tu nokia tiga tiga sekupang). Keluar jer dari bilik air terus capai kertas, pen dan tangan aku pun, terus berayun laju mengilhamkan lirik. Hasil 2 tenaga kerja aku dan kawan aku, (bekas band boy kat Malaysia dulu), dengan gabungan melodi, music mixing serta lirik maka terhasil lah lagu sulung aku yang bertajuk KESEMPATAN ni. Silalah hayati lagu cipataan air tangan cikparipariputih ni ye, sedap ke tak sedap suara aku tu belakang kira, yang penting music arrangement, melodi dan lirik lagu tu boleh cari makan he he he... 

video

Nuzime Si Pari Pari Putih

Phasellus facilisis convallis metus, ut imperdiet augue auctor nec. Duis at velit id augue lobortis porta. Sed varius, enim accumsan aliquam tincidunt, tortor urna vulputate quam, eget finibus urna est in augue.

7 comments:

  1. SeseDap Rasa... terima kasih berbaloi rasanya bila ada yg menghargai hasil seni kite.. walaupun masih banyak lagi kelemahan dalam lagu ni : )

    ReplyDelete
  2. ShahzCudin: Pandai ek? he he he boleh le sikit sikit : )

    ReplyDelete
  3. EmpayarUtama: Alhamdulillah, terharu bila ada juga yang kata lagu ni sedap : ) toceh! toceh!

    ReplyDelete
  4. same here...semalam ajer sampai 4 entry kat blog hehe

    ReplyDelete