Fried Sirloin with Oyster Sauce


Salam semua kali ni aku nak share resepi masakan dengan korang sume, hari ni hari Ahad kan? Mesti kaum2 ibu fening kefala tak tau apo nak masak untuk makan tengahari kan? Lek aa.. ni ada resepi yang senang korang nak masak jom kita ke dapur Chef@Paripariputih...

Bahan-bahan:


Sirloin/Daging batang pinang
Bawang putih
Lada hitam
Kacang peas hijau dalam tin
Kentang (potong 6 di goreng asing)
Tomato potong 
Bawang besar (kuning - hiris tebal)
Daun sup - tabur
Sos tiram
Sos tomato
Minyak masak
Garam
Gula
Maggie seasoning (utk perap daging)

Cara masak:

Potong daging, basuh bersih dan perap dgn Maggie seasoning. Goreng ubi kentang sampai empuk dan ketepikan. Potong tomato, bawang besar. Goreng daging (dalam 2-3 minit) tos dan ketepikan (simpan air rebusan dari gorengan daging utk buat stock). Panaskan minyak, tumis bawang putih, bila kekuningan masukan daging, taburkan lada hitam. Masukan stock daging, kemudian tambahkan sos tiram & sos tomato (kacau), tambah sedikit garam, sedikit gula, kacau daging kemudian masukan kentang yg dah di goreng, tomato, kacang peas & bawang. Akhir sekali tabur kan daun sup! Sesuai di makan dengan nasi atau roti... 

Bila dalam kuali macam ni ler....


TADA!!! Lepas tu hidang la, ikut cita rasa korang ok? 
Selamat mencuba..


Tengok apa  lagi!!? Gi la masak!! he he he :P

dari dapur arang @ http://paripariputih.blogspot.com

Nuzime Si Pari Pari Putih

Phasellus facilisis convallis metus, ut imperdiet augue auctor nec. Duis at velit id augue lobortis porta. Sed varius, enim accumsan aliquam tincidunt, tortor urna vulputate quam, eget finibus urna est in augue.

2 comments:

  1. CARE: because i care for you so i give u la the resepi he he he

    ReplyDelete