Kontroversi lagi... Apex

Hai ni le yang cik pepari tak gemar ni... lepas satu-satu citer "skandal" Apex kuar.. baru ni ada lak lagi kontroversi pasal dia..(baca penuh kat bawah) betul tak betul hanya Apex sendiri yang tahu jawapannya, cengitu ler kalau dah fofular ada jer nak menepek he he he : Credit from http://itsmesaiful.blogspot.com




KUALA LUMPUR – Penjaga gawang gol skuad Harimau Muda, Khairul Fahmi Che Mat atau lebih dikenali sebagai Apex hari ini mencabar mana-mana pihak yang menyebarkan kandungan Blackberry Messenger (BBM) yang memburuk-burukkannya agar tampil membuktikan kebenaran mereka.

Apex yang dihubungi oleh sebuah lama blog hiburan terkenal, Oh! Bulan, lewat tengahari tadi berkata, memang benar beliau mengenali Shida Harmi, namun perkenalan dan hubungan antara mereka tidak lebih dari sekadar kawan biasa.

“Andai kata dakwaan tersebut adalah betul, sila tampil ke hadapan dan tunjukkan bukti kukuh,” tegas Khairul Fahmi.

“Saya memang mengenali Shida Harmi. Dia bukannya skandal seperti yang diperkatakan oleh orang lain, sebaliknya dia hanya kawan biasa.

“Saya mengenali Shida sekitar awal tahun ini, kalau tak silap bulan March. Ketika itu, saya masih belum bertunang lagi. Gambar itu pula diambil semasa kami karaoke,” jelas Apex panjang lebar kepada blog hiburan tersebut.

Apex melahirkan rasa kesalnya dengan cubaan pihak-pihak tertentu yang cuba mencalarkan reputasinya ketika dirinya cuba memberikan fokus 100 peratus terhadap latihan dan perlawanan skuad bimbingan Ong Kim Swee itu yang akan datang.

“Saya kesal apabila diri ini kerap dikaitkan dengan pelbagai kontroversi yang tidak henti-henti. Sesetengah orang di luar sana tidak henti-henti mencari kesalahan saya.

“Kalau cerita seperti ini keluar, memang tak menang tangan saya nak jawab panggilan telefon. Apa pun, saya perlu fokus kepada perlawanan akan datang. Game makin dekat ni!,” tegasnya.

Selain itu, beliau turut hairan tentang bagaimana gambar-gambar tersebut boleh jatuh ke tangan media dan yakin bahawa ia bukanlah dihantar oleh Shida Harmi sendiri.

“Saya tak pasti macam mana gambar ini boleh sampai ke pihak media. Tapi, saya tak rasa Shida sengaja buat macam ni, nak syak sesiapa pun tak boleh. Saya perlu hubungi dia terlebih dahulu sebab nak siasat dengan lebih jelas,” katanya lagi kepada laman web yang sama.

Walaupun dihimpit pelbagai kontroversi yang tidak enak didengar, Apex tetap menjanjikan persembahan yang terbaik di setiap perlawanan agar semangat Harimau Muda sentiasa tersemat di kalangan peminat bola sepak tanahair.

Unknown

Phasellus facilisis convallis metus, ut imperdiet augue auctor nec. Duis at velit id augue lobortis porta. Sed varius, enim accumsan aliquam tincidunt, tortor urna vulputate quam, eget finibus urna est in augue.

12 comments:

  1. huhu..macam2 kan..harap2 semau ni tak benar..kalau x.frust lah..minat kot dgn apek!

    ReplyDelete
  2. hurmmm....kita tak tahu ape yg sebenarnya terjadi kn...masing2 ada private life...masing2 ade sifat xpuas hati dan semua org xperfect...so, harapan kita spya apek xcampur carier ngn gosip...agak kesal bila tgk apex cm lost mse jge gol lawan bahrain di saat2 akhir...ape2 pun...he is the best...tahniah apek...jauhkn kontroversi ye apek....ngeee~hope apek baca nie..hahahhaa

    ReplyDelete
  3. Juaini Juliet Jamaludin: Lex aa Juliet ni gossip jerk ni.. kan??

    ReplyDelete
  4. susulemakmanis: Hmmm tu la harap2 ini sume PALSU semata-mata, mcm cik pepari ckp di atas, bila dah fofular kita ni jadi hak public, so KFC kena jaga tingkah laku dia.. sbb ramai yang menunggu nak jatuhkan dia itu jer... tak cengitu? : )

    ReplyDelete
  5. Tira: Cik pepari pung harap cenggitu... besa la org hansome, terror, ramai la nak hempet... tapi klw betul KFC kena la ubah perangai kena low profile sket dari "skandal2" yang hanya akan meroasakkan "career" dia yang sedang top neh..

    ReplyDelete
  6. emm..macam2 apek ni... patut la tadi bolos sampai 3 biji dalam masa beberapa minit....dia susah nak fokus...

    ReplyDelete
  7. shahrazali: itu satu, pemain pertahanan pun mcm dah hilang semangat... apa2 pun kira ok jugak la daripada 3-0 lagi la sengal he3

    ReplyDelete
  8. betul-betul x sangka tau boleh kalah..... xpe la.. kalah pun kita akan tetap menyokong pasukan Harimau Muda ni.. kesian diorang penat main.. bila menang puji n bangga bagai nak gila,, bila kalah ramai yang kutuk...

    ReplyDelete
  9. ni ler masalah kalu dh feymes..
    privasi pun dh xdek.

    ReplyDelete
  10. shahrazali: Betul tu jangan masa menang jer disajung, dijunjung, dikendong eh silap di dukong bila kalah umpat caci jer yg dapat.. anggap semua tu bukan rezeki kita ye tak?

    ReplyDelete
  11. shark: itulah harga yg perlu dibayar bila seseorang telah bergelar celebriti :P

    ReplyDelete