Safee Sali sambut kedatangan Cik Pari2 Di Sabah??

Assalamualikum w.t.b... korang nampak tajuk entri pepari kat atas?? Betul la tu, tak yah la korang nak adjust mata korang ke, font kat lappy tu ke! Memang betul dan sebab tu la jugak aku dah lama tak hadir dalam kelas "Belong-membelog"... Setiap tahun menjelang bulan December aku lah orang yang paling sibuk sekali. Sebab bulan 12 budak2 cuti sekolah, mak pak budak pun tumpang sekaki, bulan 12 jugak le aku menyambut hari kelahiran aku, dan bulan 12 jugak le banyak jemputan-jemputan yang harus aku penuhi... kalau tak, tak meriah pulak majlis tu nanti he he he... Ok le aku pun x mo citer panjang la kan... dah lama aku tak masuk blog sebab aku gi Cuti-cuti Malaysia ke Sabah. Ini adalah kunjungan aku yang ke dua ke Negeri Bawah Bayu ni... tapi aku ni bukan la adventures sangat macam korang, al maklum umur pun dah menjangkau ke 41, jadi kena la buat cara orang lama tak cengitu?? Jom ikuti percutian Cik PariPari dan Keluarga:

NOTE: Tempahan Tiket Penerbangan & Hotel dibuat melalui online booking, harga mungkin tidak akan sama, tertakluk pada terma & syarat yg ditetapkan.

Day 1: Berlepas ke Sabah menaiki MAS

3 adults MYR 1386.00 (including Insurance & seat reservations costs) 


Tiba di KKIA terus ke Gaya Centre Hotel, Jalan Tun Fuad Stephens P.O. Box 13751 Kota Kinabalu, Malaysia (menggunakan perkhidmatan Airport Texi RM30.00)


No. of Nights :  3
No. of Rooms :  1
No. of Adults :  3
No. of Extra Beds: 1

Extra Bed Rate/Night: USD 31.73
Breakfast: Included
Room Type: Deluxe With Breakfast Min 2 nights
Total/Room charge: USD 256.06
Total Due/Charge to USD 256.06 (MYR 806.97)


Kedatangan kami disambut mesra oleh BILLBOARD Safee Sali he he he jan mare! Gambar dia jer (ni dalam perjalanan nak ke hotel) :P








View from hotel room level 13



Antara menu breakfast pagi, pelbagai pilihan western, masakan tempatan pun ada...






Shopping spree,only 5 minutes walking distance from the hotel.


 Jom tengok wayang...


Santai main game...


Bila penat stop jamu selera : )




Bila waktu malam jangan lupa, nikmati seafood segar dari laut :) untuk hidangan 6 orang dengan enam jenis pilihan masakan termasuk minuman & nasi putih anggaran (RM295.00 - Harga mengikut timbangan ikan/udang/sotong/ketam) pilihan di tangan anda...











Esoknya apa lagi gi shopping la... nak jalan pun boleh dekatkan dengan hotel...


Malas jalan sewa skuter ke, teksi ke, kereta pun boleh jugak tapi kiteorang pilih jalan kaki...


Ini pasar Filipinos - Ada jual ikan kering, cendera hati, t-shirt macam-macam ada, tapi kalau nak beli t-shirt murah baik pergi ke pasar malam di Kampung Air (dekat-dekat situ jugak waktu berniaga 6 pm - 10 malam)dekat situ boleh tawar menawar...







Disebabkan cuaca di KK hujan dengan angin, kadang kala mendung, so kami ambil keputusan untuk tidak melakukan sebarang aktiviti laut cuma aktiviti darat jer boleh he he he : )





Ok... dah puas berjalan, makan-makan, shopping time to say bye bye Sabah... insyallah next trip kami akan tour Kundasang pulak : )





BYE BYE SABAH SEE YOU NEXT TIME (INSYALLAH) "KALAUW KAU... BOLEH SAJA BAH!" HE HE HE 

Unknown

Phasellus facilisis convallis metus, ut imperdiet augue auctor nec. Duis at velit id augue lobortis porta. Sed varius, enim accumsan aliquam tincidunt, tortor urna vulputate quam, eget finibus urna est in augue.

2 comments:

  1. alahaiiii..bestnyer....tringin nak pergiiiii

    ReplyDelete
  2. susulemakmanis: jom.... he he he

    ReplyDelete