Aku, dia & telur....

Ini lah kisah "Aku dia & telur" kisah ini tak de kena mengena dengan kisah si Toren (Tomato + Oren) yang Cik Paripari tulis suatu ketika dulu... Baiklah nama aku Ci Tenggang (sebab mak pak aku keturunan burung Enggang) dan kekasih aku nama Tepit...(sebab mak pak dia keturunan Pipit) kami adalah pasangan yang paling bahagia and the very romantika diamor... hingga la satu hari...


X-Boypren aku yang bernama Sarip Dol datang membawa kuncu-kuncunya yang siap berunifrom tentera ala-ala Starwars (si Sarip ni henggat aku heran sangat la dengan costume Starwars tu??)


Datang dan mengugut aku dan Tepit. Sarip Dol kata: Oleh sebab dia dah bosan dengan cara orang simbah Asid kat bekas suami, bekas tunang, bekas kekasih, bekas isteri... jadi dia nak guna kaedah baru katanya: Aku dan Tepit mengiggil ketakutan apabila Sarip Dol menghunuskan senjata baru dia untuk serang kami..


Nasib baik aku dan Tepit ada belajar Wusyu... jadi kami sempat menggelak serangan tak berperikemanusiaan si Sarip Dol tu, di mana akhirnya couple-couple lain yg kebetulan ada kat situ yang telah menjadi mangsa balas dendam kesumat si Sarip Dol... tiba-tiba entah dari mana datangnya kedrat si Tepit... sepantas kilat dia pun gunakan tektik flying kick Bruce Lee : Wacaaaaaaak! maka tamat la riwayat Si Sarip dol... kawan-kawan Starwars dia yang terkejut badak bertaburan melarikan diri.... (padan muka derang)... dia ingat hansem sangat la tu muka macam humpty dumpty dalam filem animasi Puss in Boost ada hati nak jadi gengster... piraaaaaaa!


Dipendekan cerita sesiapa saja yang cuba merosakan perhubungan kami pasti menjadi mangsa flying kick Tepit seperti di bawah ni.....


Atau pun kat bawah ni....


Akhirnya mati la semua gengster-gengster dikerjakan dek Tepit....


Disebabkan terlalu takut dengan kehandalan Tepit maka tiada siapa jualah yang berani (walau pun jelin-jeling ujung mata) untuk memporak perandakan hubungan aku dan Tepit... maka hidup bahagialah aku dan Tepit....


Akhirnya aku dan Tepit pun kawin... kami telah dikurniakan dua orang cahaya mata yang sangat comel....


Ni gambar anak sulung kami masa baby


Yang Sulong namanya Angry Bird.... tapi sekarang dah sekolah dia dah boleh terbang sendiri..
 dan yang kat bawah ni pulak adiknya si Angry Bird jugak...


Sebab masa aku tengah megandugkan kedua-dua ekor anak aku tu, Angry Bird tengah popular jadi aku letak jer nama anak-anak aku Kakak Angry Bird dan Adik Angry Bird....  ok tak?? he he he.... Jadi kami sekeluarga pun hidup la aman damai hingga ke akhir hayat.... 


The End...

Nuzime Si Pari Pari Putih

Phasellus facilisis convallis metus, ut imperdiet augue auctor nec. Duis at velit id augue lobortis porta. Sed varius, enim accumsan aliquam tincidunt, tortor urna vulputate quam, eget finibus urna est in augue.

12 comments:

  1. hahaha..kelakar..ni betul3 pnya crita ke niii..hahaha

    ReplyDelete
  2. Apple Pearl: Fuyooo nama lu gembak aaa! citer ni.. cenggini le kalaw cik pepeeri rasa nak buat citer betul... betul la klw tak tak betul la tu mua ha ha ha XD

    ReplyDelete
  3. shomel eggie tu :D

    ReplyDelete
  4. C'axoera: eh shilap... shomel pepari lagi he he he :)

    ReplyDelete
  5. Telur sebagai bahan seni...

    ReplyDelete
  6. Akhirnya aku dan Tepit pun kawin....
    kehkehkeh...cumil jek..:P

    ReplyDelete
  7. Koding: Allah itu maha berkuasa, terpulang pada manusia bagaimana untuk memenafatkan sesuatu kejadian walaupun hanya dari sebutir TELUR :)

    ReplyDelete
  8. Ungu Violet: Memeng cumil, cer x jadik kawen... hilang kecumilan dea mua ha ha ha XD Hangry Bird forever and ever...

    ReplyDelete
  9. cantik,kat sekolah dulu ada belajar jugak

    ReplyDelete
  10. pelangi sepi: he he he apanya yg cantik, telur? kulit telur? lukisan kat telur? atau org yg cerita pasal telur ni?? hu3

    ReplyDelete
  11. Macam pernah ku dengar nama Sarip Dol dulu2 kale...

    ReplyDelete