Apa nak jadi???

Korang tau tak, apa akan terjadi pada hero-hero siri komik, kalau cerita-cerita komik atau cerita-cerita superhero yang menjadi santapan mata kita masa kekecik dulu dah tak diputarkan di mana-mana kaca tv, atau panggung-panggung wayang, dan komik-komik tak lagi dijual dikedai-kedai buku atau kedai-kedai mamak?? Korang tau tak?? Hmmm aku pun tak tau!! Mua ha ha ha ha!

Tapi aku tak kesah sangat, sebab derang ni awal-awal dah ada UNION... jadi klw apa-apa terjadi... terbela jugalah nasib derang kan??? Jadi setelah semua super2 hero ni sebulat suara dengan kata pencapaian antara derang, maka dapat le derang cari kerja part time untuk mencari sesuap nasi.... tapi kat sini ketua UNION terpaksa di RAHSIAKAN demi keselamatan.... he he he


Macam Spiderman tu siang-siang lagi tokeh Komtar kat P.Pinang tu upah 
 jadi tukang basuh tingkap... ok kepaa??? Tokeh tu cakap cut cost, murah sket takyah pakai kren... 


Dia ni tak terbela sangat nasib dia, sbb masa dulu-dulu filem dia kurang dapat sambutan (yela.. aku pun tak tau dia ni spesis superhero yang mana satu) lagi pun dia x join PAPITA tu yang royalti pun dpt ciput... nak tak nak terpaksa menganggur kat tepi jalan ni....


Sekurang-kurangnya Red Powerangers ni dulu dia ada gak jawatan dalam FINAS, tu yang ada kerja tu.. kira masyuk la jugak kan... mula-mula dia jadi PENGERUSI... ateh.. asal tengah meeting jer ilang...asal ilang jer tengah meeting... sebab gi berlawan dengan MONSTER... :p Akhirnya jawatan dia di lucutkan... ha last-last kerja nyampu sampah jer di baginya.. he he he


Ni Gaban ke Kapten Lalat ni?? Aku nampak sesunggut dia jer... ha yang dia ni pulak dah elok-elok jadi super hero gatal nak merempit... kan tak pasal-pasal kena sama... ha ha ha ada aku kesah??! Dulu masa tengah fofular berlagak x nak join PAPITA katanya tak kelas, setakat Ultraman jer yang ramai jadik ahli... skrg apa dah jadi? Lu pikir la sendiri... mua ha ha ha... (anak aku kata ini MASKED RIDER.. ha ha ha ~ aku cakap suka hati aku la nak panggil apa pun mua ha ha ha)


Ya ampun Si Powerangers ni... kejap kerja menyapu jalan raya.. ni dah gi window shooping la pulak.. memang patut la ko kena lucut jawatan.. tu takde kerja lain la tu nak cari Raksaksa la konon tu kan?? kan? kan?


La ko ni apalah Ultra..?? kan tokeh tu dah bagi-bagi kerja dengan spiderman, yang ko pun sibuk nak cuci tingkap tu apa kes?? Ko dah habis gaduh dengan raksaksa ke? ULTRAMAN JAWAB: MALAYSIA MANO ADO RAKSAKSA... he he he lantak ko la nak wat apa pun...


Stormtrooper ko ni... selamba derk jer minum air kelapa ek?? Mengulo... jerk kerja ko ek?? Nampak si Darth Vader harus ko kena buang negeri...  


Pas tu tadi... masa nak balik dari kerja tadi, masa aku nak balik tengah beratur beli tiket LRT, terserempak dengan Spiderman.. dia kata sekrang ni dia tengah susah.. tadi bank call dia nak tarik keta, sebab dah 5 bulan tak bayo.. tu yang terpaksa bersesak-sesak naik LRT tu... em kata dia nak ke Kampung Kerinci....he he he aku ingat dia ni kampung dia kat N.Y nuu...


Ha ha ha apo-apo yo lah... sukati korang la kan... apa nak jadi pun... yang penting moral of the STORY walau pun ko superhero... ke superstar ke.. bila tiba waktunya, sume tu akan hilang juo... so Sembahyang la korang sebelum 5 perkara... (tak faham gi cari kat website apa 5 perkara tu)...

Unknown

Phasellus facilisis convallis metus, ut imperdiet augue auctor nec. Duis at velit id augue lobortis porta. Sed varius, enim accumsan aliquam tincidunt, tortor urna vulputate quam, eget finibus urna est in augue.

1 comment:

  1. hahaha... mesej yg baik.. igt 5 prkara sblum 5 prkara.. =)

    ReplyDelete