Dah potong kuku?



Sat tadi aku rewang-rewang kat blog-blog lain, dengan secara tak sengaja aku terbaca article yang menarik perhatian aku, sebab selama ni aku pun terikut jugak apa yang pernah aku terbaca sebelum ni... walhal pada hakikatnya yang penting dan yang di amalkan oleh Nabi Muhammad s.a.w kita hanyalah perkara2 di bawah ini. Untuk article lengkap dan huraian-huraian sila ke blog: 


Kesimpulan:

1. Hadis Memotong kuku mengikut susunan adalah dhaif/palsu (yang seperti kebanyakkan kita terima dalam FB/blog2)
2. Apa yg thabit/sahih adalah memulakan dengan tangan kanan atau kaki kanan berdasarkan hadith Aisyah yg menceritakan Nabi SAW sentiasa mendahului perbuatan dgn tangan kanan, termasuk menyikat rambut.


Aisyah Ummul Mukminin beliau mengatakan,
"Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam suka mendahulukan yang kanan ketika bersuci, menyikat rambut dan memakai sandal." (HR. Bukhari dan Muslim)

3. Islam mengutamakan kebersihan untuk ummatnya. Maka memadai dengan apa yg diajarkan oleh Rasulullah SAW berkenaan kebersihan berdasarkan hadis soheh, tidak perlu menjadikan hadis dhaif sebagai hujjah untuk kita beribadah. 

MORAL OF THE STORY: KALAU APA-APA POST YG KITA BACA TERUTAMANYA BERKAITAN AGAMA SILA LA TELITI KESAHIHANYA DULU... TAKUT NANTI KITA NI TERGOLONG DALAM ORANG YG SHIRIK (NAUZUBILLAH...)

RENUNG-RENUNGKAN DAN SELAMAT BERAMAL ^.^

Nuzime Si Pari Pari Putih

Phasellus facilisis convallis metus, ut imperdiet augue auctor nec. Duis at velit id augue lobortis porta. Sed varius, enim accumsan aliquam tincidunt, tortor urna vulputate quam, eget finibus urna est in augue.

2 comments:

  1. Wew nice post ibu hustazah...happy blogging...

    BTW widget follower friend connect kamu dimana ya? saya mau balas follow kamu

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah sudah ketemu follower friend connectnya...ternyata belum keluar karena koneksi internet saya yang minim...hehe..thank b4...HAPPY BLOGGING

    ReplyDelete