Seandainya...

Salam Jumaat, semoga korang ok-ok jer. Lama jugak le aku tak menulis kat blog kan? Setakat ni tulis pun ulasan-ulasan ringkas je. So korang dah sedia tak, nak baca n3 aku ari ni? Oh! lupa kalau korang angkat tangan sekalipun, mana la aku nak nampak kan? Berbalik pada tajuk n3 aku kali ni... secara tiba-tiba aku ter-ringan tangan lak nak nulis kan. Pernah tak korang terbayangkan? Apa yang boleh menarik lebih banyak penonton-penonton untuk bertandang ke panggung-panggung wayang? Sebab zaman sekarang ni pun memang ramai dah penonton kita yang mula menghargai filem-filem tempatan, tapi yang berlambak-lambak macam ikan masin kat pasar malam sekarang ni, adalah filem-filem seram yang bagi aku dah tak berapa nak seram dah (sebab asal citer wayang, jer citer hantu) Mana taknya, sume siri tv seram yang mendapat sambutan pun, sume nak di adaptasi jadi filem (atas perminataan ramai katanya). Ok la tu, kalau sebagai penerbit dah mesti la kita bikin felem untuk raih keuntungan kan? Justru itu kehendak semasa penonton perlu diutamakan. Marketing strategy katanya... Itu derang.. 
Tapi SEANDAINYA... SEANDAINYA aku ni ada modal, ada produksi, aku akan ubah variasi filem-filem tempatan sedia ada... hepppp! nanti dulu!  Jangan bikin panas! Ciri-ciri tempatan harus la di kekalkan. Sebab filem kita, sinonimmya untuk tarik penonton ke panggung, kena ada hero hensem, heroin cun, rumah mesti beso, keta beso, moto beso, business beso, (tapi bila adegan CEO ke GM ke entah apa-apa yang dibelek fail-fail tu pun aku tak tahu he he he). Tapi itulah ironinya filem kite wajah kite ni... aku tak salahkan mereka, itu adalah permintaan kite jugek (penonton2 sume). Jadi SEANDAINYA aku adalah penerbit aku akan buat tarikan lain sket... duitkan banyak... jadi you name it you got it... cuma idea perlu fikir "out of the box". Dan cara pendekatan yang akan aku buat adalah gabungan 3 hero (yg betul2 hero sebab, memang terror bawak watak apa jer, pandai seni mempertahankan diri dan yang paling penting MACHO hu hu hu). Derang ni aku akan pilih dari 3 negara yang berbeza... Wah! Wah! Wah! aku rasa mau pecah panggung neh.. he he he dan tiga gabungan itu adalah dari: 

MALAYSIA - AARON AZIZ


THAILAND - TONY JAA


INDIA - SHAH RUKH KHAN


Dan Heroin plak harus la dari MALAYSIA yang bukan setakat pandai berakon nagis, jerit (sebab terserempak dengan hantu), muka tetap jadi pilihan utama, tapi bakatnya mestilah lasak seperti (Dato Michelle Yeo) dan fasih berbahasa Inggeris. Dah... nak berlakon dengan orang luar kalau setakat hello Malaysia how are u! (aku pun boleh cakap he he he)... jadi sapakan pelakon pilihan aku ni....

LISA & DATO SHAH RUKH KHAN


TIZ ZAQIYAH & TONY JAA (SEBAB SAMA-SAMA COMEL)


FAZURA SORRY, KENA GABUNGKAN JUGAK DGN 
ABG JEJAKA MALAYA (AARON AZIZ)


Hu hu hu amacam gempak tak idea aku? Concept dia macam Alien + Avatar (ha mau huru hara pelakon-pelakon ni he he he). Tak le asik nagis..nagis..nagis.., jerit, menggoda dato2 kaya, tapi dalam filem ni derang kena banyak belasah orang, naik kuda, lawan dengan makhluk asing, dan ada sikit-sikit suspen... make up pun ala-ala kadar (dah muka memang ori jelita takde hal x pakai make up pun)... Ha macam tu la alkisah-nya n3 SEANDAINYA... mana la tau ada producer2 filem yg terbaca ni.. boleh la derang ceduk idea aku ni and bagi felem dia BOX OFFICE tak cenggitu?? he he he ok dah malas lagi aku nak merapu! Adios see you in my next n3...

Wassalam love from paripariputih : )

Unknown

Phasellus facilisis convallis metus, ut imperdiet augue auctor nec. Duis at velit id augue lobortis porta. Sed varius, enim accumsan aliquam tincidunt, tortor urna vulputate quam, eget finibus urna est in augue.

9 comments:

  1. fazura n aaron!! i loike!!!

    ReplyDelete
  2. mantap betul dengan 3 tokoh itu.. nice posting... salam kenal..

    ReplyDelete
  3. SALAM;
    AKU NAK BERLAKUN JUGAK SEBAGAI TUKANG KENA BELASAH HERO ATAU PENJAHAT...

    ReplyDelete
  4. Aku nak belakon dgn Fazura tu. dah mmg crush gila. so tolong kosongkan tempat tu ye...hahahaha

    ReplyDelete
  5. FAzuran dgn Aaron dah pernah digabungkn dlaam PISAU CUKUR, FIY... :)

    ReplyDelete
  6. lisa dengan shah rukh khan tu tak tahan.. hehe

    ReplyDelete
  7. wahai ibu periii...aku nak blakon gak lam movie ko ni...jd hang kebun pun hang kebun lah...haha..praaaasan best lak haku ni..

    ReplyDelete
  8. kalau pelakon pilihan adik macam tu,masih stereotaip filem malaysia-Hindustan, kisah orang kaya2 yang cantik dan ensem, ada konflik lawan dengan orang jahat yang x ensem,.. mula2 org kaya cantik kalah, klimaksnya orang kaya 'hidup' semula dan kalahkan orang jahat,... x syoknya,..

    ReplyDelete
  9. haha psngn terbaik!

    ReplyDelete