Busy weekend...

Salam, huuuu... asal blog malam ni sunyi sepi jer? Ni mesti ramai yg cuti-cuti Malaysia atau jalan-jalan cari pasal kan? He he he... ok la tu ABANG ALIM... aku ni pun, baru la ada masa nak mengadap komputer ni dan hantar n3 baru. Aku dari Khamis hari tu lagi dah bz. Mula-mula dengan wedding kawan bek aku, pas tu Jumaat kelam kabut dgn kerja, pas tu  semalam terkejar-kejar buat preparation b'day anak aku. Mulanya plan nak buat bulan Mac, memandangkan hari jadi dia pada 28 Feb... kebetulan sume anak2 saudara ada berkumpul termasuk yg belajo kat Russia tu.. so terpaksa tukar date buat semalam... tu yg tak de n3 terbaru tu.. anyway ni le hasil preparation yg aku buat... yg paling best aku sekarang dah ada 3 org anak angkat yg comel, nak tau sapa derang?? Tengok gambar kat bawah ni sampai habis okeh.. ha ha ha walaupun aku penat tapi hati ku gumbira dikelilingi orang-orang tersayang... hu hu hu...

Ini la family aku tercinta... me, son & my suami..


Ni pulak anak2 saudara, jiran, kakak, adik ipar & juga maid aku he he he 


Black paper roast chicken ni menu wajib aku (anak2 saudara aku siang2 dah suruh aku masak ni x leh nak lari) he he he satu lagi derang dera aku suruh masak "Sharks finn soup" yg tu aku masak tengok mood sbb nak sediakan leceh.. :P


Ni kek tunjuk2 ~ dulu aku terror gak buat kek, tapi dah tua2 ni tak larat.. lagi pun takut tak jadi rupa kek keh keh keh baik aku beli jer... sedap, cepat & comel ... 


Ha! ni yg terapung2 ni last minute punya plan... 
so ini la hasilnya main sangkut jer mana sempat... 


Ha pose "manja" konon... hu hu hu


Anak aku sebenarnya segan sbb aku belikan dia belon tu... dah tu tak de anak pompan, apa lagi belasahlah, masa ni la nak beli menda2 cute kan.. he he he


Aku pon teringin gak nak pegang belon.. ko.. ha ha ha


Jeng! jeng! jeng! dan ni la 3 anak angkat aku yang baru aku beli 
he he he meh aku kenalkan..
Yang kat bawah ni nama dia maru...


Yang ni Ciko..


Dan yang jantan ni Kici...


Ha yang ni umah derang comel tak?? he he he
Ni le buah hati aku sekarang... nampaknya bertambah le kerja aku tiap hari minggu ek! 
Tak pe janji happy tengok gelagat derang...


Yahooo! esok cuti lagi jadi hari ni aku declare tidur lewat sket... :P

Unknown

Phasellus facilisis convallis metus, ut imperdiet augue auctor nec. Duis at velit id augue lobortis porta. Sed varius, enim accumsan aliquam tincidunt, tortor urna vulputate quam, eget finibus urna est in augue.

No comments:

Post a Comment