Complain! Complain! Complain!

Salam Rabu... hu hu hu ari ni Cik Pepari "lenguh jari" la nak hantar n3 Wordless Wednesday... sebab idea dan tangan ni dah berpakat tak nak duk "diam" di hari Rabu yang kelam kabut lagi stress ni kan.... so ni ala-ala cara Cik Pepari nak melepaskan stress kerja la ni... Itu la kita ni kan bila ada kerja complain! complain! complain! lain benda tak fikir... cuba la fikir yang positif... N3 aku ari ni ada kena-mengena tak dengan tajuk kat atas tu?? Rasa-rasanya ada memang berkait sangat-sangat... aku tensoin giler ni... giler pun tak macam tu.. bukan apa kerja aku dah siap sampai bulan 4 punya (terlebih laju) sampai bos aku suruh tone down la pulak :P... korang ada cenggitu?? he he he. Bukan apa aku tak suka tangguh kerja sebab banyak menda-menda yg aku boleh buat kalau kerja aku siap awal (bukan siap awal caca merba harap siap jer ok... aku akan makesure jugak qualiti kerja aku)... Tu la.. bila tangan kerja, dalam hati pokpek! pokpek! jer... aku ni jenis yang kalau kerja dengan 3rd party (dan 3rd party tu sangat lemah gemalai kerjanya macam cara jalan cik siput) aku lak yang tak leh tahan... ni tension pasal ni la ni.... tapi kan bila aku terpandang gambar kat bawah ni aku jadi INSAF korang... terdiam, terkesima, terkedu, tersebak, dan semua ter2 masuk dalam list aku... bayangkan la... kita pagi2 tak breakfast pun komplain... bila dah breakfast kadang2 tu bukan nak bersyukur ada jer (nasi lemak ni, sikit la... kopi ni tak kaw la... dan beribu-ribu ngomelan)... tapi cuba korang tengok insan kat bawah ni... sayu aku... jadi bersyukurlah dengan apa yang kita ada sekarang... walau tak semewah, tak sekaya, tak secantik... tapi kita masih beruntung... korang fikir-fikirkan la ye... "Sayu Rabu" aku hari ni :(



Ingat janji Allah, barangsiapa bersyukur dengan nikmat yang diberikan kepadanya, maka Allah akan tambah lagi nikmat itu. Sebaliknya, barangsiapa yang kufur atau tidak mensyukuri nikmat itu, maka sesungguhnya azab Allah amatlah pedih.

http://paripariputih.blogspot.com

Nuzime Si Pari Pari Putih

Phasellus facilisis convallis metus, ut imperdiet augue auctor nec. Duis at velit id augue lobortis porta. Sed varius, enim accumsan aliquam tincidunt, tortor urna vulputate quam, eget finibus urna est in augue.

2 comments:

  1. ape susah..p la konplen kat ADUAN RAKYAT tu..haha..xpun p jumpe Perdana Menteri..setel poblem negara ko tu..haha

    ReplyDelete
  2. Betul jugak tu , cadangan yang bernas daripada encik Apai . Saya setuju . [:

    ReplyDelete