Bila Cik PariPari transform jadi Mutant!!

Assalamualaikum, korang tak tidur lagi ke?? Aku korang takyah tanya... aku ni memang macam burung hantu, berjaga malam. Cuma beza aku ngan burung hantu, dia siang tido, tapi aku siang kijo, boleh??? He he he tak la... bukan apa esok kan Sabtu so boleh la aku rewang-rewang kat blog aku jap, post entri terbaru untuk tatapan korang. Nanti asik tengok gambo2 "cikaro bertudung atas UIA bawah USA" boring pulak korang kan??? Dah jom aku story kat korang ekkk! He he he (amaran pada siapa yang mengidap sakit jantung tu dinasihatkan berhati-hati sebelum melihat transformasi cik pari-pari sebentar lagi) mua ha ha ha. Asal korang tak caya eeek?? Aku ni lebih kurang "spesis" transformer la jugak... Tak caya?? Takpe meh aku buktikan... 

Ceritanya bermula di sebuah restoran fofular "Secret Recipe" satu tengahari aku dan geng2 opis gi ler lunch kat sana... mula-mula mood aku ok jer...(siap pose lagi amek gambo).. hu hu hu


Sekali tu bila makanan sampai, ekspresi wajah aku terus berubah tak leh tahan lapor derrr.... (ni baru bunga-bunga dia jer... rupa aku berubah2)


Makin nak terhidang makanan tu, makin "cute" (sila muntah sekrang ha ha ha) 
perubahan pada wajah aku 


Bila settle jer pelayan tu hiris daging dlm pinggan, aku tak toleh kiri-kanan dah! Concentrate makan, lapor le katakan... tiba-tiba tengah sedap layan makanan, terdengar oleh aku akan satu suara...


Direct jer dia sound aku: "Der... lu kot ye pun lapor... ingat-ingat la sikit kat orang belakang!!" (rupa-rupanya suara En Kucen yang telah "mengenterframe" ~ dengan muka GANAZnya tu) Cesssss!!! No mainus lu En Kucen... (aku dah mula naik darah ~ walaupun sebenarnya korang tak nampak darah2 dalam badan aku panjat naik ke atas) he he he


Dan sepantas kilat itu jugak la tiba-tiba aku mula bertukar wajah (korang tengok kat dalam gambar yang aku bulatkan) bukan setakat wajah berubah, baju, tudung dan lokasi pun turut berubah...WAH NI MARAH BETUL NAMPAKNYA CIK PARI-PARI DENGAN PROVOKASI YG TELAH DI LAKUKAN OLEH EN KUCEN SEBENTAR TADI!!!


Dengan kuat dan penuh gaya Cik Pari Pari tiba-tiba menjerit dgn tagline: Cikparipari bertukar.... "kebaBOOOOM"!!! Wajah aku pun terus bertukar..... sekali tukar jadi "JACK SPARROW" la pulak... amukan aku tak habis2 jugak (walaupun dalam gambo ni aku senyum) aku tak puas hati, aku cakap lagi BERTUKAR!!!


Rupa-rupanya wajah aku tetap x leh tukar, (yang bertukar krew2 kapal aku pulak yang bertukar) Eh! apa daaa... salah baca jampi daa... tak pe aku masih tak putus asa... ini bukannya apa yang aku nak bertukar...

Bertukar! Tukar! Tukar!
KeBAbooom! Dia bertukar la jugakk... tapi ...


Tuko jadik AWAN NANO le pulak... ish! Apa keheynya jampi aku ni tak menjadi yek! Tiba2 dalam pada aku bertukar tu (sempat lagi derang suruh aku jadi ketua juri untuk pertandingan Juara Karaoke lagu Poco Poco keh keh keh)


Ni Ramai-ramai ni peminat2 aku la ni.... ha ha ha


Bukan setakat peminat kat Malaysia, "Mick Jagger" pun sempat turun KL semata-mata nak aku sign contract dengan dia "Jadi Juri Tetap" untuk rancangan AMERICA GOT TALENT! he he he aku ada! ko ada ke??? :P


Sekali tu baru aku teringat daaa... misi "transformer" aku masih belum tercapai... so aku pun mintak excuse kat Mick: Catch you later mike! he he he dan terus tak buan masa aku jerit lagi PARIPARI BERTUKAR!!! ZASSSSSSSSS!!!


 Eh! Bila Masa lak aku terbang ke LONDON ni.... aku tak puas hati aku jerit lagi
TUKAR! TUKAR! TUKAR!


Ini baru betul! AKU la penyokong setia MALAYSIA! i lab you bebeh.... tiba-tiba Zaassss! Tuko lagi...


 Lor! Apa kes ni tukar jadi SMURFETTE... la pulak.... tak nak aku nak tukar lain jugak...


Fulamak... aku tukar jadi 'ROCKER' sioooootttt... ko nampak selempang tu "She - Rock Winner?" 
he he he kelassss... jah (sila la muntah sekali lagi) Biasa la bila dah jadi juara tu ramai la nak ngempet... ha ha ha 


Tapi nape le, aku tak tukar yang elok-elok??  Tak ngape bior aku cuba lagi TUUUU.... belum sempat aku habiskan ayat aku tiba-tiba En Kucen menyampuk! "DAH CUKUP-CUKUP!! TAKYAH LE KO TUKAR2 LAGI PARIPARI!" BUKAN LAWA PUN KO TUKAR2 TU...


 Akhirnya sebab tak tahan tengok aku asik bertukar-tukar En Kucen pun 
angkat tangan "surrender" lalu terus pengsan....keh keh keh... 


SEKIAN LA DULU CERITA DARI CIK PARIPARI & EN KUCEN... kitareng nak mintak maap kat korang sebab cerita-cerita kat atas tu sebenarnya adalah "REKAAN" semata-mata. Tiada kena mengena dengan En Kucen Mau Pun Mick Jagger thee he he he :P

Korang nak tangok transformer gi le cari kat kedai VIDEO hu hu hu

GOOD NITE ~ SWEET DREAMS!


Unknown

Phasellus facilisis convallis metus, ut imperdiet augue auctor nec. Duis at velit id augue lobortis porta. Sed varius, enim accumsan aliquam tincidunt, tortor urna vulputate quam, eget finibus urna est in augue.

10 comments:

  1. dasat ar bertukar byk kali.. kamen rider pun ada limit nk bertukar2 ni, hukk...

    ReplyDelete
  2. mcm ben 10 la plak..haha :D

    ReplyDelete
  3. nasib tak tukar jadi benda lain.. haha.. lawak la cik pari2 nie.

    ReplyDelete
  4. dasyat betulll....superman pun tak leh tukar banyak2 mcm ni

    ReplyDelete
  5. Mak aii..banyak nya bertukar tapi bab muka tengah tenung dagung tu memenag lapau bebenor tu..kekeke

    ReplyDelete
  6. hebat!
    terbaik... (ala2 boboiboy )

    ReplyDelete
  7. hebat!
    terbaik... (ala2 boboiboy )

    ReplyDelete
  8. haha..suka cara cik pari2 bertukar2..hebat der..

    ReplyDelete