Cuti-Cuti 'Cowboy'

Assalamualaikum.... : ) aku doakan agar semua blogger2 sihat-sihat disamping keluarga tercinta. Memandangkan hari ini kesihatan aku dah beransur-ansur pulih (alhamdulillah) jadi aku ada sediakan ole-ole untuk tatapan korang, masih dalam kategori percutian... kali ni aku nak share ngan korang percutian ala "Cowboy" pulak. Aku rasa ramai dah yang pernah pergi tempat ni kan? Bukan jauh pun kat PD jer. Percutian yang kiterang pergi tahun 2009 ni, cuti-cuti sambil gi kenduri kawin kawan opis. So, sambil menyelam sambil minum air. Untuk yang tak tau nak gi mana, tapi nak satu percutian yang adventure this is the right place to be... sebab apa? Sebab kat sini ada macam-macam aktiviti yang lasak-lasak, aktiviti untuk kanak-kanak, aktiviti untuk orang dewasa, boleh kata segalanya adalah kat sini. Ok tempat yang aku maksudkan tu ialah Eagle Ranch Resort. Yang paling istimewa kat sini pengunjung2 yang baru tiba akan disambut oleh "Chief Red Indian" yang akan ke lobby resort sambil naik kuda... bukan kuda kepang kertas tu ya.. tapi kuda hidup... haaaa kelas!! tak kelas!!?? derang ada kuda... korang ada!?? he he he (Ayat favorite si Apai)... Pasal makanan pulak, korang ada banyak pilihan, kat resort tu pun ada restoran, kawasan2 berdekatan pun ada juga gerai2 makan (tapi kena drive out la), pasal harga boleh kata reasonable le jugak. Cuma setiap permainan yang disediakan tak termasuk dalam harga penginapan ya... (kecuali kalau korang ambil package) more details click http://www.cuti.my/hotel/info/id/2011/Malaysia/Negeri-Sembilan/hotel/Eagle-Ranch-Resort/ Antara aktiviti yang aku dah cuba masa tu, tunggang kuda, go kart, archer & kayak. Yang lain2 mcm paint ball aku dah penah main dulu. Tapi la ni, ada banyak lagi aktiviti yang disediakan... so jom kita rolling ini the deep now.... zasssssss!!

Ha! Ini adalah salah satu tarikan pintu gerbang yang ada kat situ... 
banyak lagi pintu2 gerbangnya selain ini

  
Ini kiterang pose depan Band Wagons... 
nak tau camner rupa Band Wagons tu?? jom intai gambar kat bawah


Tadaaaaa!! Inilah menatang "Band Wagon" tu.. dalam sebuah BW terbahagi pada 4 bahagian. 
Dua bawah, dua lagi atas.. (maksudnya bilik la setiap bahagian tu)


Kiterang duduk yang bilik atas tu... bila tengahari panas tak hengat! 
So air-con memang kena on 24 hours :P 
(bilik bawah a bit cooling ~ tapi bilik atas lagi best)


Cenggini la pemandangan dalam BW ni..


Atas master bed tu ada bangsal... jeng.. jeng.. jeng.. 
jom kita tengok apa ada atas tu??


Yezaaaa! Mestilah tilam extra... takan la resort tu nak letak rumput kering (macam dalam filem2 cowboy kan) so pada yang bawak anak2 tidur lasak tu tak payah la cuba2 nak bawak sikecik tu tidur atas para ni... silap2 hari bulan anak2 korang nuuu ada yg tertiarap atas lantai.. mua ha ha ha (pada yang suka mengigau malam pun lebih baik tidur bawah ek!)


Saloon! Ini bukan salun "set rambut" ya.. yang ini la restaurant dia.. ala-ala bar cowboy.. tapi korang jgn terperanjat cowboy kat sini makan nasi goreng kampung, mee hoon, kuew teow kung foo he he he...


Yaa... inilah pemandangan dalam SALOON tu macam2 ada... topi KOBOI, 
tengkorak lembu la... (cita pun tak guna hangpa mai sendiri tengok la)


Yang ini pun restaurant jugak, tapi digunakan untuk breakfast buffet...


Oh yang rumah atap rumbia ni adalah "pool center" 
untuk dapatkan towel, nak jakuzzi ke etc..


Yang ini untuk kaki racing... boleh la cuba go kart neh.. 
ha ha ha track dia boleh la...


Korang nak posing kat keta antik pun boleh.. macam2 le yg ada kat sini.. 
sebelah tu ada convenience store, tapi mcm biasa la rega.. mesti up punya.. 
so bawak jer makanan dari rumah.. jimatt....


Tu dia "pemanah amateur" sudah mai...


Ini aku tengah tunggu giliran untuk memanah atau archer.. berkobar2 tuhhh


Ha ha ha aku agak dah sume anak panah aku gi ke langit akhirnya keh keh keh...


Tak puas hati memanah aku tukar acara lain lak, kali ni aku nak cuba berkayak...
 lenguh tangan dibuatnya.. tapi memang seronok..



Kalau korang tenggelam jgn risau pertama, air tu klw dewasa sampai takat pinggang jer, ke dua ada life jacket dan yang ke tiga korang nampak mamat baywatch tu?? ha ha ha nanti dia la yg akan tolong selamatkan korang klw berlaku kecemasan...


Ini nama dia "Kampung House"


Resot kalau takde "swimmingfool" tak sah kan??


Yihaaa! Akhirnya dapat gak aku menunggang kuda.. (tapi gambar aku tengah tunggang kuda tak yah la aku post kat sini kan... nanti kang ramai pulak yang pitam tee he he he)


Hah!! Yang ni upacara "bakau membakau" with "the geng" sapa lagi? geng2 biasa lepak dengan cik pari2 le :P


Sambil BBQ sambil chatting... cozy tau pondok tu... romantika diamo lagi..


Fuyoo... sehingga mejilat pinggan ni... : )


Aku besa aaa... mesti nak posenyer.. lepas makan :P



Budak-budak ni terlebih makan sausage le ni.. 
tu yang melompat2 tak hengat dunia neh.. ha ha ha


So.. next vacation aku sarankan gi la ke pekan KOBOI ni... memang best hokehhh!!
Dah! apa lagi yg korang intai2 kat bawah ni?? Tu jer la n3 aku ari neh ha ha ha...
 bui bui see ya in my next story mory...

Nuzime Si Pari Pari Putih

Phasellus facilisis convallis metus, ut imperdiet augue auctor nec. Duis at velit id augue lobortis porta. Sed varius, enim accumsan aliquam tincidunt, tortor urna vulputate quam, eget finibus urna est in augue.

6 comments:

  1. bestnya pekan koboi ni! :)

    ReplyDelete
  2. kelas ko jah...hahaah

    ReplyDelete
  3. wow..nampak cam best.pernah lalu rasanya tapi tak pernah tengok la dalam dia camne.hmmm

    ReplyDelete
  4. bercuti ke CH, singgah di Galeri BiGDee House of Magic Potions Taman Royal Lily, Tanah Rata. satu-satunya galeri microfungus aromaterapi nano di dunia!

    ReplyDelete