Datuk Ku Seorang Pejuang Bangsa


Matinya Seorang Pelopor, Othman Abdullah Dalam Kenangan - Utusan Zaman, 25 Feb 1968

By Anas Alam Faizli in D Othman Generation 

(Penulisan asal dalam tulisan jawi) Utusan Zaman, mukasurat 7, 25 Februari 1968

Matinya Seorang Pelopor - Othman Abdullah Dalam Kenangan
Oleh Wartawan Kita

Pada  minggu lalu seorang tokoh dalam perjuangan kebangsaan yang mungkin  tidak begitu dikenali ramai ditanah air kita ini, telah kembali ke  rahmatullah.

Tetapi peranannya yang penting dalam menyuburkan  semangat kebangsaan di dalam dan di luar negeri sejak sebelum Perang  Dunia kedua dulu, tetap akan dikenang oleh ramai rakannya diseluruh  tanah air. Beliau ialah Othman Abdullah.

Waktu masih menuntut di  salah sebuah Universiti di Mesir Almarhum telah mula memperlihatkan  kesungguhannya bersama-sama berkecimpung dalam gerakan-gerakan Mahasiswa  Malaya-Indonesia pada waktu itu.

Kemudian beliau bersama-sama  dengan beberapa orang rakannya menerbitkan majalah ‘Seruan Al Azhar’,  majalah melayu yang pertama diterbitkan di luar negeri.

Beliau dilantik menjadi pengerusinya yang bertanggungjawab mengenai majalah itu sepenuhnya.

Dari majalah tersebut lahirlah suara baru dalam meniupkan semangat kebangsaan yang dapat disalurkan daripadanya.

Majalah  itu terus mengisikan rencana-rencana yang mendorongkan perjuangan anti  penjajahan sambil menyarankan persatuan antara Malaya-Indonesia.
Waktu berada di timur tengah Almarhum telah berpeluang melawat ke negara-negara Eropah seperti Perancis, Belanda dan Britain.


Waktu  di belanda beliau rapat dengan bekas Naib Presiden Indonesia – Drs Mohd  Hatta yang pada itu sedang menjadi mahasiswa di sana.

Beliau juga rapat dengan mahasiswa lain seperti Abdul Manaf, Rustam Afendi, Osman Sastroamidjojo. Rustam  Afendi adalah seorang Indonesia yang dilantik menjadi anggota  perwakilan Belanda, Osman Sastro Mijiyo adalah adik kepada bekas Perdana  Menteri Indonesia, Dr Ali Sastroamidjojo dan Abdul Manaf pula adalah  seorang tokoh perjuangan kemerdekaan Indonesia. Adik kepada  Rustam Afendi ialah Bakhtiar Afendi seorang tokoh sandiwara dan pelakon  yang terkenal di Malaya-Indonesia sebelum perang dunia kedua dulu. Dia  yang juga menjadi sahabat baik Almarhum telah ditahan di penjara Outram  Road, Singapura bersama dengan beberapa orang lagi kerana kegiatannya  yang membahayakan pihak British.

Dalam gerakan politik di Kuala  Lumpur, Tuan Haji Othman pada awal perjuangannya telah menggabungkan  diri dengan Kesatuan Melayu Muda sebagai Bendahari Kehormatnya. Almarhum  kemudiannya menyertai Kongres Pertama yang diadakan oleh  pertubuhan-pertubuhan melayu yang dilangsungkan di Suleiman Club, Kuala  Lumpur. Almarhum merupakan seorang tokoh yang banyak memberikan tugas bersama-sama dengan rakannya yang lain menjayakan kongres itu.

My handsome late grandfather (Hj Othman Bin Abdullah) & late grandmother (Hjh Rabiatul)


Beliau juga aktif dalam gerakan-gerakan sastera dan sahabat pena. Dalam  kongres kesatuan wartawan-wartawan melayu yang pertama (sebelum perang)  yang diadakan di Kuala Lumpur, beliau adalah diantara orang-orang yang  mengambil peranan penting. Dikalangan persurat khabaran, Almarhum  amat terkenal lebih-lebih lagi beliau banyak menghabiskan tenaganya  kepada mendiang Akhbar Harian Majlis sebagai pengurusnya. Beliau sekarang telah pergi tetapi kepada sahabat-sahabat karibnya, kehidupan Almarhum masih dikenang dan diingati.

Arwah datuk yang aku tak pernah jumpa (kata baba aku, arwah ni panas baran... patutlah aku menurun perangai tu...)



Kepada  ketua pengarang kumpulan akhbar-akhbar Utusan Encik Melan Abdullah dan  pengarang Berita Harian Encik Abdul Samad Ismail, Almarhum merupakan  saudara tua yang banyak meninggalkan kenangan.

Pada usianya 63  tahun, Almarhum telah meninggalkan rakan-rakan dan sahabat handainya  yang lain untuk menemui tuhannya terlebih dulu.

Inilah "suku" bahagian daripada keluarga besar "baba" aku, yg bulat kuning tu arwah "nenek aji" gelaran aku pada nenek, dan bulat merah tu baba aku, dan aku tuuu yg dalam bulat hitam tu he he he...


Gambar bawah ni kira gambar baru jugak la... tapi ini baru parents2 jer... anak2, dan cucu2 tak masuk lagi ni... :P


Almarhum adalah cucu kepada Tuan Haji Taib seorang hartawan melayu yang terkenal di semenanjung tanah melayu pada ketika itu. Beliau meninggal dunia di rumah menantunya, Encik Mohd Zain Abu, pengarang berita Radio Malaysia, di sini. Almarhum meninggalkan seorang balu, 15 orang anak, dan 20 orang cucu.

Yg kat bawah ni my great great great grandfather (Hj Taib) sayang sekali aku tak ada koleksi gambar moyang ku Abdullah.. :(



Jadi sebagai cucunya aku mewarisi bakat arwah, bukan bakat pejuang bangsa, tapi bakat sebagai seroang penulis... boleh??? hu hu hu.... so itulah serba sedikit tentang kisah perjuangan datuk aku... terima kasih ye sebab sudi meluangkan masa korang membaca sejarah2 (yang makin tak diminati oleh golongan2 muda dewasa ni)...

 Mudah-mudahan Allah mencucuri rahmat ke atas Roh Almarhum – Amin!!!


Unknown

Phasellus facilisis convallis metus, ut imperdiet augue auctor nec. Duis at velit id augue lobortis porta. Sed varius, enim accumsan aliquam tincidunt, tortor urna vulputate quam, eget finibus urna est in augue.

No comments:

Post a Comment