Jom masak "Quarter Chicken" semudah A.B.C

Assalamualikum blogger-blogger. Harap korang sihat hokey di samping orang2 tercinta. Bercakap pasal cinta ni, aku nak bagitau korang hari ni adalah "anniversary" perkahwinan aku yg ke-16. Korang doakan la ya semoga perkahwinan kami akan berkekalan hingga ke ahkir hayat. Aminnnnnnn... So kalau korang sambut hari istimewa, apa yang korang nak buat?? Tak tau?? Aku tau hu hu hu... meh sini aku bagi idea, korang boleh masak special. Murah, senang dan sedap. So apa kata... sempena "anniversary" aku hari ni, aku nak share dengan korang cara nak masak ayam ala-ala western yang paling senang nak dibuat. Jom ikuti tutorial aku (Ada aku kesah?? orang lain tuto pasal apps kat blog, aku tuto pasal masak ha ha ha. Lantak aku la labi oooi) dah jangan nak terkulat-kulat kat situ, gi amek pensil dgn kertas cepat. Tak kan le nak tulis atas tapak tangan korang pulak kan?? Dah sedia?? Ok jom... kita mulakan sekarang (korang jan risau, aku ada attachkan gambar sekali untuk rujukan ok?)

BAHAN-BAHAN

Ayam peha 4
Soup Mushroom
Carrot
Broccoli
Jagung
Kentang

Marinate: 
Brand: (Master Foods) 
1. Thyme Leaves, 
2. Rosemary, 
3. Oregano Leaves, 
4. Basil, 
5. Oyster sauce, 
6. Honey, 
7. Olive oil, 
8. Lada hitam, 
9. Gula 
10. Garam. 

CARA:

Bersihkan ayam, 1-2 hours b4 nak masak bancuh garam 1/2 cup & 1 setengah cawan gula campurkan air (separuh dr bekas nak rendam ayam) kacau sampai gula & garam larut. Masukan ayam, make sure semua permukaan kena. Sementara tu (panaskan oven 150 - 250 C). After few hours keluarkan ayam yg diperap/rendam (jgn basuh) cuma buangkan air rendaman ayam tu saja. 


Kemudian tuang oyster sause, honey, olive oil (not to much - nnti berkuah sangat pulak, jadi tak sedap juga) gaul rata, kemudian sprinkle kesemua herbs kt dlm ayam. Jgn lupa taburkan lada hitam (yg di tumbuk- ikut banyak mana yang korang suka ok).


Jadi macam ni la ayam yang dah siap diperap dgn bahan-bahan rempah dan sebagainya


Kemudian masukkan dalam oven dengan suhu ketinggian 250 darjah Celsius


Korang kena tengok ya ayam tu, pusing2 kan so that ayam akan masak rata 


Selalunya ayam akan masak keseluruhan dalam masa 45 mini - 1 jam, 
(bergantung pada saiz ayam dan oven korang)


Bila dah masak ini la hasilnya, korang nampak tak juice dari ayam tu?? Dan warna kulit ayam yang keemasan tu... fuhhhh!! marvelous!!


Bila macam ni you can smell the herbs, wallah! Sodap, isi ayam tu very tender and juicy


Jadi kalau ayam aja tergolek-golek, sure hidangan korang nampak tak lengkap kan, so untuk sedapkan lagi and complete the dish, add in side dish spt. kentang lenyek, jagung rebus, carrot & broccoli rebus.

Kopek kentang, lepas tu rebus, taruk garam sket dalam air rebusan,
rebus sampai air dah nak kering sikit


dah lembut lenyek macam kat bawah ni, campurkan sikit butter


Jagung pun rebus, jgn lupa masukan gula + garam sikit dalam air rebusan, 
rebus sampai jagung empuk


Broccoli pun sama, rebus (air rebusan taruk sikit garam)


Yang ini optional, kalau korang suka makan ayam yang bersauce boleh la tambah (yg kat bawah ni mushroom sup yang dalam tin tu jer, aku malas nak buat sendiri :P)


Ha ini lah hidangan "Quarter Chicken & Side Dish"
paripariputih menarik nak cuba??


Another side dish (oh lupa nak bagitau, carrot tu pun potong siap-siap dan rebus ye)


Ini la hidangan lengkap "Quarter Chicken" aku


Quarter Chicken without gravy


Quarter Chicken with Mushroom Sauce


Seperti biasa lepas makan mesti ada upacara penyerahan "PLAQUE" Wah!! budak-budak ni, ko senyum simpul ye??? kenyang makan ayam he he he : )


CUBA LA RESEPI AKU NI OK! SEDAP WA CAKAP LU... 
JUMPA LAGI DI LAIN WAKTU
DENGAN ITU SEKIAN TERIMA KASIH

BON APPETIT!!!


Unknown

Phasellus facilisis convallis metus, ut imperdiet augue auctor nec. Duis at velit id augue lobortis porta. Sed varius, enim accumsan aliquam tincidunt, tortor urna vulputate quam, eget finibus urna est in augue.

7 comments:

  1. Adoiii...
    Laparnya.... Bila tengok ayam tu...

    ReplyDelete
  2. macam sedap je..nk jugak boley? ^_^

    ReplyDelete
  3. boleh ar balik kampung ni try resipi ngan mak...

    ReplyDelete
  4. senang dan menarik.. nak try gak la tak payah pi kedai.. hehe.

    *haha lawak note kat kertas tu.

    ReplyDelete
  5. awmmmm ! sedaaaaaaappppppppppppppppp !

    ReplyDelete
  6. W0w...marvell0us..sedapnye..nak cuba la..

    ReplyDelete