Sawadika (Chiangmai)

Assalamualaikum, salam sejahtera, selamat datang atau Sawadika ke blog paripariputih. Conggak-conggak dekat 2-3 hari gak la aku tak update blog. (Korang maafkan la aku ye, ada banyak sebab kenapa aku tak dapat update, pertama sebab aku tak sihat BP aku naik giler-giler, ke dua kerja banyak sangat, ketiga bila dah letih aku zzzzzzzzzzzz), lagi pun tak de perkara menarik yang boleh aku "updatekan" dalam minggu ni. Tapi memandangkan esok merupakan hari terakhir persekolahan, dan lepas tu seminggu budak-budak ni cuti, jadi aku nak share la dengan korang tempat percutiaan yang juga menarik untuk dikunjungi. Jom!! kali ni aku nak bawak korang pusing-pusing ke Chiangmai Thailand. Aku pergi ke sana masa company trip tahun 2008, bagi "pencinta alam", sini adalah di antara tempat-tempat menarik yang aku lawat, spt Kem Gajah, Taman Orkid, Gems Gellary, Kawasan pergunungan "long neck village", "Dinner Cruise" dan banyak lagi la.. So dah ready nak travel? Jom... rolling in the deep bersama cik paripari ke CHIANGMAI... kapkun ka... lai lai lai

Inilah bandaraya Chiangmai ~ kedatangan korang akan disambut dengan tembok, 
(tapi ni bukanlah tembok besar macam kat  Cina tu ye) he  he he 


Ini la rakan-rakan seperjuangan aku... kalau ko cari aku kat syarikat ni.. 
jangan harapalah tak kan adanya aku mua ha ha ha (biorle rahasie) 
masa ni kiterang baru habis lunch


Yes! Dah sampai Chiangmai dengan penerbangan AirAsia (lebih kurang 3 jam kot penerbangan) kite orang disambut dengan welcome drinks.. gambar bilik, sorry tak de dalam stock (bilik hotel dia wa cakap lu, tiap2 malam sebelum tidur dia akan letak sekutum bunga ros (lain hari lain warna okkk...) dengan ucapan "Sweet Dreams" kelasss derang ada! Ko ada!?? hu hu hu


Ni la lobby hotel tu, bunga kat belakang tu bunga ros hidup ye bukan pelastik. B.t.w kat hotel tu dekat dengan kedai2 massage, spa2 (murah ada, mahal pun ada), restoran makanan Halal, tapi aku nasihatkan kalau nak gi sana pastikan korang check dulu ye, kedai2 dia. Sebab kebanyakkan kedai tak Halal, (lebih elok kalau gi ada tourist guide).



Ha ha ha kat sinilah satu "insiden" telah berlaku dekat aku, pisang yang aku beli nak bagi gajah makan, habis sekali hadap, masa aku nak possing dgn gajah2 tu le jadi... (moral of the story kalau ko nak bergambar dgn gajah2 tu, pastikan pisang letak jauh2 atau suruh orang pegangkan).


Masa ni pisang aku dah habis... kena bedal!!!


 Wow! Yang ini korang jangan lepaskan peluang, sebab ada "show" dari gajah2 tu depa main bola, 
buat perarakan, sarkis dan mcm lagi lah.. dan gajah2 tu, padai melukis (sume lukisan2 tu nanti, di jual untuk menampung pembiayaan kem tersebut)


Ini lagi satu "adventure" yang buat aku kejung, seronok, takut, nak nagis pun ada... ko bayangkan ya... dah la gajah tu tinggi, lepas tu gembala dia bawak kitarang ikut lereng2 yg berlecak, dan tinggi.. macam kat gaung, dengan badan gajah tu goyang2 cubo ko bayangkan takut.. ke tak?? ha ha ha tobat aku naik gajah ni...(but it was a great experience)


Lega... habis "seksa" naik gajah, kat belakang tu ada beberapa gerai yang menjual cenderamata, 
paling unik ada satu kipas yg sgt comel yg dihasilkan dari najis gajah... tak caya?? Betul...


Ha! Ini la ladang Orkid tu, the very nice... seindah mata memandang.. indah lagi kalau korang gi kesana, rambang mata tengok bunga2 orkidnya yang berwarna-warni..



Menyebok pulak mamat sorang ni... ha ha ha...(tetap nak menyempit)






Aku ada! ko ada!?? Hu hu hu pose ala-ala bollywood youuuu....




And this was the nite where we had dinner at the River Cruise 
(tapi makanan kiterang terpaksa di order dari catering luar yang halal, as the only served non halal food)



Ini adalah gerai makan penduduk Islam Chaingmai... Wa cakap lu, masakan dia sume superb!! berair2 mata makan tomyam dia...


Dan ini pulak adalah restauran Islam yang jugak menyediakan makanan halal, tapi yang kat tepi jalan punya gerai tu, lagi power masakan2 dia.. hu hu hu


Ye! yang ini kalau rombongan2 Che Kiah suka la ni, sebab banyak barang2 berlian, aku pun rembat gak dua cincin.. hu hu hu ( ko tempah dlm 1 jam, masa makan tengah hari derang akan deliver door to door, supaya korang tak buang masa melangut tunggu cincin siap) kelasss... 


Ah ni time nak balik... dah puas makan, jalan-jalan, shopping tak reti2 nak balik umah ke cik pari2 hoiiii???!! Ha ha ha anyway, pergilah ke sana baru korang dapat merasa keseronokan bercuti di Chiangmai... kupkun ka... Sawadika... gudbye ka ha ha ha : ) ~ selamat cuti sekolah...


Unknown

Phasellus facilisis convallis metus, ut imperdiet augue auctor nec. Duis at velit id augue lobortis porta. Sed varius, enim accumsan aliquam tincidunt, tortor urna vulputate quam, eget finibus urna est in augue.

8 comments:

  1. bestnye..ritu kkak2 sy pegi jenjalan makan angin kat phuket..rugi pulak rasa xjoin diorang..hehe

    ReplyDelete
  2. orkid tu cantik menarik tertariklah cik pepari putih....

    ReplyDelete
  3. hapy international women's day

    ReplyDelete
  4. beznya...syok jejalan macam tu..bila peluang misz domu lak..

    ReplyDelete
  5. Wahh merata-rata dah pergi.m'sia pun tak hbis round lagi huhuhu sronoknya
    travel!

    ReplyDelete
  6. wah!! bestnya dapat jalan2
    tapi posing kaki terangkat tu yang best..hehehhe

    ReplyDelete
  7. Salam..
    Bestnyer g Thailand...

    ReplyDelete
  8. canyik bunga- bunga orkid tu

    ReplyDelete