Di setiap gambar ada cerita..

Sabtu yang tenang... alhamdulillah tadi sempat jugak pergi menziarah keluarga Arwah En. Yusof, walaupun masa aku sampai, jenazahnya dah selamat di semadikan di Tahan Perkuburan, Kg Pasir, Hulu Kelang Ampang... Semoga rohnya dicucuri rahmat... bersama-sama orang yang beriman amin... (aku dapat tahu dia meniggal kerana dilanggar oleh pemandu mabuk, sebaik dia selesai membaiki tayar kereta dia yang pancit)... Hari Sabtu ini adalah hari minggu yang sunyi, sepi, dan pilu... 


Percintaan yang datang biar seperti bayang-bayang, sungguh gelap tetapi ia setia di sisimu. Kerana tiada guna secantik pelangi, jika hanya sementara


Seandainya seseorang hadir dalam hidup kamu dan menjadi sebahagian daripada kamu, tetapi atas sebab tertentu dia terpaksa pergi, jangan terlalu sedih, terimalah kenyataan itu 
dan sekurang-kurangnya dia pernah membahagiakan kamu


Usah diratapi perpisahan dan kegagalan bercinta kerana hakikatnya jodoh itu bukan ditangan manusia. Atas kasih sayang Tuhan kau dan dia bertemu dan atas limpahan kasihNya jua kau dan dia dipisahkan bersama hikmah yg tersembunyi. Pernahkah kau terfikir kebesaranNya itu?


Tuhan memberikan kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita ? Karena Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya...itulah jodoh dan cinta hati mu..


Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan, walaupun mereka telah dikecewakan. Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati. Kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan Kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan.


Bukan semua yang menggembirakan hati kita, baik untuk kita. Kadang-kadang yang menggembirakan itu tersembunyi derita. Dan bukan semua yang memualkan hati kita, tidak baik untuk kita. Kadang-kadang di situlah letaknya bahagia…


Bila cinta adalah nafas, ku ingin hidup seabad, bila cinta adalah keindahan, ku ingin selalu memandangnya, bila cinta adalah luka,ku tak peduli seberapa pahitnya dan bila cinta adalah air mata, ku akan tetap tersenyum walaupun dalam duka...


Kebahagiaan di cari apa yang ada...dan bukan dicari apa yang tidak ada...


PariPariPutih@Masih Cinta



Unknown

Phasellus facilisis convallis metus, ut imperdiet augue auctor nec. Duis at velit id augue lobortis porta. Sed varius, enim accumsan aliquam tincidunt, tortor urna vulputate quam, eget finibus urna est in augue.

13 comments:

  1. sayu bila baca kisah kematian arwah en. yusof.. itula org kata, ajal maut ditangan tuhan.. kita xtaw nak predict lagu mana kita mati kann.. smoga arwah ditempatkan bersama golongan org yg briman..
    yeah! gambar boleh menceritakan 1001 situasi.. :)

    ReplyDelete
  2. Takziah buat keluarga arwah...

    ReplyDelete
  3. Assalammualaikum.. Al-Fatihah buat arwah..

    Jadi, tdi tu promo tuk entry ni ea,hehe. Cpt sgt k.zai promote,hehe.

    Jangan lupa kak..cinta pada Allah dan RasulNya..insyaAllah cinta sesama manusia akan datang pada kita.. :)

    ReplyDelete
  4. Hello ... visiting here again,,
    Smile!!

    ReplyDelete
  5. Zwan sabri: Paling menyedihkan dia meninggalkan seorang balu yang tidak bekerja, dan 13 orang anak :(

    ReplyDelete
  6. Hanif: Yup sama-sama kita doakan dia :(

    ReplyDelete
  7. Tinta Lana: Yup itu PASTI hanya cinta pada Ilahi kekal abadi... :(

    ReplyDelete
  8. semua yg hidup pasti akan kembali kepadaNya. itu pasti.. tapi bagaimana? Ia masih misteri.. selagi nyawa dikandung badan.

    ReplyDelete
  9. Nong Andy: Yup betul tu...

    ReplyDelete
  10. ~entry yg penuh bermakna..setiap yg berlaku ada hikmahnya..

    ReplyDelete
  11. inalillahinalillahirojiun!

    ReplyDelete
  12. BlueiceButterfly: betul setiap yg berlaku memang tersirat maksud disebaliknya.. untuk kita tafsirkan..

    ReplyDelete
  13. AS: Ya kepadaNYA jua kita akan kembali satu hari nanti :(

    ReplyDelete