Gambar Oldskool Aku...

Kat office aku ni sekarang hujan lebat, so aku rasa ni mesti jem di luar sana. Apa aku cakap ni? Sebenarnya aku nak citer lain he he he (mula la aku nak melalut ni). Aku tengah takdek keja ni, jom kita rewang-rewang tengok gambar-gambar aku dari sekolah rendah, sampai le dah beranak pinak (he he he padehal anak aku sorang jer)... Jom kita tengok macam mana comot dan "gengster"nya aku masa zaman-zaman sekolah dulu.. dan penghijrahaan aku dari "free hair" ke bertudung ~ Alhamdulillah aku bertudung dgn rela hati tiada paksaan dari sesiapa pun, dapat hidayah tu selepas aku melahirkan anak aku. Memang aku mengaku dulu masa anak-anak dara aku seksi giler... semoga Allah ampunkan dosa aku yang dulu-dulu masa aku x pakai tudung.... amin  : )

70's - Masa ni umur aku 6 tahun kot... 
orang lain pakai baju kurung aku jer yg "open air" he he he :P


Yang ni tak silap aku masa Darjah 2 aku barisan depan duduk 
dari kiri no 3 yg lentuk kepala tu... boleh?? he he he


Yang ini darjah 3 - aku depan sekali duduk yg kiri sekali 
(sekali lagi tak pandang camera) dok nyakat kawan2 aku ha ha ha


Ni Form 1 (muka bek sikit la... sebab pindah sekolah baru so blum ada geng lagi sgt masa ni)


Yang ini masa aku Form 4 (barisan depan sekali duduk seblah kiri cikgu)


Yang ni Form 5 (barisan depan duduk seblah kanan cikgu)


Ini la kelas "paling selalu kena spot" oleh guru besar, dan aku la yg selalu kena mengadap gurubesar, sebab aku ketua kelas, dan kelas aku tu betul-betul sebelah bilik guru dan bilik guru besar ha ha ha (padan muka aku, sebab aku pun sama jer dengan derang ~ ko tengok yg duduk tengah-tengah tu TAIKO ha ha ha) :P


Aku masuk ni  sebab aku nak main drum, kali tu dapat main Trompet... (asal aku practice kat rumah kena marah, mak aku kata memakak jer klw sedap tak pe mua ha ha ha)


Ha ni la geng OTAI aku masa kat sekolah dulu... 
aku nampak jer ganas tapi aku baik sebenarnya... ha ha ha


Geng yang sama "selalu buat hal"... 


Aku yang tengah makan aiskrim... 
(al-fatihah utk arwah Irma Resti - Kanan sekali berdiri)


Ini dah melangkah masuk ke alam IPT - sebenarnya lepas SPM aku dah tak nak belajar sebab aku nak kerja, nak pegang duit sendiri, macam2 interview aku pegi, interview pramugari (dapat, ke second interview pas tu kantoi tak cukup tinggi, aku apply nak jadi penari jer, ITM punya surat offer datang...) so apa boleh buat... belajar dalam paksaan... aku amek Diploma Secretarial Science (krusus yang menjadi kebencian, krusus2 lain) ha ha ha 



Ini kat Bukit Sekilau `Asrama' kiterang... rindu aku kat asrama tu...


Ni dok berlonggok kat Pantai Teluk Sisik sambil nak tunggu masuk lecture lain.. best giler (aku paling atas sebelah kwan yg pakai tudung, dan sebelah aku tu dah arwah Rozaiha, sakit dan yang bawah sekali tu pun kak lizam arwah juga dia meninggal accident yg baju kuning).


Ni latihan masa pre-deep : ) aku kena berlakon kelakau... tak hengat.... 
jadik pompan jahat :P


Dekat bus stop nak ke Teluk Cempedak... aku rindu kan kawan2 aku (arwah Rozaiha on the right)
Aku tak habis aku punya study kat ITM, aku sempat dua semester jer boleh? Aku ckp dengan parents aku, aku nak kerja... so disitu la bermulanya kerjaya aku, kerja pertama sebagai receptionist he he he, bila dah ada pengalaman aku gi daftar kat agensi and dapat kerja dengah advertising.... lepas tu kerja dgn oil company... dan sampai la sekarang ni aku dah kerja lebih dari 23 tahun, gambar kat bawah ni masa aku kerja kat advertising company for TV commercial


Gambar dlm bunga ros ni masa aku baru bertunang (sori tak jumpa gambar ori, ini aku edit entah apa-apa tah) ha ha ah


Ni gambar hari raya beberapa bulan sebelum aku naik pelamin... jom ronda...


Ni pun masa kerja kat advertising 


Yezzaaaa you can see i'm no more free hair... 


Alhamdulillah... segalanya datang dari hati yang ikhlas... jika niat kita ikhlas Allah sentiasa akan memberi cahaya untuk kita berhijrah ke jalan yang benar... Terima Kasih Allah :)






Nuzime Si Pari Pari Putih

Phasellus facilisis convallis metus, ut imperdiet augue auctor nec. Duis at velit id augue lobortis porta. Sed varius, enim accumsan aliquam tincidunt, tortor urna vulputate quam, eget finibus urna est in augue.

8 comments:

  1. Teringat fesyen rambut 70an dan 80 an dan 90an...kerinting2...hehehehe

    ReplyDelete
  2. memang oldskul habis la.saya pon tak lahir lagi waktu tu.hehehe

    ReplyDelete
  3. cumey je...baya mama kite! :D

    ReplyDelete
  4. Salam..woww..kak zai..speechless lana bila tgk gmbr2 oldtimer ni,hehehe.

    ReplyDelete
  5. mmg old skool habis..hehe..XD

    ReplyDelete
  6. Sangat klasik...
    Aku pun ada gambar sebegini...

    ReplyDelete
  7. wahh, tak sangka akak masih simpan smeua gambar tuu ^^

    ReplyDelete
  8. salam.. perh.. bnyk tol cerita disebalik gambar2 oldskool 2.. tekon sekejap membacanye hehehe...

    ReplyDelete