Meh intai-intai workstation aku...

Yay! Hari ni dah Jemahat... so esok dah lusa waktu untuk bersantai-santai kat umah. Hu hu hu... jom intai apa yang ada kat workstation aku. Maklum la kerja makan gaji, cenggini la adanya. Tapi office aku ni sempoi... aku gi kerja pakai selipar jer (opis aku boleh... opis korang ada ke?? he he he). Baju pulak selalu aku pakai T-shirt la apa lagi (paling senang dan selesa). Takyah nak protokol2 sangat. Ha cuba la korang teka ye, apakah pekerjaan yang aku buat keh! keh! keh! Kalau kat opis ni, aku la "mak tiri" sebab aku tak kira sapa aku akan "fire" derang kalau workstation derang bersepah... ha.. berani derang nak lawan aku??? Dah jom kita ronda-ronda kota raya tengok gambo meja aku meh... 

Ha.. terang lagi jelas tu "blog paripariputh" ni laptop ni WAJIB, 
kalau tak memang tak jalan kerja aku nanti....


Yang ni biasa la, aku kan ramai peminat (sila muntah sekarang!) hu hu hu, jadi banyak la dapat greetings dari orang2 tersayang... yang menda2 MCD tu aku beli sendiri ya...collection 


Kamus tu... dah macam belacan, maklum aku ni kan lulusan "sekolah pondok" jadi bahasa Inggeris masih kucar-kacir...(ada aku kesah ke ha ha ha) tu dalam gambar tu gambar member opis lama..(bagitau siap-siap sebelum korang tanya aku, sapa awek tu he he he) 


Ni pung, koleksi2 McD jugak ni dan juga souvenir2 kawan2 yang gi melancong overseas :) (ada banyak, tapi simpan kat umah separuh, nanti kang dah nampak macam kedai cenderahati pulak cubicle aku :P) 


Haa tu dia.... MUG kesayangan aku... siap ada cop MOHOR lagi kau... tanpa MUG & KOPI O kegemaran, tak lengkap waktu pejabat aku he he he...


BB ni mesti la jugak, walaupun boleh dibilang sehari berapa kali jer aku bercakap guna dia, rasa aku charge battery lagi lama kot dari aku guna dia, gatal padahal boleh jer guna hp biasa, tapi org guna BB aku pun nak jugak.... cehhhh... 


Ni kedai stationery aku, kat office aku ni mengamalkan "save the earth" (bukan ilmu hitam ye), kiterang punya A4 paper tu setahun berapa kali jer beli stok baru he he he, maknanya kurang documentation, so cuba sekali lagi korang fikir2 apakah pekerjaan aku ini?? he he he...


Habis dah... cukup la sampai di sini dulu, kalau ikutkan hati aku nak upload juga gambar mini aquarium,  OSIM massage chair dan macam2 lagi la... tapi tak pe le buat penuh enteri aku jerk... ok sekian dulu entri aku untuk hari ni... bye bye.. selamat berkerja dan bercuti-cuti Malaysia...

Nuzime Si Pari Pari Putih

Phasellus facilisis convallis metus, ut imperdiet augue auctor nec. Duis at velit id augue lobortis porta. Sed varius, enim accumsan aliquam tincidunt, tortor urna vulputate quam, eget finibus urna est in augue.

8 comments:

  1. cm susah jer nk pk keje pari2 nie..
    tp meja dia cmbest lak tgk..
    colourful.

    ReplyDelete
  2. mintak bb ping..haha

    ReplyDelete
  3. so nice view at your workstation..^_^

    ReplyDelete
  4. colorful workstation kak pari-pari. :)

    ReplyDelete
  5. Tak dapat nak fikir kerja apa.

    Kehkeh :D

    ReplyDelete
  6. kerja ape ek? kerani? PA? tak tahu T_T haha.. comey je meja pari2 tersusun baru la kerja tak serabut ka? kan?

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum Pari-pari Putih,

    Salam Kenal.

    Tadi saya singgah di N3 mengenai 6 perkara 6 Allah sembunyikan. Saya mohon izin pari-pari untuk linkkan N3 ni dalam blog saya, Terima kasih.

    ReplyDelete
  8. Boneka pajangan yang lucu :)

    ReplyDelete