Napa tak tidor lagi ni??!!


Jam di dinding berbunyi DING! DING! DING! menandakan pukul tiga pagi. Dini malam dah melabuhkan tirai, kini menunggu subuh berlabuh, tapi aku terkebil-kebil lagi atas katil, tak pun depan laptop. Tengok orang kat sebelah dah tidur lena... mata masih lagi terkebil-kebil, pusing kiri salah, pusing kanan salah, meniarap salah, melentang pun salah... SAPA PENAH KENA PENYAKIT CAM NI?? Sila angkat ketiak he he he... Kalau dari sudut "scientific" katanya "insomnia" atau penyakit sukar nak tidur. Puncanya, stress, banyak fikir, faktor umur dan beberapa faktor lain yang aku pun sendiri tak kaji lagi apa sebabnya. Tapi aku kena "insomnia" ni dah makan tahun jugak la, cuma alhamdulillah tak la sampai menganggu kesihatan aku. Tapi ada juga pesakit "insomnia" ni yang boleh membawa maut, sebab tak cukup tidur. Itu yang aku risau... tapi yang pasti kalau aku terlampau letih... belum pukul 9.30 aku dah lena berdengkur he he he... (itu kira kes penat gaban la tu). Tapi tadi masa aku baca beberapa article, aku terjumpa sesuatu yang menarik perhatian aku untuk dikongsi dengan korang semua. Dan ada kemungkinan jugak ianya mungkin ada berkaitan dengan masalah susah tidur, selalu mimpi2 yg menggarut dan sebagainya. Tapi apapun punca nya, korang kena refer pada mereka yang bertauliah ye, ini sebagai rujukan jer... jangan pulak pandai-pandai buat penilaian sendiri. BAHAYE TU! Tapi kedahnya kalau dah telan ubat tidur pun tak jalan mungkin boleh pergi berjumpa mereka2 yang pakar kan (Macam pusat perubatan islam seperti darushifa). Cer tengok apa yang aku dapat di bawah ni: 

Petanda ada gangguan jin/sihir. Ia boleh berikan kesan kepada diri jika terus dibiarkan. Antara mimpi, ataupun perkara2 yang menunjukkan adanya gangguan sihir/jin:

1) Sakit kepala dan dada selepas waktu asar keatas.
2) Badan terasa berat dan malas.
3) Sukar mendapat jodoh.
4) Badan terasa bisa-bisa/gatal.
5) Sakit/takut ketika ziarah orang meninggal.
6) Sukar tidur malam.
7) Sakit pinggang tanpa sebab.
Sakit dada bila waktu asar keatas.
9) Mimpi melihat binatang seperti ular dan binatang berbisa.
10) Bermimpi bayi/kanak-kanak atau menyusukan bayi.
11) Bermimpi jatuh dari tempat tinggi.
12) Bermimpi di tempat yang kotor.
13) Sakit anggota badan tertentu seperti kaki,tangan selepas waktu asar.
14) Ada terasa benda bergerak dibawah kulit.
15) Bayi kerap menangis.
16) Bunyi guli jatuh diatas syiling.
17) Suami isteri kerap bertengkar walau perkara kecil.
18) Sayang melampau-lampau pada orang yang baru dikenali.
19) Malas beribadat.
20) Nyanyuk ketika usia lanjut.
21) Panas baran.
22) Sikap berubah secara mendadak.
23) Gelisah dan panas ditengkuk bila dengar al-quran.
24) Suka melakukan tabiat buruk.
25) Kerap sendawa bila mendengar al-quran.
26) Kerap keguguran.
27) Gagal melakukan hubungan kelamin.
28) Mengantuk bila dengar al-quran.
29) Bermimpi seram yang menakutkan.
30) Darah haid turun lebih 15 hari.
31) Batuk yang berpanjangan tanpa sebab klinikal.
32) Selalu ditindih ketika tidur.
33) Kuat berangan.
34) Terlalu rasa rendah diri dan tidak berkeyakinan.
35) Nafsu seksual yang melampau.
36) Selalu melihat kelibat dirumah.
37) Terasa diri selalu diperhatikan/diekori.
38) Mandul.
39) Kerap mendengarsesuatu bisikan.
40) Melihat jin secara terus.
41) Sakit mental atau gila.
42) Sakit tulang belakang tanpa sebab.
43) Sakit kepala tak tentu masa tanpa sebab klinikal.
44) Loya/sebu pada bahagian perut tanpa sebab klinikal.
45) Sakit dibahagian tulang rusuk kiri/kanan dan ulu hati.
46) Sakit dibahagian tulang punggung tanpa sebab.
47) Timbul rasa takut tanpa sebab.
48) Sering pengsan tanpa sebab.
49) Kerap mendengar bisikan/hasutan untuk melakukan perkara-perkara syirik.
50) Ragu-ragu tentang keimanan (ingin murtad).
51) Terdengar suara yang datang menyergah ketika tidur.
52) Terasa sesuatu menyentap kaki ketika tidur.
53) Kerap terdapat tanda lebam pada anggota badan



P/S: SUSPEN PULAK AKU TENGOK TANDA2 YG TERSENARAI NI, TAPI HAKIKATNYA AKU NI SUSAH TIDUR SEBAB AKU DOK PIKIR FARMVILLE AKU TU SAPA NAK BAGI LEMBU2 AKU MAKAN, SAYUR AKU SAPA NAK PETIK.. HE HE HE...

Unknown

Phasellus facilisis convallis metus, ut imperdiet augue auctor nec. Duis at velit id augue lobortis porta. Sed varius, enim accumsan aliquam tincidunt, tortor urna vulputate quam, eget finibus urna est in augue.

5 comments:

  1. rie amalkan baca ayt kursi dan 3kul sebelum tdo..memang lena tdo..:)

    ReplyDelete
  2. patut le ak xdapek tidur...hmm...yg no.30 tu rupenya....


    LOL!!

    ReplyDelete
  3. memang jin selalu menganggu tengok jela malas pun ada tersenarai tu ha.. haiyaaa..

    padanla tak boleh tidur teringat kat farmville.. haha..

    ReplyDelete
  4. Kalau mengatal..macamm ana lak?
    hahahaha...

    ReplyDelete
  5. Thanx...
    Info yg berguna..

    ReplyDelete