TIPU itu jahat... tapi ada kebaikkannya...


Assalamualaikum, salam hari RABU. Hari ni sepatutnya aku post WORDLESS WEDNESDAY, tapi sebab terlalu banyak yang nak ditulis dalam blog ni, so tak sempat nak "store" lama-lama dalam kepala aku ni. Jadi sementara tengah banyak benda yang nak distorykan, jadilah entri TIPU ITU JAHAT... TAPI ADA KEBAIKKANNYA... 

Sebenarnya TIPU ni ada banyak jenis TIPU:

1. Tipu - memang niat dia nak menipu tiada tersirat maksud lain selain MENIPU
2. Tipu - untuk kepentingan diri sendiri (ini paling aku MENCIK! MENCIK!)
3. Tipu - nak menggelakkan dari terjebak/atau terjerat


TIPU 1: Orang macam ni memang semuanya muka sposen, takde perasaan dan hati perut langsung. Bagi dia menipu tu adalah "WAJIB" dalam hidup dia. Contohnya: Jual "high-end"  phone dengan harga discount. Kononnya kalau beli melalui on-line boleh dapat diskaun, so si mangsa pun tanpa usul periksa, terus la bank in duit ke si penipu ni... bukan sikit-sikit ye... dalam masa beberapa hari memang lah, si mangsa terima barang, tapi kasihaaannnnnn... barang yang diterima tu hanyalah hp mainan dan ada la barang2 lain (aku pun dah lupa apa yang dia hantar, tapi ini kisah betul ye, ada keluar dalam HOT FM dan akhbar2 tempatan beberapa bulan yang lalu). Itu salah satu contoh daripada berjuta-juta kes "Kena tipu" ni. So berhati-hatilah ya, dizaman sains dan teknologi ni manusia dah tak kenal dosa dan pahala. Tapi kalau kita berhati-hatipun, terkena juga, kenala redha sebab itu mungkin bukan rezeki kita.

TIPU 2: Yang ni pun kira menipu jugaklah, cuma dia menipu untuk meraih sedikit keuntungan pada diri sendiri, (tak baik tipu-tipu, kat dunia untung, kat sana nanti apa nak dijawab kan? kan? kan?) Aku bagi contoh la kat dalam blog-blog ni pun banyak (jangan lak terasa ye, aku cakap yang benar) Macam suruh klik pada icon-icon yang sumil, dan bila di klik sekali tu... iklan churp-churp, nuffnag dan banyak lagi la.. satu lagi... kat follower derang tulis: Be the first...., lepas tu kat chatbox kata dah follow tapi sebenarnya tak pung, dia copy and paste jer (dengan harapan medapat follower dengan cara cepat). So ni la contoh-contoh TIPU 2. Bagi aku, kalau kita nak orang clik add kat blog kita biarlah dengan ikhlas hati derang, nantikan kalau guna cara paksaan nanti hasil yang kita dapat tu Halal ke idak?? Lu pikir la sendiri, yang pasal follower tu plak, aku rasa tak thrill la... lagi elok kalau kita bw kat blog2 orang lain, dan go thru blog derang baru la bermakna derang follow blog kita... dari situ la link kawan-kawan jadi bertambah, dan dalam masa yang sama korang kenal lah sapa-sapa follower korang yang lain kan?? (beb, dalam dunia ni tak ada jalan pintas untuk berjaya). Kecuali... kalau orang lain yang follow korang dulu, itu len cerita tapi best is, korang "BW" balik kat blog depa dan check sama ada korang dah follow derang atau tidak. Kalau belum, terus la follow derang balik, tak rugi wa cakap lu.

TIPU 3: Aku tau yang ni ramai penah buatkan? Dan tak terkecuali aku... hu hu hu... inilah yang dikatakan TIPU Sunat (walaupun dalam Islam, takde nya istilah ni). Contoh-contoh tipu yang ni macam: Kata la duit korang cukup-cukup jer sampai ujung bulan, sekali member-member yang selalu "lebat" ni ajak la gi makan lunch kat Kepsi, so nak cakap terus terang takut malu (nanti kang kata tak cukup duit, ada yang tak percaya kan) so nak tak nak terpaksa la bagi alasan, kata ada hal nak gi pejabat pos ke, kata tak berapa sihat ke, dan macam2 lagi la alasan kan... he he he. Lagi satu kalau nak kutip duit dari orang yang pandai berhutang, tapi tak reti-reti nak bayar hutang. Ini pun ramai yang kena macam ni kan, kalau aku, memang macam-macam aku akan bagi alasan, sampai le orang tu pulangkan duit aku ha ha ha (haji bakhil). Dan contoh-contoh lain macam, kata la kawan korang tu bukan Islam, pas tu derang offer makanan yang dibawak dari rumah derang, tak kan ko nak telan bulat-bulat kan? Paling tidak pun mesti ko bagi alasan, dah kenyang nanti kejap lagi saya makan... penah cenggini?? Ha ha ha aku rasa ramai yang pernah kan? So ini adalah contoh-contoh TIPU yang ada unsur kebaikkan, ye la.. kadang-kadang tu, terpaksa... bila dah terpaksa alamat kena TIPU sunat la... hu hu hu...

Tapi yang aku tulis ni "kenyataan" ya bukan tipu tau.. ini aku tulis berlandaskan PENGALAMAN PAHIT MANIS, DI TIPU, TERTIPU & MENIPU SUNAT keh keh keh...

Jadi renung-renungkan lah apa yang aku tulis ni ye, dan selamat beramal.


Nuzime Si Pari Pari Putih

Phasellus facilisis convallis metus, ut imperdiet augue auctor nec. Duis at velit id augue lobortis porta. Sed varius, enim accumsan aliquam tincidunt, tortor urna vulputate quam, eget finibus urna est in augue.

3 comments:

  1. Ada sesetengah perkara perlu disembunyikan bagi menjaga hubungan baik sesama insan...
    Tapi bukan tipu...

    ReplyDelete
  2. hmph....susah nak kategorikan ia sebagai apa..sebab tipu is still tipu....namun apa yg penting nawaitu kita...kalau ia untuk kebaikkan tak pa...

    ReplyDelete
  3. white lies and bloody lies...no exceptional..

    rahsia tu tipu gak ke?

    ReplyDelete