Awatnya Hang Kalut Semacam Ni???

Assalamualaikum, menempuh hujung minggu baru, Jumaat baru... macam-macam yang aku temu sepanjang minggu yang tak jemu-jemu menunggu... Tapi lek arr "take five" aku bukan pun nak bercerita pasal minggu ni... tapi tiba-tiba dapat ilham nak post entri pagi ni, bila pagi tadi masa aku singgah PETRONAS, ada le seorang aci ni berjalan masuk ke kedai serbaneka petronas tu sambil sikat rambut?? Boleh?? Ha ha ha... selama ni aku tau, yang rajin buat menda-menda sambil berjalan ni adalahh kaum lelaki... tapi bila aci tu buat macam ni memang  pelik... agak kalut bebono ke die?? Sampai cenggitu sekali keadaannya... ha ha ha aku layan kan jer...  sambil tersenyum kambing melepasi aci tu... ko hade???


Dan lepas ni, kalau dalam perjalanan ke opis kang lagi la macam-macam benda yang akan aku skodeng, dari dalam keta sambil-sambil melihat senario "manusia-manusia" yang seakan-akan tak pernah cukup masanya untuk melakukan sesuatu dalam hidup... perlukah kita bermekap dalam keta?? perlukah kita membaca suaratkhabar dalam kereta? Perlukah kita menghisap rokok dalam kereta sambil perlahan-lahan meracuni orang-orang tersayang yg kat dalam keta tu jugak? Paling tak bleh blah.... kalau aku tengok wanita2/pasangan2 dalam keta tu tidur sambil tenganga mulut, sedangkan suami/bf/tunang dia di sebelah memandu dengan muka ketat?? Keh keh keh lek bro... hidup ni jangan tensi-tensi... 

Buat macam aku, dok diam-diam "observe" pada keaadaan sekaliling, fikir lepas tu aku jadikan satu penulisan dalam blog aku yang "tak seberapa" neh... Ha ha ha apa pun moh le kita sama-sama renungkan diatas segala perbuatan-perbuatan itu la selalunya mengundang kepada "kecelakaan jalan raya" pesan aku pada depa suma, "Hang jangan dok kalut-kalut, jangan jadi penyebab" isteri kehilangan suami, ibu kehilangan anak, suami kehilangan keluarga dan sebagainya, yang penting jadilah pemandu berhemah...

Aku jap lagi ni kang mesti la nak lalu depan OU ahaks sambil memerhati "tukang sapu habuk" he he he. Semoga Hari Jumaat kita ni diberkati... pada yang akan menunaikan solah Jumaat, pegi awal-awal kutip pahla manyak-manyak sementara kita ni masih berpeluang untuk hidup diatas BUMInya...

Wasalam,
SalamJumaat@paripariputih

Nuzime Si Pari Pari Putih

Phasellus facilisis convallis metus, ut imperdiet augue auctor nec. Duis at velit id augue lobortis porta. Sed varius, enim accumsan aliquam tincidunt, tortor urna vulputate quam, eget finibus urna est in augue.

4 comments:

  1. gambar tu lagi seram ;p

    ReplyDelete
  2. Adylia Qarissa: ha ha ha ko hader?? keh keh keh

    ReplyDelete
  3. heheeh macam mana kalau tgh drive memlm pastu tetiba kete ni kat sebelah hehehehe

    ReplyDelete
  4. c'axoera: wa stop pas tu tahan keta tu join dia sekali keh keh keh

    ReplyDelete