Jom Makan Masak Asam Ikan Pari

Assalamualalikum w.t.b. Selamat bersantai petang Sabtu minggu kedua bulan Mei. Humm cepat betul la masa berjalan sekrang... sedar tak sedar dan nak masuk pertengahan tahun 2012. So apa korang nak makan malam ni? Pikir-pikir nak makan luar ke, atau masak kan kan kan? Mesti ayat ni berlegar-legar macam rada kat kepala keh keh keh! 

Aku tadi, pagi-pagi dah terpacak kat pasar tani nak cari Ikan Pari dengan Kacang Bendi nak masak asam pedas. Mana taknya minggu sudah nak buat-buat, last-last makan kedai.. tapi minggu ni aku kata tak boleh.. dah tak larat, asik nak mencekik masakan mamak tu jer... ha ha ha. Tapi bila dah sampai sana derang belum potong la pulakkkk, pari.. dah ler aku terpaksa berlegar-legar kat pasar tani tu. Nak dekat 3-4 kali jugak la aku tawaf keliling pasar tani tadi.. 

Last-last bila aku sampai kat tempat ikan tu dengan muka seposen aku, aku tanya adik tu lagi "Dik Ikan pari dah potong?" bila dia geleng kepala aku ingat nak hangkat kaki jer.. tapi bila kenang-kenang balik, takut la nantikan kena lagi, makan makanan mamak isy! isy! isy! tak leh jadik.. (mungkin gak  bila adik tu tengok muka sposen aku dia kesian kot, last-last dia suruh le tukang potong tu potongkan ikan pari dulu) he he he berkesan jugak rupanya muka sposen aku ni ek?? 

Eh! Apa daaa! Aku melalut panjang-panjang... sebenarnya aku nak ajar korang macam mana nak masak asam ni... (sebelum ni dah ada dah entri aku pasal masak asam pedas, tapi tak dok gambar, tak ada bahan2, yang ada gambau masak asam pedas yang dah siap masuk dalam mangkuk) Bukan apa, aku ulang tayang ni, atas permintaan ramai keh keh keh (silo la muntah sekarang, sebab ayat atas permintaan ramai tu, tak ponah wujud pun, orang mintak ulang tayang aku suka suki jer letak keh keh keh) Ok! jom! jangan lupo koteh dengan pensil... tak korang nak salin kat ner resepi ni wehhh?? He he he

Tuuu diaaaa Jah oooi!!! Hang tau dak nak masak cam ni?? 
He he he... ini yang dah masak ye.. meh ler kita tengok cara nak masak dia...


Ini la bahan utama Ikan Pari (kasih bersih dulu sampai hilang bau. Tips: boleh basuh dengan limau kasturi, garam atau air perahan asam jawa) bila dah bersih tos kan kering, lepas tu jangan lupa, gaulkan dengan serbuk kunyi sikit, jangan banyak2, ini bukannye nak buat ikan goreng weh!!


Bahan lain ialah Kacang Bendi Tips: Kalau nak sedap cari yang kecik-kecik, rasa dia lagi manis, kalau nak tau bendi tu ok, tak keras or berurat, patahkan hujung kat bawah, kalau senang patah ambik yang tu. Basuh bendi sebelum potong, tak nanti berlendir, tapi kalau dah kecik to'et tak yah la ko nak potong....


Yezaaaa! Ini la bahan-bahan menumis, tak de ni hidup tak menjadik keh keh keh... ok ko kena bland/tumbuk: Bawang merah, bawang puith, cili kering, jintan manis & sambar "belachan" polan ni la yang buatkan rasa masak asam korang lagi power root he he he.. Tips: Blend asing-asing, tapi kalau ko tu malas... campur pun tak pe ha ha ha.


Ha.. ko nampak jer menda ni tak menarik Jah! Tapi tak de dia ne, tak jadik tau masak asam ko. Ini la air perahan asam jawa... ikut suka kao le, nak manyak mana, kalau nak lebih masam lebihkan la asam jawa dia kasi pekat sket... Tips: Nak sedap guna yang paket, yg dalam botol mcm jem kaya tu tak ori ler....


Mula-mula panaskan dulu minyak, jangan banyak sangat, api dapur kasi pelan sikit, tak nanti hangus bahan-bahan tumis... bila minyak dah agak-agak panas, bukan berasap ye.. (itu berasap nanti bahan-bahan tumis ko bertukar jadi "kunta kinte" ko tak tau apa maksud "kunta kinte" ni tanya dengan mak korang mesti dia tau apa) he he he


Bila bahan-bahan tumis tadi tu dah ada, bau-bau wangi.. dan cili and the rest dah betul-betul garing (bukan hangit) masukkan ikan pari yang dah di gaul dengan kunyit tadi, sebab kalau buat macam ni jadi isi ikan tu akan lagi lebih sodap dan lombut... tips: tolong la jangan kacau seolah-olah kau tu tengah kacau dodol, kalau tak nak ikan pari ko hancur he he he...


Iyo.. bilo dah di kacau ala-ala kacau dodol tadi... baru la masukkan, air perahan asam jawa, tunggu mengeleggak baru masukan sikit ajinomoto dan garam. Tips: Kalau terlalu pokek ekau tambah yo air kek dalam mangkuk asam jawo tadi.. peh tu tuangkan kat dalam masakan (tapi kalau ko suko pokek-pokek tak yah la..)


Last sekali sebelum ko tutup api, baru le masukkan bendi tadi. Tips: sayur selalu masukkan last supayo dio tak layau atau layu dah macam bayam benyek, lagi pun nanti zat dio lari weh...  so itu jo lah resepi den ari ni.. masak tau.. bukan susah pun tutup mato pun kau buleh buat... Yo Malaysia Boleh! He he he


Ha ni la hasilnya setelah dimasak... apo lai pi la dapur buek apo-apo yang patut.. 
ha ha ha  jangan asik dok pandang gambau ni lama-lama dapur tak berasap he he he... tips: Masak ni boleh guna ikan JENAHAK, MERAH, PARANG, TENGGIRI, PUPUT.. tapi aku lebih suka pari sebab dia x de tulang, sedap dan senang nak potong keh keh keh...


Bon App├ętit@darisendukmelengkungparipariputih

Nuzime Si Pari Pari Putih

Phasellus facilisis convallis metus, ut imperdiet augue auctor nec. Duis at velit id augue lobortis porta. Sed varius, enim accumsan aliquam tincidunt, tortor urna vulputate quam, eget finibus urna est in augue.

11 comments:

  1. bestnye lunch ari neh....hehehehh....

    ReplyDelete
  2. wow!! ini sungguh buat aku kecur air liur.. rasa mcm nak masak ikan pari gak hehehe..

    ReplyDelete
  3. Nampak sedap. Hehe :D

    ReplyDelete
  4. Ok, kerana talif tak tahu masak cuma nak bagi komen MEMANG SEDAP! (lelaki macam talif tahu makan je :)

    ReplyDelete
  5. Muttallif: Hamboi... tak pe nanti bila dah ada "mem" suh la dia buatkan untuk Tallif :)

    ReplyDelete
  6. waaaa....masa asaaaammmm....
    my peberet....my peberet.......huhuhuuu

    ReplyDelete
  7. uiisshh.. trus teliuq ceq dubuatnya..

    lps ni nk try masak! thanks for sharing.. hikk ;D

    ReplyDelete
  8. aduh!Laparnya lepas tenguk pari dgn bendi ni.

    ReplyDelete
  9. uols: glad that you love this recipe, ya should give it a try.. memang sedap :) my anak sampai tambah 2 kali boleh?? he he he maklum resepi turun temurun my mom :)

    ReplyDelete
  10. Salam akak.

    Kita kat umah tak pernah masak ikan pari..taktau lah kenapa.

    Biasanya, lau nak makan, makan kat luar je, buwehehe

    ReplyDelete