Kamu Adalah 1000 Yg Terhebat Di Blog PariPariPutih

Aku mulai dengan BISMILLAH

Assalamualaikum dan selamat berhujung minggu. Seperti tajuk entri aku di atas, memang ini adalah entri yang teristimewa buat aku. Alhamdulillah, setelah sekian lama dan dengan semua keringat serta usaha yang aku "tumpahkan" ke dalam blog peribadi aku PariPariPutih ni, akhirnya ia berjaya membuahkan hasil yang sangat indah... (tak terucap dengan kata-kata). Bermula dari tahun 2009 aku mula berblogging, tapi aku gagal untuk mencantikkan serta menghidupkan blog ni, isi kandungannya sangat lemah dan hambar. Sebab paling utama, aku tak kenal apa itu "blog", aku main ikut tekan-tekan (tanpa sebarang tujuan). Dengan hanya bermula dari 5 orang followers, aku rasa kecewa dan putus asa, ini menyebabkan aku tak nak langsung sentuh blog PPP ni,  sehinggalah tahun 2010. Aku mulai semula perlahan-lahan, merangkak dari bawah, apa yang aku tak tahu... aku lakukan kajian, dan sedikit "homework" melalui tutor-tutor dari blog blogger-blogger yang telah berdiri teguh. Aku kutip setiap perkara penting dan kemudiannya aku adaptasikan ia ke dalam blog PPP. Dari hari ke hari aku mulai memahami serba sedikit mengenai dunia blogging ni. Memang aku akui, aku senak perut, dan serabut kepala untuk membuat semua perubahan-perubahan seperti "layout" "widget" "formatting" yang semuanya memerlukan kearifan dalam pengubahsuaian code html... (yang aku paling benci nak buat)... tapi aku bukannya seorang  yang akan mengalah begitu saja... aku teruskan jugak walaupun aku rasa dah tak lalu nak buat semua tu... 

Kenapa PariPariPutih? Entahlah bila aku nak buat blog... perkara pertama yang terlintas kat fikiran aku masa tu, aku nak adakan blog ni, sebab aku nak berkongsi benda-benda yang dapat memberi menafaat serta membantu dalam memotivasikan orang lain, jadi aku terfikir... dalam cerita "Cinderella" ada watak fairy god mother yang banyak tolong si Cinderalla... maka dari situ tercetuslah idea untuk menamakan blog aku ni PariPari, dan Putih itu pulak, aku andaikan sebagai sesuatu yang suci.. sebab niat aku yang suci  lagi murni ni (he he he, sila muntah sekarang) untuk memberikan yang terbaik buat rakan-rakan yang berkunjung ke blog aku nanti. Maka lahirlah blog PariPariPutih yang serba kekurangan ini, dari sudut layout, susun letak widget, penulisan aku dan banyak lagi yang masih harus aku perbaiki (kalau aku list down)... Dan kalau kau tanya, apa istimewanya BLOG PARIPARIPUTIH ni?? Aku tak ada jawapan untuk tu, sebab hanya orang yang membaca, yang datang dan meninggalkan jejak saja yang tahu apa keistimewaan blog ni... (dan mungkin juga sebab itu la mereka tidak pernah putus-putus mengujungi blog PPP)...

Dan sepanjang aku berblogging seingat aku. ada sorang saja "hatters" blog PPP ni... tapi aku tak la ingin gelarkan dia "hatters", instead I would like to thank him/her, sebab memberi aku satu feed back yang sangat baik, dia komen tentang penulisan aku yang selekeh, kelam kabut, tak teratur, tak ada hujung dan pangkal. Dan aku ambil "pandangan" dia tu dan perbaiki lagi kelemahan2 yang ada masa tu. Tapi sayang, tak sempat nak ucap terima kasih pada dia, dia siap pesan pada aku jgn sentap dgn komen2 dia. Rupa-rupanya pada akhiran komen dia tu, dia ada cakap dia sendiri belum ada blog... ha ha ha, tapi apa pun terima kasih kat "anonymous".. aku tak sentap pun, and tak tulis bad things pun pasal kau ^^ no worries...



Bila korang lihat kadang-kadang aku akan membuat segment "tagging" kat PPP ni jangan la korang terkejut ye, aku buat semua tu sebab aku nak blog korang pun naik juga. (Tolong jangan salah anggap, bukan tujuan aku untuk menunjuk-nujuk, tak terlintas langsung sebab; AKU BUKAN ALONG, AKU HANYA MAU TOLONG hu hu hu). Dengan harapan mudah-mudahan teman-teman lain jugak akan cepat maju blog-blog derang. Dan aku tak akan lupa sume nama-nama tu... kamulah ibarat cahaya yang menyuluh di kala blog aku ni di dalam kegelapan: Dan kamu-kamu itu adalah: APAI, LANA, PHEONIX, KOMIK2 MALAYSIA, ARELAN, KODING, DAIRY SI FROGGIE,  PINK2LIP, NONG ANDY, NASIR, PENSIL HIDUP, BANCIK, CHOOTZ, KORN, BACKHROOY, TALLIF, ITUINI, DELAROCHA, CIK MAI, MK SYAHIR,AKU HANIASYIRA, KARUKORD JAGAU'S,OWNER CICAK TERSEPIT, AZMI KHAN, SOP, AYAM PENYEK, IJAT, CIK KAY JUE, KING BERAKSI, CALIPH, WAALID,AINUNNASIR,CHACHA,NASH,AN,SYED,SHAIFFUL,HAIRI,RAMLI,AZIRA,ZEETA,ZUHA,CIK KAY JUE, MK SYAHIR, UNCLE, SIS MACHO, HAFIZZY AZIZ, BP BOY,ANUM, YANA L, DHANIYA SHAHNIZA,KYRA, ZIE FAUZI, ZWAN, ETY, NIRA, SHECINTA,HALIMA,CIKMUN,DAYAH, ARDINI, SHAKINAH, SYIELA, LIBRAGURLZ, MICHELLE, ZUL PB, FIFI, NUHA, WANJUE, DEQLA MANJEW,DR,5ZOL,SEXY ME, FIZADIARIES,JAAKECHIK,PECINTAPINK,ARIF,HATIKUBAIK,OOPET,REENAPPLE,BISKUTCHIPMORE,MAN,CIKPIPITEMBAM,APIH,BLUEICE,LALATHIJAU,CIKZAITUL,SYED SALLEH, LUBLY, CIK TEDDY... (SIYES SEBENARNYA INI BARU SUKU DARI 1000 FOLLOWERs... SO PADA MRK YG AKU X TULIS KAT SINI JAN LE MAJUK EH...)

So guys and gals that's about it... terima kasih atas segala-galanya, kamu semua adalah "CINTA HATI paripariputih" tanpa kamu-kamu sume aku tak akan berada di sini... Wassalam... dari lappy CIK PARIPRIPUTIH. It's now 3.00 AM IN D MORNING... GOOD MORNING PEEPS AND HAPPY SUNDAY TO ALL.... I DEDICATE THIS SONG TO ALL MY 1005 BEAUTIFUL FOLLOWERS... THANK YOU SO MUCH....



Warmest regards,
paripariputih

Unknown

Phasellus facilisis convallis metus, ut imperdiet augue auctor nec. Duis at velit id augue lobortis porta. Sed varius, enim accumsan aliquam tincidunt, tortor urna vulputate quam, eget finibus urna est in augue.

30 comments:

  1. congratz krn msih bsemangat utk blogging.. apa2 pun, hepi2 wktu bW yer..

    arigatou, rajin laa msuk nama2 kami kt en3 ni ^^

    ReplyDelete
  2. name sy xde pun...hu hu...anyway..tahniah dah maju..:)

    ReplyDelete
  3. eh.. Nong andy pun tersenarai ekekekeke.. (tengah senyum smpai ke telinga ni)

    masing2 ada tujuan nak buka blog. kenapa aku rajin masuk blog ni? sebab ownernya peramah, mesra alam dan tak sombong. Lagi? sebab dia rajin masuk blog aku dan bagitau n3terbarunya hehehe.. Tahniah telah kumpul ramai follower. Dah 1000 pun :)

    ReplyDelete
  4. thnkz akak cz sudi selitkan name Nira kat s2...nira slalu dtg blog akak..suka bca entry2 akak..truskan b'blog. Nira pn bru lam dunia ni...mntak tnjuk ajar gak =)

    ReplyDelete
  5. tahniah kak. happy blogging. entry akak best, penulisan pun santai je, sbb tu ramai yg suka baca, termasuk Ety.

    keep it up kak ! :)

    p/s: terharu ada nama Ety sekali. thanks kak :D

    ReplyDelete
  6. bukan semua orang akan mampu terus berblogging ..tahniah...

    ReplyDelete
  7. Ok dah sampai 4 angka follower, yg penting support dr rakan blogger heh

    ReplyDelete
  8. Salam..akak,tgk, tido lambat lagi, ish3. hehehe. Hurmm, oh..itu ea asal usul nama blog..memang saya dah termuntah bila baca maksud putih,kah3.

    Saya doakan, akak zai tak putus asa. Dan, usia bukan penghalang yep kak >_< tiada istilah terlambat selagi masih bernyawa..mudah2an akak semakin maju dalam dunia blog dan dunia realiti..amin... :)

    #tima kasih, sebab tak lupa pantastik four,ahahaha

    ReplyDelete
  9. yeay...
    tahniah...
    blog ni mmg besh..
    shark dh x ingt shark foller ker braper:)

    ReplyDelete
  10. Terima kasih Caliph sokongan anda amat2 PPP hargai he3, hepi2 tu tak pasti mood pompan ni bila2 blh "weng" tetiba hak3, pasai nama tu insyallah... boleh jer ^^

    ReplyDelete
  11. Alo lo lo permata, PPP mintak maaf ye... tercicir nama permata.. tapi apa2pun walau nama ada, x de you all tetap "cinta hati" ppp ^^ chill

    ReplyDelete
  12. Nong mana buleh bah aku lupa sama ko! Ko jugak yang back up aku bila "haters" tu tulis komen dia.. thanks fren... ko pun sama bah mesra alam.. aku selalu doa agar suatu masa dan kektiak, Blog MY STORY akan terus maju ke depan... Thanks a lot dear... keep in touch & aku akan sentiasa kacau cbox ko, ha ha ha3 itu yg pasti...

    ReplyDelete
  13. Dear Ira Nira yang sweet ^^ thanks dik, walaupun kita jarang chat on9 tapi kehadiran Ira memeriahkan lagi blog akak yg tak seberapa ni thanks again ^^ really appreciate it...

    ReplyDelete
  14. Ety terima kasih, semoga dengan kujungan korang kat blog PPP ni akan menguatkan lagi semnagat akak untuk terus menulis... semoga tulisan dan citer2 kat blog PPP ni akan dapat memberi menafat untuk kita bersama insyallah..

    ReplyDelete
  15. H begitu ringkas namanya, seringkas ucapan tahniah yang diberi, terima kasih ^^ dan semoga H pun akan berjaya dalam dunia blogging ini...

    ReplyDelete
  16. Beckhrooy exactly, so keep on supporting PPP ok! Thank you ^^

    ReplyDelete
  17. Tinta Lana berkata...
    Salam..akak,tgk, tido lambat lagi,(can't help it la dik ~ makin pagi makin segar lak dia he3, last2 kul 4 pagi baru titun)

    Hurmm, oh..itu ea asal usul nama blog..memang saya dah termuntah bila baca maksud putih,kah3 (plastik muntah ada tak?? he he he)

    Saya doakan, akak zai tak putus asa. Dan, usia bukan penghalang yep kak >_< tiada istilah terlambat selagi masih bernyawa..mudah2an akak semakin maju dalam dunia blog dan dunia realiti..amin... :) (thanks... you always be there when i needed sumone... semoga persahabatan ini akan berkekalan... amin)

    #tima kasih, sebab tak lupa pantastik four,ahahaha (still ada lagi ke?? macam dah tak de je.. ha ha ha)

    ReplyDelete
  18. shark terima kasih, macam biskut jer kan kita.. kejap on9, kejap tak niway thanks for your wish ^^ semoga maju jaya utk shark jugak...

    ReplyDelete
  19. tahniah dah 1000 tambahkan 0000 lagi ea..
    insyallah pasti puye..
    tengs tagged name aku paripariputih.. :)
    terharu sgt-sgt...


    xsia-sia aku singgah blog kau kan.. ko ckp terima kasih , aku cakap same-same :)

    ko puye blog pun bagus mcm nong,reenapple,iffah :)

    thumb ups !!

    ReplyDelete
  20. CikZaitul: Yezaaa mintak-mintak masin le molot ko aku akan tambah 0000 lagi follower (bepoluh-poluh den dengau ko ckp cenggitu) yg 1000 ni pun cam nak fengsan ha ha ha ni wah thanks for your visit ya... ^^

    ReplyDelete
  21. nanti makin ramai sampai cecah puluh2 ribu,jangan lupa kami ye.hehehe

    ReplyDelete
  22. aReLan: Insyallah.. selagi PPP masih berakal manakan boleh lupa orang-orang kuat disebalik blog PPP ni... always now and forever ^^ thanks ye aReLan... you are such a sweet blogger i could say... rajin jengah blog PPP ni ^^ and thanks again

    ReplyDelete
  23. Tahniah!! Hebat!!
    Bukan mudah untuk mengumpul 1000 Follower..
    Yang Pastinya...
    Makan... Blog...
    Minum.... Blog...
    Tidur... Blog...
    Mengigau... Blog...

    ReplyDelete
  24. Koding: TAU TAK PE... FUHHH!! ^^

    ReplyDelete
  25. PPP, Terima kasih di atas keperihatinan ppp kpd rakan2 blogger.. nh kagum dgn semangat ppp.. nh pun tak terikut cara ppp yg selalu berkungjung ke blog rakan2 tanpa kenal erti jemu.. teruskan keperihatinan anda yer ppp, respek ar sama ppp..u the best blogger...

    ReplyDelete
  26. Nasir Hamzah: Hanya 3 Kata Untuk Nasir: 'TERIMA KASIH KEMBALI' ^^

    ReplyDelete
  27. blog retis mmg hebatt hehehe

    ReplyDelete
  28. chootz axoera: ha ha ha retis kebendanya?? Betis ade le keh keh keh ^^

    ReplyDelete
  29. Anonymous9/1/13

    No matteг іf some onе sеaгches for
    his essеntial thing, so he/she ωishes to be
    аvailable that in detail, therefore that thing
    is maintaіned over hеrе.
    My blog post buy cheap instagram followers

    ReplyDelete
  30. Anonymous11/2/13

    I leave a response each time I appreciate a post on a site or if I
    have something to valuable to contribute to the discussion.
    It's caused by the fire displayed in the post I browsed. And on this article "Kamu Adalah 1000 Yg Terhebat Di Blog PariPariPutih". I was actually excited enough to drop a comment ;-) I do have a couple of questions for you if you usually do not mind. Is it simply me or do a few of these responses appear as if they are left by brain dead people? :-P And, if you are posting at additional sites, I would like to follow anything new you have to post. Could you make a list every one of all your communal sites like your linkedin profile, Facebook page or twitter feed?

    My website; szf
    My blog post ... avw

    ReplyDelete