Petua Tidur dari Rasulullah s.a.w.





1. Sebelum dan selepas tidur baca doa tidur.

2. Jangan tidur menghadap kaki arah Qiblat. Ini adalah kedudukan tidur orang yang telah mati.

3. Barangsiapa yang membaca Tasbih Fatimah, sekiranya dia mati malam itu, dia akan dikira sebagai mati syahid. Apa itu Tasbih Fatimah, Subhanallah 33 kali, Alhamdulillah 33 kali, Allahuakbar 33 kali.

4. Baca 4 Qul (An-Nas, Al-Falaq, Al-Ikhlas, Al-Kafiruun) tiup ke tapak tangan dan sapu ke seluruh badan untuk menghindarkan sihir dan niat jahat manusia. Kemudian baca Bismillahirrahmanirrahim 21 kali. Barangsiapa membaca Bismillahirrahmanirrahim sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, nescaya terpelihara dari godaan dan gangguan syaitan, dari bencana manusia dan jin, daripada kecurian dan kebakaran, dan daripada kematian terkejut.

5. Niat untuk bangun Tahajjud. Sekiranya tidak terjaga, Allah swt akan mengira seolah-olah dia bertahajjud sepanjang malam. Tahajjud adalah sebaik-baik pelindung daripada sihir dan buatan orang.

6. Ambil wudhu’ sebelum tidur dan solat Sunat Taubat 2 rakaat.

7. Maafkan semua kesalahan manusia pada kita, dan halalkan semua hutang piutang sebelum tidur.

8. Tidur cara Rasulullah dengan mengiring badan ke kanan dan tapak tangan di bawah pipi.

Unknown

Phasellus facilisis convallis metus, ut imperdiet augue auctor nec. Duis at velit id augue lobortis porta. Sed varius, enim accumsan aliquam tincidunt, tortor urna vulputate quam, eget finibus urna est in augue.

5 comments:

  1. Salam..bagi saya.. no 5 paling susah untuk saya ikut..

    Satu lagi, saya baca ayat Kursi..lagi2 kalau tetiba jadi takut, sebab tgk citer seram, lagi saya baca bnyk2,hahahaha, tak senonoh lana ni,hihihi

    ReplyDelete
  2. Lana sama la dgn akak :P

    ReplyDelete
  3. Semoga kita semua dapat beramal dgnnya...
    insyaAllah...

    ReplyDelete
  4. Perkongsian yang menarik....nice entry....sorry PPP lama x singgah sini....harap PPP x mare...insaallah kalu free nanti visit PPP lagi k...

    salam ingatan dari member blog...amin

    ReplyDelete
  5. Perkongsian yang menarik....nice entry....sorry PPP lama x singgah sini....harap PPP x mare...insaallah kalu free nanti visit PPP lagi k...

    salam ingatan dari member blog...amin

    ReplyDelete