Rahsia Tahi Lalat Kalau Terletak Di...

Assalamualaikum w.t.b. Selamat bertemu kembali di pagi Sabtu ni... soklan pertama dah "breakfast"? Kalau tengah mamam tu, ingat-ingat le aku kat sini (he he he tiba-tiba mode sedih, apa punya geng la ni, makan tak ingat kat aku... T.T) Eh.. tak le.. aku gurau-gurau jer... tau le korang tu, kalau dah "melantak" Nyonya Mansor "ibu mertuaku" lalu depan mata punnnn... ko tak nampak... Kassim Selamat... Kassim Selamat... he he he... :P

Ah!! Persetankan sajak Nyonya Mansor itu... aku bukan nak citer pasal dia... tapi aku nak bercerita pasal T.A.H.I L.A.L.A.T... kelas ko lalat... (pagi-pagi nama ko dah enterprame kat blog PPP)... ko hade?? Bila beciter pasai TL ni.. macam-macam dah, aku buat kajian.. (seronok ko buat kajian ttg TL ni)... aku tau le.. aku pun manyak TL... kat muka jer ada lebih dr 5.. he he he tapi, TL aku yg paling mahal tu.. nuu yg kat tepi mulut... (orang tua-tua cakap, tu TL cari makan.. hik hik hik... entah ye.. entah idak.. bukan TL tu yang carikan kerja untuk aku...T.T)

Ok kat bawah ni ada Rahsia-Rahsia atau lebih tepat firast tentang kedudukan tahi lalat di tubuh manusia menurut tajul muluk... dan aku terpaksa tapis sebab adalah bahagian2 "teettttttt" kedudukan TL yg tak suai-suai untuk bacaan umum, mau pun tak berapa umum ha ha ha. Jom ler kite tengok... (tapi ni jan lak korang ikut sebijik-sebijik weh! mana leh... itu dah tahyul tu... nauzubillah)...


1. Tahi Lalat di kepala
Banyak fakir, bijak/kreatif dalam berfikir juga banyak pula berangan. Jauh perjalanannya (jasmani dan kerohaniannya). Banyak pula dugaan dan ujian yang diterimanya dalam mencapai sesuatu maksud dan cita-citanya.

2. Tahi lalat di ubun kepala
Kurang bersikap jujur dalam sesuatu perkara yang melibatkan emosi.

3. Tahi lalat di dahi
Ada halangan dalam siratulrahim. Orang (teman / saudara terdekat) yang melihatnya menyimpan rasa cemburu, irihati, tersembunyi rasa kebencian terhadapnya disebabkan dia ada kelebihan yang tersembunyi disebalik tahi lalatnya itu.

4. Tahi lalat di bulu kening kiri
Menjadikan dirinya ‘berseri’ dan menjadi daya tarikan mata pasangannya namun terselit keperitan di mana sering pula ia menemui kesusahan.

5. Tahi lalat di bulu kening kanan
Terkabul cita-cita dan maksudnya, cerdas dan cekap.

6. Tahi lalat di bawah mata
Seorang yang amat sensitif dan mudah tersentuh hati. Mudah menangis, baik budi, disayangi.

7. Tahi lalat di hidung
Mendatangkan penyakit resdung yang boleh menyebabkan selsema berpanjangan, sakit kepala, nafas berbau. Disukai ramai. Murah rezeki.

8. Tahi lalat di pipi kiri / kanan
Sekiranya membesar, ditakuti mendapat penyakit yang boleh memudaratkan tubuh. “Panas” dalam hubungan, dalam pergaulan. Dia sentiasa ingin ‘menang’ dalam percakapannya sekalipun pendapatnya salah. Mempunyai ego yang tinggi. Jadi daya tarikan tetapi ‘tegang’.

9. Tahi lalat di alur senyuman (smiling line) he he he ye ke?? malu I :P
Pemanis, daya tarikan menawan hati pasangannya. Rezekinya dipermudah dalam banyak perkara dia dapat apa yang dia hajati.

10. Tahi lalat di alur dagu
Perjalanan jasmani dan rohaninya sering terganggu, banyak halangan dalam mencapai hal-hal yang dihajatinya.

11. Tahi lalat di telinga
Seorang yang keras hati dan degil, tidak mahu dengar kata pendapat dan nasihat orang lain. Suka mendengar dan meminta nasihat tetapi sukar menerima.

12. Tahi lalat di tengkuk
Mudah mendapat gangguan ‘angin-jahat’, banyak halangan dalam hidup seperti masalah kesihatan, pergaulan dan kasih sayang. Fikiran sering kusut dan tidak tenteram, sukar tidor nyenyak. Mudah stress.

13. Tahi lalat di leher
Mudah mendapat jangkitan penyakit terutama kembong perut dan masalah lendir, kahak.

14. Tahi lalat di bahu kiri
Halangan rezeki, terhalang disebabkan sesuatu hal sedangkan peluang memperolehinya banyak. Tidak disukai ramai, dimusuhi ramai. Mudah didatangi angin-jahat. Mudah stress.

15. Tahi lalat di bahu kanan :( I don't like this.....
Banyak tanggungan. Ada halangan dalam hubungan siratulrahim, kasih sayang dan pergaulan jadi terbatas. Di musuhi dan dicemburui hidupnya. Mendatangkan angin-jahat.

16. Tahi lalat di dada
Dia mudah mempercayai orang sedangkan pergaulannya, perniagaannya, kasih sayangnya mudah dia mendapat tipu daya dari orang-orang yang dikenalinya. Mereka sering mengambil kesempatan ke atas dirinya di atas kepentingan sendiri.

17. Tahi lalat di belakang badan
Kesihatannya terganggu terutama urat saraf, sakit di belikat, pinggang, pinggul, mudah dihinggapi angin-jahat. Banyak halangan hidup, fikiran sering kusut dan tidak tenteram. Mudah mendapat stress (tekanan).

18. Tahi lalat di atas pusat
Tidak membawa apa-apa maksud tertentu.

19. Tahi lalat di bawah perut
Sering mendapat masalah kesihatan, kembong, masalah usus, buasir, mudah mendapat gangguan angin-jahat. (ada banyak lagi... teeetttttttttttt) Mudah mendapat stress (tekanan).

21. Tahi lalat di peha kiri atau kanan.
Ada halangan dan sekatan dalam kasih sayang, jodoh, halangan rezeki.

22. Tahi lalat di betis
Samada tahi lalat berada di betis kiri mahupun di betis kanan, maksudnya adalah baik. Perjalanannya jauh, lagi jauh ia merantau lagi dipermudah dan diperbanyak rezekinya.

23. Tahi lalat di kaki Eh! Ye Ke ni?? :P
Menandakan seorang yang suka berjalan, bergaul dengan teman dan kawan. Sering resah tiap kali berada dirumah. Akan mencari pelbagai cara dan alasan untuk mencari hiburan mahupun peluang perniagaan diluar.

24. Tahi lalat di tangan kiri :) ini aku suka...
Dipermudah rezekinya.

25. Tahi lalat di tangan kanan ini pun aku ada... boros??? :(
Seorang yang pemurah (tidak kedekut) juga boros dalam berbelanja.

27. Tahi lalat di pinggang
Mudah mendapat sakit urat, sakit pinggang dan kembong perut.

28. Tahi lalat di alur garisan tengah tubuh
Mudah terkena sihir, orang sering dengki terhadapnya, sering mendapat musibah.

29. Tahi lalat atas bibir, di bibir
Seorang yang banyak cakap. Haruslah berhati-hati bila berkata-kata, ditakuti perkataan yang keluar ‘kasar’ hingga boleh mendatangkan ‘kesakitan’ pada yang mendengar. Tahi lalat di bibir, atas bibir baik bagi mereka yang pekerjaannya seperti peguam, pakar motivasi, guru.


MORAL OF THE STORY: KALAU TAHI LALAT MERATA-RATA KAT SELURUH MUKA... ITU MAKNANYA, KO SELALU TAK BASUH MUKA BERSIH2 TU SEBAB LALAT SUKA "SHIT" ATAS TU HE HE HE....

tipsbiorlerahasie@paripariputih

Unknown

Phasellus facilisis convallis metus, ut imperdiet augue auctor nec. Duis at velit id augue lobortis porta. Sed varius, enim accumsan aliquam tincidunt, tortor urna vulputate quam, eget finibus urna est in augue.

12 comments:

  1. Paling Best yang kat tapak kaki tu..HIHIHI...saya pomm ada kat sana....mungkin kut....

    ReplyDelete
  2. tapi, kadangx saya suka dok rumah gak..hehe...nice !~ suka entry nih ! :D

    ReplyDelete
  3. Anonymous19/5/12

    NICE POSSTING

    ReplyDelete
  4. saya ada banyak tahi lalat.nanti check balik.hari ni nak gi tengok bola.huhuh..gomo kelate gomo

    ReplyDelete
  5. lepas baca entry ni, terus bukak bacu, bukak seluar(tp still pakai boxer) n mengadap cermin sambil cari tahi lalat.. HAHA

    ReplyDelete
  6. ZWAN SABRI: aiyo yo...tambey keh keh keh...

    ReplyDelete
  7. kita ada kat peha.. hmm rasa cm betul la.. asyik2 tak jadi je. huuu... kat kaki ade . HAHAHA. mmg kuat jalan :p

    ReplyDelete
  8. sy ad kat bahu kanan :(

    ReplyDelete
  9. Ewah~
    hahahahaha...
    nie lalat suda datang.. hihihihi

    ReplyDelete
  10. 6. Tahi lalat di bawah mata
    Seorang yang amat sensitif dan mudah tersentuh hati. Mudah menangis, baik budi, disayangi.

    baik hati kan saya? heehe :P

    ReplyDelete
  11. eh.. tahi lalat aku dok kat mana ah? hehehe...

    ReplyDelete
  12. tahi lalat di tangan kiri? murah rezeki?? alhamdulillah..akak ada!

    ReplyDelete