Aiyakkkkk! Aku Terjepitttttt!!!

Ni apa kes terjepit!terjepti ni??!! Itu bahasa Indo ya.. kalo ko menggunakan bahasa baku, terjepti itu dikenali sebagai "tersepit", ko penah tersepit jari tak?? Camner rasa dia?? sakittttt sangat-sangat kan... pas tu kalau yang kritikal... boleh putus apa-apa yang tersepit tu... kalau kuku tersepit makan sat lagi kuku ko tukar jadi "blue black". Kalau luka tersepit ni pada fizikal, boleh la dilihat lukanya... tapi kalau tersepit antara dua perkara fuhhhh! Mau ding dong pale nak menyettelkan masalahnya...

Ha ha ha sila abaikan dia ni... dia takde kene mengena dalam masalah ni. 
Dia tersepit bukan kerana situasi serba salah, tapi dia tersepit kerana obess 
keh keh keh alo lo lo tiannn dea... ^^


Mesti ramai yang pernah mengalami situsai "tersepit" ni kan?? Maksud aku satu keadaan dimana kalau ko tolak ko akan rasa bersalah, dan kalau ko terima ko jugak akan merasa bersalah. Ibaratanya "ditelan mati emak, diluah mati bapak" atau "keluar mulut buaya, masuk mulut singa", jadi kesimpulannya, ini adalah satu situasi "serba salah" yang maha berat untuk ko buat keputusan.

Aku selalu jugak la kena situasi ni. Paling aku tak suka dan tak mampu nak berfikir kalau ia melibatkan orang-orang yang aku sayang, dan orang-orang yang rapat dengan aku. Meh aku bagi contohkan. Ni situasi hari perayaaan le... kata la Emak aku mintak aku tolong untuk buat persiapan hari raya, dan katakanlah kakak2 aku, atau adik beradik yang len mmg kebetulan kat overses so harap aku sorang jer anak perempuan untuk bantu dia... dan dalam masa yang sama, suami aku punya mak saudara sakit kuat (tinggal tunggu masa jer) ini contoh ye... so kalau korang berada di tempat tu la... apa agaknya keputusan korang kan??

Aku lain tak pe, tapi kalau membabitkan terutamanya emak bapak & suami... boleh mati kutu tau...dan boleh menyebabkan tekanan darah tinggi aku naik :P Oh.. harap2 aku tak akan berhadapan situasi macam ni... i just don't like it.. and don't want to think about it... apa lak kata korang?? Sila jawab... ha ha ha ^^

kata.hati.dan.akal.fikiran.adalah.dua.perkara.yang.saling.berkaitan.
@paripariputih.blogpsot.com

Nuzime Si Pari Pari Putih

Phasellus facilisis convallis metus, ut imperdiet augue auctor nec. Duis at velit id augue lobortis porta. Sed varius, enim accumsan aliquam tincidunt, tortor urna vulputate quam, eget finibus urna est in augue.

14 comments:

  1. aku pernah tersepit.. nak berenti keja atau stay aja di tempat lama..

    tersepit sampai stress gila

    tapi akhirnya aku pilih stay tempat aku keja sekarang yeah..!!

    *susah kes tersepit antara dua pilihan. lagi susah kalau tersepit antara dua hati ewah.. ke situ pulak!

    ReplyDelete
  2. kita tersepit mcm kt gambar atas tu jer...kekeke kne bersenam nmpaknya.haha

    http://encikcopypaste.blogspot.com/

    ReplyDelete
  3. Nong: Aku tersepit antara dua kerja tu dah berulang2 dah... ha ha ha last2 tersepit kat opis skng alhamdulillah..

    pasal tersepit antara dua hati tu.. ahaks biorle rahasie.. keh keh keh ^^

    ReplyDelete
  4. Komik: Alo lo lo comelnya dia tercepit.. kalau cenggitu le gayanya he he he ^^

    ReplyDelete
  5. tersepit juga la..
    urm.. nak keje ke nak study..
    last2 study tak dapat..
    aku keje je skrg..
    after 1 yr i got a chance to study..

    ReplyDelete
  6. Cik Cinta: Susahkan? Tapi ye la dalam hidup ni apa benda pun kita harus jugak kena buat pilihan :P

    ReplyDelete
  7. kukukakiku baru je lepas bersalin baru sebab tersepak kaki meja... merana sakitnya

    ReplyDelete
  8. Niza: PPP bersimpati utk ko... semoga kuku baru tu kelihatan lebih macho he he he ^^

    ReplyDelete
  9. ingatkan hamster tu yg terjepit td.. kesian dia..
    baby skg ni tengah dlm dilema, nk angkat kaki ke tak.. aduh, sakit kepala ku

    ReplyDelete
  10. baby cian kan emster tuh?? he he he comel nak cubit jer... angkat kaki dari kerja ke boypren ke hapa?? explain pls :)

    ReplyDelete
  11. saya paling tak suka situasi ni, tp ini la yang selalu terjadi.. tersepit antara org2 yang sangat kita sayang...

    ReplyDelete
  12. fiqas: Yup membuakan diri untuk buat satu pilihan, adalah perkara paling sukar dalam hidup, terutamanya apabila pilihan itu adalah pada orang-orang yg kita sayang :(

    ReplyDelete
  13. Ermm , cian yer dia hamster tercepit ! haha , mm memang sukar untuk buat keputusan yg terbaik kalau ada dua pilihan yg sukar dibuat..

    *guna penyelesaian win2 boleh tak ? >_<

    ReplyDelete
  14. Pernah jadi jugak, betul sis selalunya jadi masalah nie dengan family dan kawan2.. memang buntu.. kadang2 minit2 akhir tu Allah bantu. :) Alhamdulillah.. hehe

    ReplyDelete