Akulah Si Semut Itu...

Bismillahhirahmannirahim....


Assalamualaikum w.t.b. sebagai pembuka kata buat entri aku pada hari ni... Semoga korang yg sedang membaca entri aku sekrang ini, berada dalam keadaan yang baik... bukan... bukan baik... tapi "TERHEBAT" sehebat dugaan yang aku lalui sekarang... 

Untuk yang kedua kalinya aku terpaksa berhadapan dengan kereta aku yang sedang "uzur", baru seminggu, satu hari... dia "merajuk" balik dengan aku... pagi tadi nak hantar anak aku gi sekolah dia tak mau hidup, dan sekarang ni aku bermonolong le kat rumah sambil jari jemari ku, yg tak berapa nak cantik ini, menaip dalam keadaan "takda hati"... yg bermaksud (tangan jer menaip, tapi hati ke lain) lebih kurang macam tu la... 


Puas aku berfikir... dan bermuhasabah diri... macam mana banyak pun dugaan yg sedang melanda aku ketika dan saat ini aku tahu... Allah telah memilih aku, kerana dia sayangkan aku... DIA hanya ingin menguji setinggi manakah tahap "kesabaran" yang ada dalam diri  aku ni... (sebab Allah tak akan menguji seseorang hambanya, jika hambanya itu tidak termampu menghadapinya). 

Tapi aku akur dengan realiti kehidupan, selagi aku bernama manusia, sesabar manapun aku, masih ada perasaan yang ingin tahu kenapa di antara ramai-ramai Allah berikan dugaan itu pada aku... (Ya Allah... Kau kuatkanlah imanku... tanpa perlu aku mempersoalkan tentang apa dan kenapa...)

Walaupun di saat ini, aku benar-benar terasa seperti "seekor semut dalam timbunan pasir pantai", Oh! terasa betapa kerdilnya diri aku ini...


~ PETIKAN MUTIARA KATA ~

"Kadang-kadang Allah sembunyikan matahari daripada kita dengan hujan yang lebat. Kita tertanya-tanya, apa salah kita sehingga disembunyikan daripada suria yang cantik itu. Setelah kesedihan, hujan berhenti... Rupa-rupanya Allah nak tunjukkan pelangi yang indah kepada kita"


aku.hanya.ibarat.seekor.semut.hitam@paripariputih.blogspot.com

Nuzime Si Pari Pari Putih

Phasellus facilisis convallis metus, ut imperdiet augue auctor nec. Duis at velit id augue lobortis porta. Sed varius, enim accumsan aliquam tincidunt, tortor urna vulputate quam, eget finibus urna est in augue.

23 comments:

  1. jangan risau..mesti ada rezeki lain.. mana tau lepas nie pakai kereta baru lak :)

    ReplyDelete
  2. betul..kdg² lepas satu, satu dugaan yg datang tapi itulah cara Dia menguji kita sebagai hambanya

    sentiasa fikir positif & jadi lebih kuat dgn dugaan itu ;-)

    ReplyDelete
  3. btol3...mungkin tuhan bg kita kereta saga rosak sbb nanti dia nak gantikan dengan BMW yg baru...aminnn... :)

    ReplyDelete
  4. noh kodiang: aminnnnn... tapi tang BMW tu tak la kot... tapi klw gantikan dgn WV Polo kaler "merah saga" pun ok gak tu ha ha ha ^^
    semoga PPP akan tabah dgn DUGAAN MU... macam lagu NING BAIZURA tu.. :P

    ReplyDelete
  5. gd one... salam kenal n dah follow u 1179

    ReplyDelete
  6. Kesuma thanks: Yup kesabaran mengajar PPP erti bersyukur dgn apa jua yg didatangkan pada PPP... insyallah.. and amin...

    ReplyDelete
  7. Adylia & Wina: Thanks for your support hu hu hu "sesungguhnya aku le si semut itu yg kecil namun gagah" boleh?? ^^

    ReplyDelete
  8. be strong kak ! ^_______^

    ReplyDelete
  9. Cik Rongoks: trying my BEST dek.. go PPP go he he he ^^

    ReplyDelete
  10. Allah byk uji kita tu tandanya DIA sayang kita:)

    ReplyDelete
  11. komik: yup... skrg ni byk istigfar jer harap2 mmg dia UJI PPP sbb dia sayang PPP :\

    ReplyDelete
  12. harap sys sabar menghadapi dugaan nie ye :)
    ALLAH beri sys dugaan nie sebab dea rindu doa dari sys =]

    ReplyDelete
  13. amy syahiera: insyallah sys x pernah berhenti berdoa kpdNYA walau tika susah dan senang... :)

    ReplyDelete
  14. betul tu ch000tz, and it's not easy for me.. (hu hu hu hanya DIA maha mengetahui)...

    ReplyDelete
  15. Aida pernah terbaca satu ayat nie dan ayat nie jugak yg aida pegang bila dapat satu2 dugaan :)..Dugaan adalah hadiah dari Allah untuk insan yang dipilihnya kerana Allah sangat merindui insan tersebut dengan hadiah dugaan itu insan itu pasti akan datang mengadu padaNYA. Be strong sis :)

    ReplyDelete
  16. Aida: Thanks Sis, bila dapat kata2 semangat dr teman2 kurang sikit rasa "ketidakberdayaan" itu ha ha ha panjang sungguh phrase yg itu.. insyallah... mmg itula yg akak selalu cakap dlm hati tiap kali sesuatu menimpa ^^ thanks for your concern really appreciate it...

    ReplyDelete
  17. a... aku nak cakap ayat skema gak.

    "sabar itu separuh dari iman " :)

    ReplyDelete
  18. Semoga kesabaran akk dibalas olehNYA.. bukankah disebalik stiap ujian itu, ada hikmah tersembunyi? :)

    ReplyDelete
  19. Nong: Ya betul bah tu.. aku skg tgh mengupgrade "keimanan" ku :\

    ReplyDelete
  20. Lana: Insyallah mudah-mudahan ya ^^

    ReplyDelete
  21. manusia mesti diduga dgn ujian baru kita sedar siapa kita.

    sebab tu ALLAH beri ujian supaya kita sentiasa tidak lupa padanNya

    ReplyDelete
  22. TP: Ye itulah yang aku terapkan dlm hati dan minda tiapkali aku berhadapan dgn dugaan... walaupun yg datang tu bukan calang2 lepas satu-satu... dalam masa satu hari... :/

    ReplyDelete