Allah Bayar Cash Jer Sekarang....

Bismillahilahirahmanirahim...

Assalamualaikum dan selamat petang... nampak kan tajuk entri aku tu? Yup memang sekrang ni Allah bayar cash di atas segala perbuatan kita kat atas bumi ni... dan benda ni terjadi kepada aku...  Bukan riak atau mahu bersikap takbur - nauzubillah aku mintak dijauhkan perbuatan begini. Mungkin di atas keikhlasan aku yang tak lokek meng"tagging" teman-teman blogger, tak kira lama baru, sama ada mereka dah ramai follower atau sebaliknya... 

Dan mungkin jugak "keikhlasan" aku untuk membantu, serta doa dari mereka-mereka ini, dan sebagai ganjarannya... aku dapat benda yang paling berharga dalam hidup aku. (Walaupun benda itu tidaklah semahal emas permata... tetapi bagi aku "pemberian itu" lebih bermakna dari segala-galanya). Dalam dua minggu ni aku dapat hadiah telekung... ^^

Hadiah pertama pemberian dari seorang teman di tempat kerja lama (Chinese) yang baru pulang dari Kota Bandung, dan dia kata dia tak tau apa nak beli untuk aku sebagai buah tangan... terharu aku bila dia cakap macam tu... walaupun aku dah tak seoffice dengan dia, tapi dia masih ingat pada aku lagi... (belum sempat pun ambil dari dea... ps: apakah hukumnya kalau telekong itu diberi oleh bukan Islam? Kalau ada sesiapa yang tahun can help me to answer this question?)

Dan yang kedua tadi, aku terima panggilan dari jiran (tempat aku mengaji Quran setiap hari Jumaat). Dia cakap tak mengaji sebab Ustaz kami tu terlibat dalam kemalangan. Tapi dia kata dia ada belikan aku telekung, masa di gi cuti dia Kelantan last week... korang nampak tak?? Memang sekarang ni Allah balas perbuatan kita secara tunai... tak perlu tunggu sampai kita masuk liang lahad...

Wallahualam...




i.do.believe.in.miracles@paripariputih.blogspot.com

Unknown

Phasellus facilisis convallis metus, ut imperdiet augue auctor nec. Duis at velit id augue lobortis porta. Sed varius, enim accumsan aliquam tincidunt, tortor urna vulputate quam, eget finibus urna est in augue.

11 comments:

  1. alhamdulillah. moge2 awk dapat memanfaatkan pemberian mereka ^^

    ReplyDelete
  2. Salam kak zai :)

    Maknanya..akk dpt dua telekung kan?
    Satu leh?hahahaha. gurau2 >_<

    Alhamdulillah..rezeki Allah bagi pada akk melalui perantaraan orang lain..

    Allah Maha Adil kan kak.. ada yg dpt cash je diatas perbuatannya..ada yang tertangguh smpai suatu masa..uhu..takut lak. huhu

    ReplyDelete
  3. ituew la zmn skrng mmg cepat jer dpt balasan nyer...moga memanfaat pemberiaan theyols IA

    ReplyDelete
  4. bestlah dpt telekung kan.. dua pulak tuh

    ReplyDelete
  5. bukan nak cakap apa la kan sis.. memang sekarang Allah swt bayar cash dengan apa yg kita buat, baik mahupun tak baik.. rezeki sis dapat 2 telekung ya. bestnye.. terharu rasa.. setiap kali sis solat sis doakanlah semoga yang non muslim tu tergerak masuk islam dan yg seorg lagi sihat2 saja. :)

    *soalan sis ttg pemberian telekung tu dari non muslim kan rasanya tak pe kot sis, yg penting telekung tu xde corak, atau benda2 yg mendatangkan was2 dan menyebabkan kita lari tujuan utk solat.

    ReplyDelete
  6. buat baik dibalas baik

    ReplyDelete
  7. Aida: Thanks insyallah.. kita sama2 doakan ye ^^

    ReplyDelete
  8. sbb itu ada pepatah.. buat baik dibalas baik, buat jahat ... emmm...

    akhiri dgn pantaun..
    Pulau pandan jauh ke tengah,
    gunung daik bercabang tiga,
    hancur badan dikandung tanah,
    budi yang baik dikenang juga.

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah.. Murah rezeki sis.. Moga2 berjaya membawa manfaat dan berkat buat sis & si pemberi..

    Bagi yang chinese tu moga2 tergerak & terbuka hati menerima Islam sebagai agama pegangannya.. Kita doakanlah yang terbaik buat mereka..


    Sesungguhnya tangan yang memberi itu lebih dari yang menerima.. =)

    ReplyDelete
  10. dgn doa kebenaran akan terserlah ^^

    ReplyDelete