Bila Aku Mula Berkarya...


PROMOSI (ULANG TULIS DAN BACA)
"UNTUK DIRIKU YANG BEGITU BERHARGA"
KO HADE?? HALAHAI PPP ^^


Assalamualaikum w.t.b. Selamat berkemas-kemas untuk TERBANG ke sangkar masing-masing... (balik rumah le tu) dan selamat bersantai-santai disamping insan-insan tercinta, tak kira walau di mana jua anda berada (he he he siap dengan gaya tangan Dato Karam Sing Walia, korang ada ke cenggitu bila berkata-kata?? Kelasssss). Tapi entri aku petang ni memang la takde kena mengenalangsung dengan Uncle Karam ni ye...

Aku kalau takde kerja mula lah "brain" aku ni berputar-putar macam roda... mencari-cari apa yang aku nak buat? Bila otak dah "full" aku akan upload dulu apa-apa jugak yang dah di memorikan dalam "brain" aku ni, ke sesuatu yang aku rasa dapat memberi aku kepuasan. Contohnya macam mana kan??  Ok sebagai contoh, kadang-kadang aku berkarya melalui bait-bait lirik lagu.. dan menghasilkan lagu... (tapi yang ni agak complicated sikit sampai sekarang projek ku yang ini masih terbengkalai :P).

Selain berkarya melalui lagu-lagu, aku juga akan curahkan idologi-idologi aku tu kat atas kertas dan aku akan jadikan ia sebuah novel... opkosss Novel Cinta... (hanya orang-orang yang kuat berangan macam aku ni jer yang suka berkarya... tul tak?? He he he) tak kisah la... tapi paling best bila kita berkarya hasilnya tu dapat dikongsi bersama-sama... Selalunya novelist-novelist ni akan membukukan karya-karya mereka menerusi media-media cetak... tapi untuk aku... aku advance sket... sebab aku membukukan novel aku menerusi alam maya?? Haa ko hade?? He he he... (bukan Maya Karin hokey).

Macam korang tau "otak sengal" aku ni... aku lebih selesa dengan bahan bacaan ringan, yet menghiburkan... frankly... aku cuba juga letakkan diri aku sebagai seorang penulis yang penuh dan sarat dengan madah-madah cinta... and ayat power root... tapi malang sekali aku... langsung hilang akal lalu akhirnya semua karya-karya aku akan berakhir di dalam tong sampah... (aku rasa nak dekat 3-4 novel jugak la yang end up dalam tong sampah tu).


JANGAN LUPA "LIKE" Masih Cinta AKU YE...


PROMO SIKIT BOLEH?? JAN MARE ... HE HE HE

And finally, hasil karya aku ni dapat jugak aku lancarkan... (bila tu?? bior le rahasie...) unfortunately the disadvantage of my novel "alam maya" ni is only limited to Celcom user... so der... if you want to read my novel then you have to register with Celcom number...   And again... don't ask me, macam mana aku boleh terjebak... he he he let's keep it low, yg macam selalu-selalu aku nyatakan... Dang me.. ha ha ha opss.. b.t.w sila la baca sedikit INTRODUCTION TO MY NOVEL CINTA (yang bertajuk Masih Cinta sempena my FB Masih Cinta Punya Page).... enjoy your reading dude...

ISNIN 8:30 pagi, hari yang aku rasa semua orang tak suka! Apa lagi aku.. Orang ramai yang nak pergi kerja berpusu-pusu lalu lalang depan gerai Nasi Lemak Kak Leha. Ada yang beli Nasi Lemak berlauk, Mi Hoon, Kuey Teow, Mee dan macam-macam kuih pun ada. Ada tu beli kuih seketul jer!  Baik tak yah beli… ada juga orang macam ni kat KL ni?? Macam-macam kerenah dan perangai manusia ni, gaya apa lagi, tiba-tiba bau wangi menerpa ke rongga hidung aku. Nasib baik berniaga pagi, kalau petang harus aku pakai penutup hidung. He he he…  “Ha! Eilla.. apa yang kau tersengih-sengih tu?! Orang tengah kelam kabut layan pelanggan boleh dia berangan!” “Sorry… Kak Leha!” “Sori..sori.. cepat sikit la bungkuskan abang baju Merah ni nasi” Abang baju merah? Macam radar mata aku melilau cari mamat baju merah yang Kak Leha cakap.  Aisayyyy… cute tak ingat mamat ni! “Bang nasi biasa ke, nak taruk lauk?” “La berapa kali nak cakap! Nasi lemak taruk sambal sotong, timun & ikan bilis!” Eh..bila masa lak mamat ni cakap dia nak apa? Ke sebab masa dia cakap tadi aku tengah berangan. “Oh! Ok.. lagi!?” “Dah tu jer.. berapa?” ala.. ni yang aku tak suka ni… berapa lak Nasi dia ni “Jap ye bang! Saya tolong bungkus jer!” “Ai.. kira itu pun tak reti!?” Ala kerek jer mamat ni… aku tau la aku ni kelulusan takat SPM jer.. tak yah la kerek-kerek. 

Nak tau apa cerita selanjutnya... dan apakah kesudahanya???? 
Sila la register  dahulu :)





MasihCinta@PariPariPutih


Nuzime Si Pari Pari Putih

Phasellus facilisis convallis metus, ut imperdiet augue auctor nec. Duis at velit id augue lobortis porta. Sed varius, enim accumsan aliquam tincidunt, tortor urna vulputate quam, eget finibus urna est in augue.

15 comments:

  1. semua org aku rasa boleh berkarya, samada mampu tak mampu je nak menghilangkan penyakit "M"..kekekeke

    betui x PPP?Aku x pandai nak berkarya2 ni maklumlah bahasa tingkat rendah-rendahan..ayat x power

    ReplyDelete
  2. wah...laen dari yang laen...publisher jenis apa tuh???

    ReplyDelete
  3. berkarya selagi termampu..=)

    ReplyDelete
  4. Kreatif! Cita2 nak jadi penulis novel ke? =)

    ReplyDelete
  5. hahaha.. aku guna " i follow you" yellow man tu :)

    jadi xdenya nak tukar celcom :)

    *aku tulis karya syok sendiri selalunya hahahaha...

    ReplyDelete
  6. Salam.

    Akk..saya teringin nak baca..dalam bentuk buku T___T mate saya cept terkedip2 pastu kelam bila bca on9 ni..errr..buleh?hahahaha.

    Harapnya..kalau ad rezki, novel ni dibukukan..leh mintk otogerap penulisnya,hak3 >_<

    #akk jadi VO tuk iklan cadbury? yg mana satu???? cepat la kak gtau, heheehe

    ReplyDelete
  7. EZ: 2 perkara yang ppp selalu bermasalah bila nak berkarya 1 mcm yg EZ ckp M 2... bila idea tak menjelma :P

    ReplyDelete
  8. Noh Kodiang: Publisher jenis CELCOM ^^

    ReplyDelete
  9. elyna mirsada: yup selagi hayat dikandung badan ^^

    ReplyDelete
  10. Misz Mieza: Bila ada mood jer baru terasa nak jadi novelist bila tak de tak teringat pung ha ha ha ^^

    ReplyDelete
  11. Nong Andy: Owh... ko kena mencari yg berwarna purple punya la itu macam ha ha ha ^^

    ReplyDelete
  12. Ha ha ha Lana entah bilo la leh dibukukkan... hu hu hu ^^

    Lama dah Lana that was few years back... ha ha ha >.<

    ReplyDelete
  13. ala...potongla...hihi

    nice try...

    ReplyDelete
  14. Masha Miesters.. ha ha ha potong jan tak potong thanks ^^

    ReplyDelete
  15. Anonymous4/7/12

    hai. Knal

    ReplyDelete