Ok meh aku nak jual pantun, ko hade??
ha ha ha...
Si paripari orangnya berani
Berdiri teguh dengan sendiri
Makin tua makin menjadi
Rumah kata pergi kubur kata mari
Ha ha ha... tu ngompat pasal aku le tu kan?? Rumah kata pergi kubur kata mari, bagai... Itu ko x yah cakap aku memang sentiasa ingat ~ (setiap hari 70 kali malaikat maut datang menjengah kita ye...) kot-kot la masa tengah ketawa terbahak-bahak dia datang, apa la ko nak jawab kan... so beringat-ingat le ye sebelum terlambat. Mati ni tak lewat, tak cepat. Sampai waktu ko harus ucapkan selamat tinggal pada semua... hanya kain putih yang menjadi kain kapan jer yang akan menemani ko dalam liang lahat kan... (walaupun kadang-kadang aku takut nak ingat pasai MATI ni, tapi takde siapa pun yang dapat lari, jadi aku berfikiran terbuka pasal kematian ni...)
Cuma aku rasa sangat kasihan, terkilan dan teramat-amat sedih melihat gelagat sesetengah manusia yang mungkin tak pernah terfikir akan ajal yang bila-bila jer akan datang menjemput mereka; tak kiralah sama ada ko tengah bersujud, membaca ayat-ayat suci Al-Quran, tengah makan, tengah berblogging hatta sekali pun, tengah memandu, tengah memasak, atau pun ketika ko tengah berbual di kedai mamak; sambil berbincang pasal NOMBOR EKOR...
Yup! Itulah realiti dunia akhir zaman ni. Tadi masa aku breakfast dengan anak aku kat kedai mamak, sambil menikmati tossai dan chatney seperti saranan Saudara Apai (he he he), aku di kelilingi oleh manusia-manusia "durjana" can i say that? :P (marah sangat ni)... Sekiranya mereka-mereka itu bukan beragama Islam, aku tak akan ambil peduli pun, tapi 50% yang duduk dikeliling aku tadi adalah orang-orang Islam, Veteran yang dah patut kumpulkan amal ibadat, bukan kumpulkan tiket TOTO, 4D dan kertas kerja, kira-kira bagaimana nak dapat NO TOP LOTTERY... ahhhh aku risau dah rimas... tak takut ke derang?? Memang aku bukan baik mana sangat pun seperti MALAIKAT, tetapi sekurang-kurangnya aku tahu HUKUM Allah s.w.t.
Please don't be offended by what I am about to tell you, but.. pada korang yang pernah atau masih lagi "terjebak" dalam menda ni pls.. aku merayu, berhentilah.. kasihan kan isteri, anak2, ibubapa korang. Dan yang buat aku sebak tadi... ada seorang uncle Cina duduk dibelakang meja aku, dia bersungguh-sungguh mengira barang jualan dia (tali pinggang dan wallet), untuk dijual dari meja kemeja, walaupun nampak macam menggemis, tapi dia mbuat kerja yang Halal untuk mencari rezeki, untuk memberi sesuap nasi pada keluarga... tapi Pakcik-Pakcik (atau lebih layak aku gelar atuk-atuk) dengan mengah dan bangga mengira keuntungan yang entah betul entah tidak untuk diraih... Wahai atuk-atuk sekelian... insaflah sesungguhnya mati itu tiada amaran untuk korang... Nauzubillah...
aku.sentiasa.berdoa.bila.biarla.nyawa.aku.diambil.dalam.keadaan.aku.beriman.amin
@paripariputih.blogpsot.com
ah.. insaf aku dengan n3 ni. 70 kali tu..
ReplyDelete*hantu nombor memang akan ketagih nombor smpai minta nombor kat kuburan..
keta dah okey?
ReplyDeleteNong: aku klw derang tu bukan islam aku tak kisah tpi Islam bah... dah tua2 semua, tak de sikit pun rasa bersalah kat wajah derang tu... kereta tengah repair kena RM800 :P
ReplyDeletexnak komen sal n3 nk komen sal keta ppp.hahahaha rm800? mahal gilosss. keta apa yg rosak ???
ReplyDeletehttp://encikcopypaste.blogspot.com/
komik: sensor minyak ke hapa tah that technician ckp, lepas tu terabit sekali dgn signel sume x functional boleh??, macam berjangkit, pas tu tadi kena tow lagi charge lagi... 60, sbb mlm tadi park kat kondo, tak berani nak bw workshop takut kena pecah cermin, then labour charge, pas tu terus service dah time... aduhsss.. RM800 tu klw shopping kat IKEA kan beshh :(
ReplyDeletetu la pasal..member2 noh pon banyak dok beli menatang alah tu...blanja noh mkan kepsi pon bagus...
ReplyDeleteoh ye ke Noh? Hai sedih tul bila kenangkan... klw kita guna duit tu tuk bagi anak2 makan apakah?? :(
ReplyDeletedah beli no ekor, tak malu pulak tu diskus terang-terangan~
ReplyDeleteminta dijauhkanlah~
Yana Libra ~ itu la pasal... ppp sungguh x faham... x malu dgn kita tu tak pe la hak dia.. tapi tak malu ngan Allah.. itu mmg x patut :(
ReplyDeletealhamdulillah...kalau kita kesian kt atuk atuk tu nescaya Allah akan kesiankan mereka dgn membuka hati mereka...huuuu
ReplyDeleteYup macam tu la harapanya... biar hati derang tu terbukak untuk kembali ke pangkal jalan :P
ReplyDeletesah-sah haram pun dok beli jgk..ekor pny pasal..aishh
ReplyDeletetu la fluffy.. kang klw kita tegur, tak pasal2 lak org akan question ko tu bek sangat ke kan?? Jadi kita sama2 le doakan supaya derang ni cepat2 le bertaubat :P
ReplyDeletesaya pernah hadapi dengan org yang giler no ni.. ermm, ssh nak cakap, tak insaf2..
ReplyDeletebtl sgt tu ppp.. udah2lah.. bukan kaya raya pun kan? makin susah adalah.. dapat dosa lagi.. hais!! aje payah..
ReplyDeletefiqas: Dalam dunia ni ada banyak benda yg selalu merosakan hidup dadah, rasuah, kaki perempuan, kaki botol dan salah satunya judi... :(
ReplyDeleteNasir: Duit tu dari dia beli no ekor tu ada baiknya, dia belikan barang2 dapur untuk bagi anak isteri... (tapi pastikan sumber wang yg dia bagi tu bukanla dari hasil judi) kalau tak sama jer...
ReplyDelete