Good bye le kenangan lalu...

**Sila playkan lagu dibawah untuk "effect" yang lebih layan perasaan 
ketika membaca entri ni ha ha ha... 


Good bye?? Kenanga lalu? Apa ni? Can someone explain to me?? Cik PPP can you explain, ko apa citer menda-menda sedih di hari Isnin yang "blues" ni kan?? Ha ha ha! Apa la lu kalut ni der... aku tu bukan apa, nak kasi motivasi sket kat kawan-kawan kita yang sendang muram durja, akibat ditinggal kekasih.. Ko mampu ke, tahan perasaan setelah di "dumb" oleh orang yang pernah SAYANG, CINTA, ANGAU kat ko dulu kan?? Hade?? Aku dulu hade la jugak... tapi aku kan "kalis peluru", "kalis air", "kalis kutuk",  "apokalips" (keh keh keh yang last tu agak terkeluar dari tajuk).


Dah la... apa yang korang nak kenang-kenang lagi pasai dia... kisah dia... rupa dia... Kalau ko tengok muka PPP ni grenti ko hilang ingatan (sila la terjun tiruk dalam lopak kat depan rumah ko tu he he he). Aku ni kan muka "welfare" sure ko akan lupa jap dgn "mangkuk-mangkuk ayun" yang dah hayun  ko jauh-jauh dari hidup derang.... Bila dah camtu.. ko nak ke ingat balik kat derang? Masa dia "hayun" ko tu ada tak dia dengar RAYUAN MU... dan bagi ko peluang kedua? Hade?? Ha ha ha... kalau dua-dua takde jangan la ko ingat kan dia lagi... ko simpan jer kenangan dengan dia tu dalam "peti besi" karat... dah hanyut kan kat sungai Gangga lagi bagus... 


Kejam sangat kah aku?? (Tetiba lak kuar dialouge ala-ala "teater" kan...) Kejam tak kejam la, dah tu... dari ko duduk memerap lam bilik sepanjang hari, sepanjang minggu, dah macam ikan pekasam apo kes?? (Ko ingat ko buat cenggitu... derang peduli ke, ko dapat balik ke pulihkan hubungan ko yang dah berkecai macam debu-debunga cinta nyanyian Misha Omar?) No no no... don't be silly... go on with your life... (biarkan keadaan yang tentukan segala-galanya). 


Lagipun orang tua-tua cakap "KALAU DAH JODOH, TAK KE MANA"... jadi sementara nak tunggu yang tak ke mana tu, jadik kenyataan... ko hidup la macam orang len... Membazir der, wa cakap lu... Dalam hidup ni masih banyak yang belum kita "explore"... jadi... ko kata pada diri ko... Kalau bukan ko yang BANGKIT DARI KEKALUTAN NI... tak ada sapa yang akan sokong ko, bagi tongkat untuk ko bangun... ok (tapi insyallah kalau aku, no hal.. aku guna galah jer nak dirikan korang keh keh keh)...


Tapi, satu jer pesanan dari PENAJA "CAP TAPAK KAKI HAPAK"; Janganlah kita terlalu MEMBENCI sesorang, kerana mungkin di suatu hari dan ketika, orang yang paling KITA BENCI tu la yang akan membantu kita, dan menjadi sahabat ko nanti... (so kalau nak marah tu boleh... tapi jangan sampai guna bomoh, manderem, asid dll untuk membalas rasa marah ko pada dia) Takde pekdahnya... dari ko nak susah-susah nak balas dendam ke, nak spy leman kan  X-korang tu... bek la ko gi cari orang baru.. lagi baguskan... ha ha ha... nak nyanyi lagu GLORIA GAYNOR I WILL SURVIVE ko HADE?? ^^ la la la la...



meninggalkan.jejak.difibox.adalah.lebih.mudah.dr.melupakan.kenangan.indah.disampingnya.keh.keh.keh@paripariputih.blogspot.com

Unknown

Phasellus facilisis convallis metus, ut imperdiet augue auctor nec. Duis at velit id augue lobortis porta. Sed varius, enim accumsan aliquam tincidunt, tortor urna vulputate quam, eget finibus urna est in augue.

13 comments:

  1. tak tak benci pun jugak kekeke :p

    http://encikcopypaste.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. Dah org takndak..blah aje le,moga ditemukan yang lebih bagus olehNYA..

    khas buat adik2 yg asyik masyuk bercinta pastu frust nunggeng2 guling2..

    p/s dah puas merasa .. ada apa dgn cinta?boolayan la sendu2 ni hehehe

    ReplyDelete
  3. kenangan boleh dijadikan pengajaran dan batcmarking tp bukan untuk ditatapi :)

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. kenangan mengajar kite..chaiyook2..

    ReplyDelete
  6. slamat tinggal masa lalu aku kan melangkah :) kenanglah masa lalu kita yang baik baik saja :) dan jadikan yang buruk sebagai bekal pengalaman menuju masa depan :)

    ReplyDelete
  7. gua tinggal kenangan...perit beb

    http://dairibukutigalima.blogspot.com/2012/06/lokasi-di-ruang-dapur-rumah.html

    ReplyDelete
  8. bau pon mcm ikan pekasam keh3

    ReplyDelete
  9. Salam.. mase kena dumb lu..ada la rasa macam dumb..pe aku ckp ni,hahahaha.

    Tipulah tak trasa apa2 kak.. tpi, sy pun jenis kalis2 gak *tipu2* hak3.

    Pedulikan itu semua. Janji hidupku bahagia skrg...ohoooooo ^O^

    ReplyDelete
  10. kenang daku dlm doa mu huk..huk..huk...

    *Benci yang berpanjangan kerana ada kasih yang dulunya begitu mendalam (aku baca kisah benci ini dlm blog org )

    ReplyDelete
  11. sayangilah seseorang itu seadanya kerana mungkin suatu hari nanti kamu akan membencinya dan bencilah seseorang itu seadanya kerana mungkin kamu akan menyayangi suatu wktu nanti.hehehe

    ReplyDelete
  12. haha..sis aida suka entry nie, lawak je.. tapi actuallynya memang betul kan? buat apa lagi dikenang benda yang dah lepas.. membazir masa je.. kalau kenang benda tu membuahkan hasil xpe gak. huhu

    ReplyDelete