Hebat Ke Ko Sebagai Lelaki??

Wah! Ganas sungguh tajuk entri aku petang ni! Ha ha ha... Lek..lek.. This entry got nothing to do with your inner shine... apa kah?? (bukan inner shine tu untuk wanita ke?? ha ha ha belasah jer). Abang-abang, uncle-uncle, adik-adik yang PPP hormati... (petang ni aku nak berbudi bahasa sket...) Sebenarnya memang itulah apa yang PPP maksudkan pada tajuk entry... tu... (meh aku ulang, sekali lagi ye) HEBAT KE KO SEBAGAI LELAKI!?? Sudah terang lagi bersuluh kan, sudah jelas lagi mo tanya?? Abuden?? He he he dah mesti la aku nak citer pasai LELAKI...

Alo lo lo Abang Shah Rukh Khan... punya ciri-ciri lelaki yang diminati oleh PPP?? (ha ha ha biorle RAHASIA... ^^)


Sebenarnya aku ni macam biasa la kepoci kan, aku sebenarnya nak bantu kaum-kaum adam diluar sana tu... yang masih tertanya-tanya soklan di atas?? Apa la ko pening-pening... Nape tak tanya jer ngan aku ni... aku kan pakar motivasi keh keh keh... Dan aku tau, kebanyakkan dari korang (orang lelaki ni) nak tau apakah prestasi atau persepsi wanita-wanita disekliling korang, terhadap korang kan?? (Haaa... jan nak "bedek" la.. aku... aku tau le hu hu hu). Korang malu kan??? Nak direct tanya kan?? He he he jan risau... walaupun PPP ni kaum hawa... tapi aku akan share dengan korang, antara ciri-ciri yang dicari oleh seseorang wanita terhadap lelaki, (tapi apa-apapun, ini hanyalah pandangan aku, sebab benda2 ni sebenarnya sangat subjective, lain orang mungkin lain pendapat). Yang aku nak share ni, adalah pendapat majoriti pandangan kaum2 hawa. 

Maka sekiranya ada diantara korang yang memiliki ciri-ciri lelaki idaman seperti dibawah ni, aku nak ucap tahniah la ye... kiranya kalau awek-awek tu tau, ko punya ciri2 lelaki yang sedemkian, sure dengan lapang hati derang nak terima ko, tapi kalau dia tengok dari segi lain tak tau lak aku... dah lai..lai..lai... PPP pun nak gak tau HEBAT KE KO SEBAGAI LELAKI?? ^^ ngee ngee ngee...


1. Yakin Pada Diri
Keyakinan diri adalah kualiti penting yang sering di cari oleh wanita, lakukan sesuatu perkara itu dengan terbaik. Yang paling penting, jangan memperkecilkan kelemahan diri sendiri. Ada yang menyerah kalah sebelum berbuat apa-apa. Ini bukan sifat lelaki sejati. Sebaliknya kamu harus berikan alasan kukuh, kenapa kamu tidak boleh lakukan. Penting untuk berlatih bersungguh tanpa mengenal erti putus asa dan sentiasa berfikiran positif.

2. Pandai Buat Lawak (bukan lawak slapstik)
Jangan bercakap terlalu serius atau ketawa yang dibuat-buat. Lebih teruk kalau tersengeh-sengeh tak tentu fasal. Ingat untuk menjadi seorang yang kelakar tidak semestinya kamu membuat lawak bodoh. Belajar berlawak secara spontan dan bersahaja kerana ini akan menghiburkan hatinya. Lawak bersahaja itulah yang membuatkan si dia akan terus merindui karenahmu.

3. Romantik
Wanita sebenarnya menginginkan seorang yang romantik. Ingat, romantik bukannya gatal atau miang, lelaki yang romantik adalah pandai mengambil hati dan bijak menggunakan kata-kata. Suka mengambil berat dan penyayang juga menjadi salah satu aspek yang menarik perhatian wanita. Biar seseorang wanita itu kelihatan ‘rugged’ atau agresif. Namun dalam hal teman lelaki, kebanyakannya memilih yang romantik.

4. Punya Ringgit Dan Sen (ini sume pun tau he he he)
Tidak disangkal lagi ramai wanita bersifat materialistik atau mata duitan. Mereka hanya mahukan lelaki yang berjaya dan mempunyai wang yang banyak sahaja. Selain bekerja, kamu juga boleh bergaul dengan orang kaya atau ternama yang mungkin boleh membantu kamu menjadi kaya suatu hari nanti. Belilah baju atau kasut jenama, kamu bakal mencuri pandang wanita. Biar papa asal bergaya. Papa dalam hal ini adalah kamu perlu menyesuaikan diri dengan gaya orang kaya. Biar terpaksa mengeluarkan wang yang lebih sedikit, namun hasilnya hanya kamu yang mendapat nikmatnya. Umpama membeli kereta BMW walaupun tanpa aksesori, ia tetap di lihat gah berbanding dengan kereta biasa yang penuh dengan aksesori.

5. Bijak
Wanita sering mengimpikan mendapat seorang lelaki yang berpendidikan dan pandai. Jika kamu berasakan kamu kurang bijak, mungkin kamu boleh mengambil langkah untuk melanjutkan pelajaran. Luangkan masa kamu mendengar berita CNN dan rajin mengisi teka silang kata supaya tampak berilmu. Wanita suka lelaki yang bijak dan suka membaca. Tidak semesti kamu adalah seorang ahli akademik. Caranya, baca ulasan buku seolah-olah kamu telah membaca keseluruhan buku tersebut. Pakailah cermin mata yang tidak berkuasa untuk memperlihatkan kamu bergaya seperti seorang intelek.

6. Sensitif.
Setiap kali pasangan kamu bercakap, dengarlah dengan khusyuk sambil memandang bola mata hitamnya. Malah mungkin kamu boleh berkata ” saya memahami perasaan awak” bagaimanapun jangan pula kamu terlalu sensitif kerana sebagai tempat berlindung tentulah mereka memerlukan pohon yang kukuh.

7. Suka Kanak-Kanak
Wanita menganggap seorang lelaki yang bijak adalah berpengetahuan luas dalam semua bidang termasuk menjaga kanak-kanak. Hati wanita mudah tersentuh dengan lelaki yang sukakan kanak-kanak. Apabila si dia membelai kanak-kanak yang di temuinya. Kamu memberikan perhatian kepadanya. Selepas itu kamu pula boleh mendukung sambil mengagah kanak-kanak itu. Perbuatan kamu ini secara tidak langsung akan memperlihatkan yang kamu memang layak menjadi bapa yang penyayang.

8. Bijak Berdandan
Lelaki juga kena pandai merawat atau memanjakan tubuh. Bagi yang mempunyai kulit berminyak, kamu perlu meluangkan masa untuk melakukan perawatan bagi mengelakkan jerawat atau penyakit kulit yang lain muncul. Selain berpakaian kemas dan sesuai. Kebersihan tubuh juga hendaklah diberi tumpuan. Kuku hendaklah dipotong rapi dan bersih. Pendek kata, kebersihan tubuh mesti di jaga kerana ia memberikan kesan kepada hubungan kamu dan si dia nanti.


P/S: JENAB, PEAH, BEDAH, JOYAH, TIMAH ko kalau ada tips-tips nak share dengan blogger-blogger ADAM kat sini pun are WELCOME ya.. ha ha ha... the more the merrier... 

bersyukur.dengan.cinta.hatiku.@paripariputih.blogspot.com

Unknown

Phasellus facilisis convallis metus, ut imperdiet augue auctor nec. Duis at velit id augue lobortis porta. Sed varius, enim accumsan aliquam tincidunt, tortor urna vulputate quam, eget finibus urna est in augue.

20 comments:

  1. Ahmad Haziq Azlan: ha ha ha memang le lelaki...habis takkan pompan kot?? comelnya cartoon tu hu hu hu

    ReplyDelete
  2. hehehhee apa yer nak tambah..tak ingat...yang penting tanggungjawap...bawa anak org tu ingat macam bawa permata dan emas...cuma try bawa emas dan permata yg banyak...ha mcm tu la kena jaga..hehehe

    ReplyDelete
  3. Wah!!! semua aku ada ler...hehehehhehe

    ReplyDelete
  4. sebab tu pepatah inggeris ada menyebut

    "men is like bank account, without money, there's is no interest"

    ReplyDelete
  5. selain yang punyai ilmu agama.. apa yang sis senaraikan nie pun aida setuju!!! hehe..

    ReplyDelete
  6. Anonymous7/6/12

    yeaaahhhh. betul. hee

    ReplyDelete
  7. Bitt wah perumpaan dia ha ha ha mcm bawak mas tu keh3 habis le kena rompak! ^^

    ReplyDelete
  8. Hanif: let me be the one to CONGRATS.. hu hu hu

    ReplyDelete
  9. delarocha: LOL i didn't say that ha ha ha ^^

    ReplyDelete
  10. Aida Omar: Yup... klw agama ok lebih tampan lagi peribadinya hu hu hu ^^

    ReplyDelete
  11. Faidatul Arfah: Betul jer?? x nak tambah apa2 request lagi?? he he he ^^

    ReplyDelete
  12. Nak tambah...

    jejaka itu mestilah sporting hehehe..

    si pempuan kaki komik? sila sporting..

    si pempuan kaki shopping?
    sila sediakan $$$$$ ekekekeke

    ReplyDelete
  13. kalau si pompan kaki blogging macam PPP?? kena sediakan apa?? ha ha ha ^^

    ReplyDelete
  14. erm, apa ek nak cakap, erkk.. alah lupa dah.. oh No komen lah..eekekek

    ReplyDelete
  15. nasir hamzah: ahaks...biorle RAHASIE ek?? hu3 ^^

    ReplyDelete
  16. kalau kaki blogging.. kenalah si lelaki tu sporting (terima hakikat yg pempuan tu akan hadap Pc lebih lama dari hadap muka dia ekekeek)

    ReplyDelete
  17. ha ha ha hubby aku selalu majuk ama aku bah... klw aku mintak tulun ma dia.. kan mcm aku ckp, bang tulun on tv ke apa ke?? dia akan jawab: SURUH JER LA BLOG TU YG TULUN BUKAK!! ha ha ha lepas tu dia gelakkan aku :P

    ReplyDelete
  18. saya tak punya wang ringgit, jadi saya tak layak untuk didampingi oleh kaum2 wanita

    ReplyDelete
  19. Boni JLL3: Alo lo lo... sedih betul bunyik tu.. (let me remind you... tak semua perempuan tu pandang pada ringgit kesorga tu)... tak dinafikan dizaman skrg ni susah la sikit nak cari yg betul2 tak pandang harta kan... tapi.. i believe one day you will meet your mrs right... yg tak memandang reta menda dunia ni.. ok!! chill...

    ReplyDelete