No Entry For Today's N3 Hu Hu Hu



Apa punya tajuk entri la aku letak kan?? No entry!! Ha ha ha. Otak aku BB (blank & blur) ari ni, sebab malam tadi "INSOMNIA" aku mengganas balik, kul 1.00 pagi aku cuba jugak tidur, tak sampai pun 10 minit, aku pusing kiri, pusing kanan tak leh nak tidur jugak. Aku cuba tutup muka aku dengan bantal banyak-banyak dengan harapan dapat melelapkan mata (ini memang kebiasaan aku ye.. lagi banyak bantal kat muka, lagi selesa aku rasakan boleh... tabiat ni memang dari aku kecik2 dulu.. hu hu hu). Tapi hampeh... semua cara aku buat tapi mata aku x jugak mo lelap. Makin lama makin tak boleh nak relax, aku baca Ayat Kursi, istigfar berpuluh-puluh kali, selawat, sume le aku buat, tapi otak aku berlegar-legar, apa nak jadik ngan aku ni??

Dalam gelap tu aku meraba-raba BB aku, aku bukak blog PPP belek-belek, barang 20 minit kot-kot ada comment yang perlu diupdate, pun tak leh lena gak. Pas tu aku login FB pulak, pun cam tu... haiss... sampai bila la aku nak jadi macam ni?? Sebab semalam aku tidur petang, (setelah 7 jam menepek kat Immigration) mau tak letih. Aku dah agak dah mesti malam nanti susah nak tidur, rupa-rupanya betul pun. Masalahnya sekarang ni, kalau aku tak tidur petang pun... selalu nya selagi tak pukul 3 pagi, selagi tu aku tak leh nak lelap. Tak tau la apa yang aku  fikirkan sampai jadi macam ni. 

Penyakit aku ni dah bertahun-tahun (aku risau jugak, sebab aku ada baca satu article tu, kalau berlarutan keadaanya boleh membawa maut)... masalahnya bila aku tidur lewat, bangun pagi nanti kepala aku berpusing. Bukan aku x paksa untuk tidur tapi tak leh. Cuma nasib baik la mata aku tak ada "eye bag" atau "circle hitam" kalau tak harus aku kelihatan macam "ZOMBIE KG PISANG" he he he... So kalau entry NO ENTRY aku hari ni tak berapa nak memberangsankan korang untuk membacanya sila la maafkan aku ye! 


Tapi apa-apapun seperti ada aura gitu... tadi masa aku gi lunch (port biasa la, mana lagi kan? OU)  nak balik ke parking, guess what, dengan sapa aku terserempak?? PEMENANG PERTAMA MASTER CHEF, EZANI... (tapi aku tak de le mintak autograph) sebab aku bukannya jenis yang nampak celebrity tu terhenggeh-heggeh mintak signature... :P. Itu pun mula-mula aku tak perasaan, bila dah lepas baru aku cakap ngan Mark... eh itu Ezani winner MASTER CHEF tu... Mark... (mamat ni lagi la blur... dia siap tanya aku siapa??) Ah forget it le Mark oooiii!! (Dalam hati aku berkata; mungkinkah ini petanda bahwa aku akan dapat aura si Ezani ni utk menyertai Master Chef?? He he he)... Nah... aku dan angan-angan ku saja tu... 

not.enough.sleep.makes.me.go.crazy@paripariputih.blogspot.com

Unknown

Phasellus facilisis convallis metus, ut imperdiet augue auctor nec. Duis at velit id augue lobortis porta. Sed varius, enim accumsan aliquam tincidunt, tortor urna vulputate quam, eget finibus urna est in augue.

16 comments:

  1. cuba amalkan setiap petang untuk lakukan perkara yang memenatkan badan...contohnya joging atau kemas rumah..

    jangan tidur siang hari.. insyaAllah, malam kita pasti tidur dengan lena sebab badan dah penat :p

    ReplyDelete
  2. Aqylia Qarissa: PPP akan cuba ye... thanks for your advise, memang selalu macam tu, tapi bila time teruk tu, penat macam mana pun masih x leh nak titun, at one time tu sampai kul 5 pagi pun x leh tidur :(

    ReplyDelete
  3. penyakit ni tak de ubat ke? i mean mcm telan ubat tido ke...

    ppp, lepak Ou tak ajak! untung la opis dekat ngan shpng mall..

    ReplyDelete
  4. syahiroo: telan ubat tido all the time? u want me to get rid of my life soonest ke?? keh3

    ya lor where else to go?? kat area2 ni... untung tak untung... you stay somewhere here??

    ReplyDelete
  5. like i said before, try to drink milk or eat ginger before u went for ur bed.. it will helps u with ur sleep. :)

    http://komik2malaysia.blogspot.com/

    ReplyDelete
  6. komik: yes "dr nasir" i will do it tonite as per advise, let's hope it will work for me :( dah hampir stress dah ni.. :P

    ReplyDelete
  7. Why not kalo akak nak masuk masterchef...? best ape... Korn pon follow cter tu dr mula kot... best... dr seorg yg tak de baic memasak, sampai dah ade skill.. yg umur 18 pon ade... respek ar kat dorang...

    ReplyDelete
  8. Korn: Niat hati tu memang ada, tapi it's not easy... byk proses dan byk benda yang kita kena korbankan once involve, so memang kena fikir masak2 oh Korn pun minta Master Chef?? ^^

    ReplyDelete
  9. WOOO insomnia!! glad I don't have it r8 now..haha

    hawau Dr Ezani looks in LIVE ??

    ReplyDelete
  10. Salam..akak ni..buat orang risau je..

    akk dah kenalpasti ke punca akk susah nak tido ni.. kalau dah bertahun2, maknanya, there must be something big happen during last few years..akk tukar keja ke bbrpa thn ni?

    #no entry ke, ada entry ke,akk tetap giler2,hehehe

    ReplyDelete
  11. Apai: Ya lucky u. Mine getting worst I can feel it :p. Ezani looks the same as what u've seen on TV, except now she has less pimples hu hu hu ^^

    ReplyDelete
  12. Lana: Salam tak de apa2 no worries, mungkin ini penyakit org2 yg dah meningkat ummur kot. Tapi siyes mmg dah makan tahun. Org lain tidur tu sesuatu yg ditunggu2 but not me, tidur tu dah jadi sesuatu yg sgt susah utk ditempuh. Takpe la nak try yg mcm KOMIK suh buat :p hopefully berkesan la.

    ReplyDelete
  13. serius kalau saya jumpa dr ezani, saya pun takkan perasan yg dia tu adalah dr ezani juara masterchef... huhu

    ReplyDelete
  14. Delarocha: Yup PPP almost tak kenal dia, dah lepas kat belakang dia baru perasaan dia dgn seorg lelaki maybe adik dia kot ^^

    ReplyDelete
  15. try laa join master chef, kot2 bole lawan penyakit insomnia ni, erkk...

    ReplyDelete
  16. Caliph: ha ha ha x masuk pun insomnia, bila dah masuk takut bertambh parah lak lagi, sebab risau x leh tidur nak mengenangkan cabaran seterusnya ^^

    ReplyDelete