Sedekah...


Sedekah adalah amalan yang mulia. Sedekah dengan ikhlas akan menjanjikan ganjaran pahala buat kita. Kerana setiap perbuatan baik akan dibalas dengan perkara yang baik juga. Allah akan melapangkan dada, membuatkan kita gembira, melegakan perasaan dan mensejahterkan seluruh hidup kita. Bersedekahlah kita walau sedikit dengan seikhlasnya. Kerana, dalam setiap rezeki dan harta yang kita miliki itu terdapat juga hak orang lain. Jadi, adalah lebih baik jika ia dikongsi dan dinikmati bersama. Beriman dengannya dan bersedekah seikhlasnya. Sedekah seikhlasnya mampu meringankan beban seseorang dan menjauhkan diri kita daripada panas api neraka.


Perkara-perkara untuk mendapat kesempurnaan dalam amalan sedekah
Barang yang elok dan baik
Hasil yang halal
Memberi sedekah barang yang disayangi
Sedekah dengan niat yang ikhlas
Sedekah yang tidak dihebahkan
Sedekah untuk menyucikan diri dan harta

-----------------------------------------

Manfaat sedekah
Sedekah mampu memadam dosa
Sedekah mampu menghindar dari kematian Suul Khatimah
Sedekah mampu menghindarkan bala
Sedekah mampu menyucikan jiwa
Sedekah mampu memanjangkan umur

aku.memberikan.senyumanku.sbg.sedekah.kpd.semua@paripariputih.blogspot.com

Unknown

Phasellus facilisis convallis metus, ut imperdiet augue auctor nec. Duis at velit id augue lobortis porta. Sed varius, enim accumsan aliquam tincidunt, tortor urna vulputate quam, eget finibus urna est in augue.

16 comments:

  1. sedihnye gamba tu.amik sdiri ke?
    kadang kite rasa diorg under agent.but kalo kite ikhlas sedekah,rm1 pon xpe kan...:)
    *jln2 bace post niii*

    ReplyDelete
  2. Sedekah senyum .. sedekah anak2 kawan2 buat belanja sekolah.. sedekah tabung masjid masjid setiap ari jumaat, dan paling penting sedekah al fatihah buat kedua org tuaku yang telah tiada..

    PPP...aku suka lagu kat link bwh ni

    http://www.youtube.com/watch?v=4CgfImjHD7A

    ReplyDelete
  3. gebot: tak from FB... ya klw kita ikhlas bersedekah jgn persoalakan apa dan bagaimana... isnyallah lebih byk ganjarannya... ^^ thanks drop by...

    ReplyDelete
  4. Encik Zaharin: Sorry to hear that... Al-Fatihah buat mereka... lagu RUHIL ye?? :) dah dengar thanks for sharing ^^

    ReplyDelete
  5. sedekah membawa berkat~

    ReplyDelete
  6. Mrs Eady: Exactly tak kan berkurang rezeki klw kita bersedakah kan? ^^

    ReplyDelete
  7. btl 2..xslh bersedekah selagi termampu.=)

    ReplyDelete
  8. elyna mirsada: byk yg kita sedekah byk jugak la yg akan kita terima (tpi seelok2nya jgn la bersedekah utk mendapatkan balasan) ^^ biar ikhlas

    ReplyDelete
  9. Terima kasih sebab sedekahkan ingatan ini buat aku yg selalu alpa...

    ReplyDelete
  10. kesian tgk gambar tu..nape lah boleh jadi camtu..

    ReplyDelete
  11. selamat beramal.. nice sharing ^^

    ReplyDelete
  12. Nong aku pun sama :/

    ReplyDelete
  13. Yana Libra: Bila manusia dah jadi pentingkan diri sendiri mcm tu la... :P

    ReplyDelete
  14. Caliph: You too ^^

    ReplyDelete
  15. sama2 kita mengamalkanya...kita bukan tahu nasib akan datang diri kita.

    terima kasih kerana tolong ingatkan di entri ini

    ReplyDelete
  16. TP: Bersedekahlah mengikut kemampuan... bagi aku klw kita beri senyuman ikhlas pun kira sedekah... (tapi bukan senyuman menggoda ye...) itu bukan pahala.. tapi dusaaa he3 ^^

    ReplyDelete