Selamat Jalan ROMEO... He He He

Aku tengok tajuk entri aku kat atas tu, aku teringat lagu Ramlah Ram... Aku tengok Ramlah Ram aku teringat Lagu "Selamat Jalan Romeo" ala la la la... apa le punya tajuk entri aku ni... ha ha ha... Hari ni aku nak berkongsi tips le pada korang semua... (walaupun tajuk dia tu menjurus kepada Romeo, tapi dalam kes ni, boleh jugak le kalau nak ucapkan selamat Jalan Juliet) maknanya dua-dua le tu.. kang nanti kata aku BIAS pulak kan???

Korang pernah tak dengar pepatah ni "Nyawa di hujung tanduk" atau "Nyawa-nyawa Ikan" atau "Retak Mencari Belah" ha ha ha sumenya main nyawa-nyawa gitu kan?? Baiklah sekrang ni aku nak kongsi tips dekat korang tanda-tanda pasangan korang tu dah tak ada hati kat korang. Dengan ayat ringkas "YOU CAN GET LOOSE!" hamboi... bila dah tak suka GET LOOSE... masa bercinta bagai nak rak... "I DON'T WANT TO LOSE YOU!" (ada haku kesah??) he he he...

Ini yang aku bagi ni pun basic-basic jer... nak details korang kena la tanya face to face kat pasangan korang tu ye:


Waktu Terbatas
Kalau masa sedang asyik bercinta... baru bukak mulut sebut "Yang..." zup!! eh dah ada kat depan pintu rumah!! Walhal belum lagi cakap nak apa kan?? Ha ha ha... bila dah tak suka... ko minta dengan baik hatta secara lemah gemalai pun jawapanya "Eh tak sempat la.. mana ada masa.. lain kali jer boleh??" atau paling hangus.. "Langsung tak di jawabnya... pertanyaan ko tu... dia blah cenggitu jer... boleh??"

Sudah "putus" sebelum putus
Yang ni belum sempat pun nak bermanja-manja kata sesetengah orang tu.. dah macam hampeh jer layanan yang diberi... tak de premium-premiumnya... usahkan kata nak membina mahligai... bingkai mahligai pun ko jan harap le nak nampak pacak kat dalam perhubungan korang tu hu hu hu...


Masalah utama tak settle-settle
Dari mula-mula berkawan sampai le dah nak "bungkus" hubungan korang tu kan... masalah tak gak settle-settle. Contohnya: Dulu masa mula-mula berkawan konon nak gi jumpa parents masing-masing konon2 nak bagi "Salam Perkenalan" la.. last-last tunggu punya tunggu, akhirnya "Salam Perpisahan" le yang ko akan dapat.. Itu baru satu contoh jer yang aku bagi.. contoh2 lain ko cari sendiri la ye he he he

Tak ada rasa hormat
Alahai.. sebelum aku menaip aku dah tersenggih sorang-sorang (ni part paling aku suka)... masa bercinta semua nama timangan keluar "BABY" "HONEY" "PAPA/MAMA" "AYANG" "ANJE"  "KITE/AWAK" apa lagi?? Bila dah NYAMPAH ada la jugak nama timangan yg korang dapat contohnya "EH MANGKUK" "KAU/AKU" "SENGAL" "SETAN" "JAHANAM" "HAWAU" keh keh keh.. yang manis macam madu tu.. sumenya le ilang bila hati dah tak suka... kenapa jadi sampai macam tu?? Kawal la sikit emosi.. tak malu ke?? Masa berkasih sayang kemain lembut gigi dari lidah.. bila dah tak suka.. macam HAMPEH jer...

Tak berada dalam tim yang sama
Dulu masa bercouple... YOU JUMP I JUMP macam JACK dgn ROSE dalam pelem TITANIC tu.. segala-galanya nak bersama... nak letak tipon pun kena kira satu.. dua.. tiga.. letakkkk! (he he he).. baju pun kalau boleh nak sama warna, sama corak, siap lagi yang beli COUPLE T-SHIRT (he he he ko hade??)... Dan bila dah berantakakan... YOU JUMP I'LL JUST WATCH FROM BEHIND boleh?? Ha ha ha lawak-lawak....


Tak ada kompromi
Ni bila masing-masing keras kepala... (kalau diukur dengan kepejalan batu-bata, keras lagi kepala dia) Asik jer masing-masing nak menang... tak reti-reti nak mengalah... bagi derang mengalah tu ertinya ko kalah, lemah. HELLO... let me tell you MENGALAH ITU TIDAK BERERTI KORANG KALAH... bila dalam situasi begini.. orang yang mengalah itulah sebenarnya orang yang kuat dan dialah PEMENANGNYA... dan orang yang tak nak mengalah itu.. sebenarnya dia lah LOOSER... (ha ha ha whatever!!)

Selingkuh
Aku saja jer guna ayat SELINGKUH ni... (biar drama king sikit kan) ha ha ha kalau dah tak NGAM tu ada la sebab musababnya... kalau ada hal-hal lain jangan la korang terus-terus nak putuskan hubungan... (siasat dulu kenapa dia selingkuh, mungkin sebabnya dari korang sendiri, itu kita pun kena tahu, tak boleh tuduh sembarangan) tapi kalau sebab dia tiba-tiba berubah perangai  dia memang SELINGKUH sebab dah ada orang ketiga.. itu yang paling tak boleh diterima.... dek akal dan kaki eh aku sebut kaki ek?? ha ha ha (jan-jan simpan jer tu untuk waktu-waktu kecemasan)



Tidak berkomunikasi
Ini lagi satu hal.. kalau dulu masuk jamban pun kalau boleh nak call dia... nak sms reporting gi mana, buat apa dengan siapa, berapa lama, dan macam-macam lagi la.. tapi sekarang ni bila bersua muka masing-masing lebih rela bercakap dengan dinding (walaupun derang tahu dindng tu tak punya mulut untuk bercakap) bila cakap pun rasa janggal, macam orang kata Kucing berbual dengan Puppy (he he he sopan sikit kan)...


JADI UOLLSS KALAU ADA TANDA-TANDA BEGINI DI DALAM PERHUBUNGAN KORANG ITU... BERSIAP SEDIALAH UNTUK MENGHAFAL LIRIK LAGU RAMLAH RAM "SELAMAT JALAN ROMEO"... SEBABNYA RESAM MANUSIA NI... MASA SUKA KO AKAN DI ANGKAT SEPERTI BIDADARI (TEEETTTT! HE HE HE NAK GAK ENTERFRAME) BILA DAH TAK SUKA... MACAM ALASAN YANG DIBERI.. KO BUATLAH APA PUN .. KALAU ORANG DAH TAK SUDI... TAK GUNA KO NAK PUJUK RAYU LAGI.. JADI SELAMAT JALAN ROMEO LEBIH BAIK KU SENDIRI.. HU HU HU...



aku.hanya.ibarat.seekor.semut.hitam.didalam.gelap.nan.pekat
@pariparipuith

Unknown

Phasellus facilisis convallis metus, ut imperdiet augue auctor nec. Duis at velit id augue lobortis porta. Sed varius, enim accumsan aliquam tincidunt, tortor urna vulputate quam, eget finibus urna est in augue.

10 comments:

  1. baik camne pun kita kat pasangan kita.. setia camne pun.. kalo dah xde jodoh xkan jd jugak.. kdg2 terfikir gak.. kenapa bila seseorang tu setia, tp pasangan dia x setia.. dan sebaliknya.. hehehe

    ReplyDelete
  2. tu la masa berpacaran kemain lagi lekat macam belangkas. dak break macam apa dah perangai..:)

    ReplyDelete
  3. setujuuu ! masa baru kenal sweet gilaa macam gula gula kapas . bila dah lelama tuu , hmmm , hampehhh .

    #hye tuan tanah , jemput singgah blog saya . ada gossip pasal 'myfirstime' :p

    ReplyDelete
  4. waduh2 selingkuh...bisa bikin gawat ni!!

    ReplyDelete
  5. bercinta mmg byk pantang larang nya

    ReplyDelete
  6. haha..lepas ni view lagu selamat jalan romeo kat youtube naik lah..hehe

    ReplyDelete
  7. Bila dekat rayu-rayuan..
    Bila jauh rindu-rinduan...

    ReplyDelete
  8. papa mama konon, pada hal skolah rendah pun blom lepas lagi, hukk...

    ReplyDelete
  9. sila beri tepukan kepada saya cik pari-pari. saya begitu gigih membaca n3 panjang ini ekekekekek..

    apa-apa pun aku suka patung katun yg ensem itu :)

    *aku rasa aku patut baca tips ini 10 tahun lepas heheheehe..

    ReplyDelete
  10. Jangan buang masa, move fwd sudahh hehehe

    ReplyDelete