Skodeng2 Tarikh Lahir & Pasangan Mane Yg Sesuai?? Ko Hade?? ^^

Acoooo.... Master Chef habis sudeh... ha ha ha "Ko Hade?" kekal di dalam carta... keh keh keh (walaupun aku x le minat kat Si Azwan ni, tapi frankly sebab dia la aku nak tengok rancangan Master Chef) sebab lawak dia buat aku rasa macam nak terjun tiruk dalam lombong ha ha ha... Ni sambil nonton MC sambil tangan merayap-rayap mencari "sesuatu" untuk entri malam ni... 

Finally... TADA!!! I found one. Tapi... ada tapi ye... ini hanyalah kajian... so mempercayainya 100% tidak digalakkan... But this is sumthing interesting la jugak kan... ok apa yang korang akan baca di bawah ni, adalah kajian peribadi korang mengikut tarikh lahir (bukan bulan). Dan pasangan yan mana sesuai untuk korang... sesuai ke?? keh keh keh...


Pada yang tak faham meh aku bagi contoh:

Ini Tarikh Lahir PPP: 12.12.1970 - Haku ni bukan cam orang len nak berahsia-rahsia umur bagai kan?? Ha amek ko tarikh penuh aku bagi sekali... ko hade?? Ha ha ah (Kiraan dibuat dari tarikh hari lahir yg bold kat atas tu, bukan bulan ya, tarikh paling depan) so bawah ni keputusan untuk orang yang berada di dalam kategori no 3).

Lahir pada tanggal 03, 12, 21, dan 30 = 03
Anda adalah seorang yang berhati keras, pentingkan diri sendiri, kuat agama dan suka untuk mempertingkatkan kehidupan sendiri. Anda mempunyai masalah keluarga dan anda dapat mengharungi dengan kesabaran anda. Anda sangat pandai bercakap, wajah yang cantik, jadi ke mana saja anda pergi anda akan dapat apa yang anda inginkan. Daripada hari lahir anda, anda perlu berkerja keras untuk berjaya. Anda juga seorang yang menghormati orang yang lebih tua daripada anda. Bukannya senang nak menjalinkan hubungan sama ada percintaan, kekeluargaan atau persahabatan. Sekiranya anda suka akan sikap seseorang itu, maka hubungan itu akan berpanjangan. Anda suka akan kebebasan, pencipta di mana ada anda akan membawa harapan, kegembiraan dan keceriaan ke dunia ini. Pasangan ideal anda adalah no 6 dan 9.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Lahir pada tanggal 01, 10, 19, dan 28 = 01
Anda sangat cerdik, jujur, lucu, degil, rajin, terus-terang, cemburu dalam asas pertandingan, baik hati, peramah dan autoriti. Anda ingin mendahului dalam apa jua keadaan. Anda seorang yang berdikari, berkeyakinan dan tidak pernah berada di bawah pimpinan orang lain. Anda akan bercinta dalam usia yang muda tapi akan berkahwin pada usia yang matang. Anda tidak suka akan orang yang bertentangan pendapat dengan anda. Malah anda juga menyimpan dendam dengan orang yang bersalah dengan anda. Anda seorang yang kuat belanja. Pada masa hadapan anda adalah professional dalam kerjaya yang anda ceburi. Namun terdapat juga orang yang kecil hati dengan pencapaian anda. Anda mempunyai keluarga yang bahagia. Pasangan ideal anda adalah no 4, 6 dan 8.


Lahir pada tanggal 02, 11, 20, dan 29 = 02
Tak kira apa pun, anda akan disukai oleh semua orang. Anda suka bermimpi siang. Anda kurang berkeyakinan terhadap diri sendiri. Jadi anda perlu membuat perubahan ke atas hidup anda. Anda adalah seorang yang sukar diramal kerana anda membuat perubahan berdasarkan masa dan keadaan. Anda juga seorang yang mementingkan diri sendiri tetapi anda mempunyai bakat dalam muzikal, seni dan komunikasi lisan. Sikap anda seperti bulan yang datang keredupan dan pudar jadi semua orang boleh mengetahui perubahan anda. Anda boleh menjadi Mahatma Gandhi yang kedua kerana cinta akan keamanan. Anda juga seorang yang bertanggungjawab dalam keluarga. Pasangan ideal anda adalah no 2, 5 dan 9.

Lahir pada tanggal 03, 12, 21, dan 30 = 03
Anda adalah seorang yang berhati keras, pentingkan diri sendiri, kuat agama dan suka untuk mempertingkatkan kehidupan sendiri. Anda mempunyai masalah keluarga dan anda dapat mengharungi dengan kesabaran anda. Anda sangat pandai bercakap, wajah yang cantik, jadi ke mana saja anda pergi anda akan dapat apa yang anda inginkan. Daripada hari lahir anda, anda perlu berkerja keras untuk berjaya. Anda juga seorang yang menghormati orang yang lebih tua daripada anda. Bukannya senang nak menjalinkan hubungan sama ada percintaan, kekeluargaan atau persahabatan. Sekiranya anda suka akan sikap seseorang itu, maka hubungan itu akan berpanjangan. Anda suka akan kebebasan, pencipta di mana ada anda akan membawa harapan, kegembiraan dan keceriaan ke dunia ini. Pasangan ideal anda adalah no 6 dan 9.


Lahir pada tanggal 04, 13, 22, dan 31 = 04
Anda adalah seorang yang amat degil dan rajin. Mungkin anda akan menjauhkan orang lain daripada anda kerana kata-kata anda. Anda seorang yang bertimbang rasa akan masalah orang lain. Anda berbakat dalam penyelidikan dan seni. Anda akan membantu ahli keluarga atau kawan-kawan yang menghadapi masalah tanpa berfikir panjang.. Anda kena berhati-hati dengan orang sekeliling anda kerana mereka mungkin akan mempergunakan anda. Kawan-kawan anda akan menghabiskan masa dan wang ringgit anda dan selepas itu menjauhi daripada anda apabila anda dah tak ada nilai buat mereka lagi. Walau bagaimanapun anda tetap seorang yang sabar dan tegas. Pasangan ideal anda adalah no 1 dan 8.

Lahir pada tanggal 05, 14 dan 23 = 05
Anda sangat popular dalam komuniti. Anda boleh menyelesaikan sesuatu perkara hanya secara lisan. Anda mempunyai akal fikiran dalam menjalani perniagaan. Namun anda terlalu terburu-buru. Anda adalah seorang yang kelakar di kalangan kawan-kawan dan ahli keluarga. Kawan-kawan dan ahli keluarga anda juga akan minta bantuan anda apabila mereka memerlukan bantuan. Anda bukan seorang yang setia dalam hubungan percintaan. Anda suka perubahan dan kebebasan. Anda mempunyai ciri-ciri seorang pengembara dan ahli silap mata. Anda mempelajari hidup melalui pengalaman. Pasangan ideal anda adalah no 1 , 2 dan 9.

Lahir pada tanggal 06, 15 dan 24 = 06
Anda dilahirkan untuk menikmati hidup ini. Anda tidak pedulikan apa-apa perkara dan hanya ingin berseronok dalam hidup anda saja. Anda sangat pandai dalam pelajaran dan pengurusan perniagaan. Anda seorang genius, baik hati (tapi hanya orang yang beranggapan anda orang baik), mempunyai paras rupa yang cantik atau kacak. Semua benda yang baik akan datang pada anda. Anda mengambil berat ke atas ahli keluarga dan kawan-kawan anda. Pada pandangan mereka, anda adalah seorang yang murah hati, peramah, adil saksama dan mempunyai penilaian yang tajam. Pasangan ideal anda adalah no 1, 3 dan 9.


Lahir pada tanggal 07, 16 dan 25 = 07
Anda mempunyai daya tarikan kepada sesiapa saja. Anda adalah seorang yang realistik, yakin, gembira dan merupakan seorang yang genius dalam bidang pendidikan, muzik, seni dan nyanyian. Anda mempunyai masalah sikap iaitu panas baran. Namun demikian, anda banyak melakukan pengorbanan untuk keluarga. Anda meletakkan keluarga di tempat yang amat tinggi sekali sehingga kadang-kadang mengabaikan kebahagian diri sendiri. Anda telah dilahirkan untuk memberi sumbangan kepada dunia ini. Jadi anda seorang yang bagus dan seorang yang amat gembira. Pasangan ideal anda adalah no 2.

Lahir pada tanggal 08, 17 dan 26 = 08

Anda mempunyai personaliti yang sangat kuat jadi tak ada orang yang memahami anda. Kepakaran anda hanyalah menuding jari pada sesuatu benda. Anda juga mengalami pelbagai dugaan dalam hidup. Semua masalah ini telah menjadikan anda lebih kuat dan tabah.. Anda memperjuangkan keadilan. Kebanyakan masa anda telah dihabiskan bersama-sama dengan kawan-kawan. Anda seorang yang disiplin dalam hidup, tidak putus asa dan berani. Faktor-faktor ini telah membawa anda ke puncak kejayaan. Anda juga adalah seorang ahli pasukan, keluarga dan pejuang yang sangat bagus. Pasangan ideal anda adalah no 1 dan 4.

Lahir pada tanggal 09, 18 dan 27 = 09
Anda adalah seorang yang sangat tabah dari segi fizikal dan juga mental. Anda mempunyai penilaian yang sangat tajam. Anda juga adalah seorang yang sangat dihormati dalam komuniti. Anda adalah orang yang boleh menerima cabaran dan berjaya dalam apa jua yang anda buat. Pada usia yang muda anda selalu bertentangan dengan ibu bapa anda. Tapi apabila usia anda telah semakin meningkat anda adalah seorang anak yang taat dan hormati mereka. Anda sesuai menceburi bidang kejuruteraan atau perbankan kerana orang lain percaya dan yakin akan anda. Anda merupakan model teladan kepada orang lain. Pasangan ideal anda adalah no 3, 5 dan 6.



believe.in.faith@paripariputih.blogspot.com


Nuzime Si Pari Pari Putih

Phasellus facilisis convallis metus, ut imperdiet augue auctor nec. Duis at velit id augue lobortis porta. Sed varius, enim accumsan aliquam tincidunt, tortor urna vulputate quam, eget finibus urna est in augue.

26 comments:

  1. alaaa. acano ni, pasangan ideal den dah jadi ex den laa ? haha. boleh pulak cenggitu ek :D

    btw kak, thanks tau for the info. hmm. ada yang kena laa dgn personaliti :)

    ReplyDelete
  2. Ety: ini suke suki jer jan le pecaya bebnor... keh keh keh (tapi keterangan pasal peribadi tu memang tepat) :P

    ReplyDelete
  3. wah. mcm kena jeee :p

    ReplyDelete
  4. SYAH'IZZAT: Yezzaaa?? Ha ha ha sabau jer la kan ^^

    ReplyDelete
  5. aap2pon besday ak sama dgn besday ct nurhaliza..ko hader??kekeke

    http://encikcopypaste.blogspot.com/2012/06/cute-penanda-buku-yang-berilmu.html

    ReplyDelete
  6. komik: kesimpulannya anda adalah orang yang lahir dalam golongan no 2 he he he ^^

    ReplyDelete
  7. eh2.kita pasangan ideal la.saya no 6.hohoho

    ReplyDelete
  8. aReLaN: Haa aa kan??? Tahniah kerana memamahi no 3 keh keh keh ^^

    ReplyDelete
  9. hehe Cendol pn amat takpercaya pasangan2 ideal ikot nombooo..hehe ikut lah perangai org tu kan ideal ke takk hoho

    ReplyDelete
  10. pas ni kna kira ler..hehe

    ReplyDelete
  11. cendol: betul... kalau sume nak ikut nombor jadi cendol kena cari dgn ABC la baru masyukkkk keh keh keh ^^

    ReplyDelete
  12. elyna mirsada: Kira apa... kira-kira ke? ha ha ha ^^

    ReplyDelete
  13. saya no 2. Banyak yg kena la hahaa.

    ReplyDelete
  14. Nur Emilya: Yup sama gak ngan PPP :) peribadi tu mmg sebijik

    ReplyDelete
  15. aku nomor 6 ya?hehhe lahir tanggal 24 wkwkwk :D nice info :)

    ReplyDelete
  16. Rulita.park: Emangnya aku jugak sersi loh ama kamu he he he ^^ karena aku kan berada di titik no 3.. :P

    ReplyDelete
  17. aida lahir 28 iaitu 01.. hehe.. baru ku tahu.. :) ada sama sikit2.

    ReplyDelete
  18. Aida kita ni tak sama akak no 3 tapi ada satu jer yg sama "kuat belanja" keh keh keh ^^

    ReplyDelete
  19. gud for info....hhu
    nampaknye aku ngan aku punyerr chikaro srasi!hhu..n_n

    ReplyDelete
  20. Qweensheesz: Lu jan cayo sgt no no ni bagai.. nanti suk klw x serasi ko naj carik aku lak keh keh keh ^^

    ReplyDelete
  21. eyhh....Lahir pada tanggal 05, 14 dan 23 = 05 :D

    ReplyDelete
  22. Apakah soklan mathematics yg coba kao selesaikan wahai saudari ch000tz?? ha ha ha ^^

    ReplyDelete
  23. taknok la pasangan tu ,, nok pasangan kite yg sekarang nie jew. hehehe :P
    memang takleh pcaya sangat kan :D

    ReplyDelete
  24. haku dan hubby berkongsi tangal yang sama. jadi kami nampaknya tidak serasi ekekekeke.

    kami berdua lahir 9hb, jadi kami berdua ni pada nombor 9 la yek. hehehe.... menurut kajian kita memang serasi lah Cik pari-pari ekekekekeke....

    ReplyDelete
  25. saya ada 2 tarikh lahir. camne tu?? =) hehe, dua-dua pun result dia ---> pasangan ideal no.4 & no 8.. ada sape2 sini ke yg bernombor itu?? kahkahkah

    ReplyDelete
  26. Anonymous9/5/14

    I do not know whether it's just me or if everyone else experiencing issues
    with your website. It appears like some of the text on your posts
    are running off the screen. Can somebody else please comment and let
    me know if this is happening to them as well? This might be a problem with my browser because
    I've had this happen previously. Thanks

    Take a look at my web blog; kamagra austraila

    ReplyDelete