Botox??? No Thanks ^^

Morning peps... another "Monday Blues" is heading like usual... you kindda HATE it, but... you've got no choice... just go thru with your life and things will go smoothly.. ha ha ha... ko pe hal pagi-pagi bute ni "skeping" orang puteh ni PPP?? Ha ha ha... Besa le aku nak memulakan hari-hari Isnin ni kan?? Tak kan nak mulakan dengan wajah yang "ketat" ibarat pintu besi berkarat, yang kena sapu minyak baru mudah nak bukak... Ko hade ke muka "ketat" cenggitu hari Senin pagi? Haaa!! Jan nak tipu le ada... ha ha ha.. lek aaa... muka tu kasi longgar sket... senyum mau lebih... baru hidup bahagia...


Sebut pasal "ketat" ni tetiba aku terkenang muka-muka orang yang berketul-ketul, yang pipi dan dagu derang berbenjol macam telur silap ari bulan nampak macam bisul... (kalau terkena yang doktor pandai bikin) cantik la muka ko kena renovate kan, kena yang "cheap skate" nyer  doktor, mau tak berbenjol-benjol muka ko dibuatnya, dah macam "the thing" dalam citer Fantastik Four tu. Dalam usia yang menghampiri separuh abad ni, seingat aku tak peranah sekali pun aku melihat "collagen" atau "botox" apatah lagi nak suntik "cecair" tu kat dalam badan aku...Nauzubillah..


Ya botox... ada gak orang pernah tanya aku, tak teringin ke suntik botox?? Keh keh keh. Aku pandang jer dia senyum (dalam hati HELL NO!!)... Sebenarnya aku memang tak paham kenapa perlu amek botox bagai?? Nak cantik? Hurm.. aku tengok ramai jer artis2 dan kawan aku (ini bukan rekaan ek, mmg ada kawan2 aku yg ambil botox) yg pakai "menda" ni... dan memang aku mengaku aku betul-betul terkilan la jugak, bila tengok perubahan pada wajah derang tu, bukan terkilan "dengki" sebab cantik...  tapi terkilan "sedih" sebab muka derang tu lagi cantik walau pun tak berbotox bagai... ko tak yah amek jauh le cuba tengok muka Dang Suria, Kak Pah, Anita Serawak, Ramlah Ram, Zila Bakarin, Rafiq Cecupak, Zahidah Rafik, Hantu Kak Limah (Delimawati)... dan ramai lagi la... apa dah jadi dengan muka derang tu?


Tapi, sebenarnya aku tulis entri ni pun, sebab memang aku pun nak buat pengakuan kat korang la... memang aku pun pakai "BOTOX" sebenarnya... untuk bagi tegang wajah aku ni kan... ye la bila umur dah nak masuk 42 mesti la risau, bila garis2 halus kedut, mula mucul tepi mulut, bawah mata, dahi... dan merata-rata kan... nak tau tak brand BOTOX yang aku pakai?? He he he ko memang KEPOCI kan...?? Syyyyyyy! tapi jan bising2 ni sapa2 yang baca entri aku ni jer yang tau ok... Ermmmm BOTOX yang aku amek ni lagi "efficient" effect dia... dan aku kena suntik kat muka aku tiap2 hari (tak caya???) ok... ok.. ok...lek ni nak bagi tau la ni... 

BOTOX yang aku apply kat muka aku dari dulu, kini dan selamanya ialah dengan CECAIR air WUDUK dan suntikan dari orang sekeliling yang sentiasa menceriakan hidup aku, ahli keluarga aku, anak, suami dan juga telatah teman sepejabat dan sekarang ni ada lagi satu BOTOX yg paling aku rasa berkesan aku ada; suntikan BOTOX dari teman2 blogger (setiap entri korang tu la yang menceriakan aku... membuat aku tersenyum, terkedu, terkejut ngan video hantu yg menyeramkan ha ha ha, hatta kadang2 ada jugak yang mampu untuk mengalirkan air mata aku ni)... dan itulah BOTOX yang aku gunakan selama ni... untuk menegangkan wajah aku... hu hu hu... (selain muka aku memang dianugerahkan sentiasa nampak "cute" keh keh keh (sila lari lintang pukang secara terbalik mua ha ha ha). Tapi memang pung sebab muka aku jenis muka bulat byk isi, tak de tempat kedut-kedut halus nak park kat muka aku "buat masa ni" la kan he he he...

GUNA LA PRODUK "BOTOX CAP PARIPARIPUTIH" HE HE HE

Jadi pada korang yang nak masuk umur 40-an tak perlu la nak risau hati, takut muka tu berkedut seribu ke hapa... tak perlu suntik2, yang penting hati kita mesti bersih, ikhlas bila berurusan, sentiasa senyum, sentiasa dalam keadaan berwuduk, dan sentiasa sedekahkan senyuman (walau pun pada En Kucen di bahu2 jalan ~ he he he ini la yang aku selalu amalkan pantang nampak kucen rasa nak berenti nak peluk jer derang tu boleh??) So itu le serba sikit citer aku pasal botox kan... 

Keh keh saja gatal tangan.. men game ni... tadi..
sekali... ni yg aku dapat ko hade?? hu hu hu la la la la... 
:P (macam kebetulan lak dgn entri aku yg ni kan)


SEBAB AKU TAHU HARI ISNIN NI... KALAU KO TENGOK MUKA MASING2 "KETAT" JER... JADI JOM LE KITE SUME PAKAT2 HARI NI KITA PAKAI BOTOX CAP PARIPARIPUTIH... INSYALLAH MUKO KO SUME AKAN KELIHATAN LEBIH AYU/TAMPAN, MEMPRSONA, DAN TAK JEMU2 MATO MEMANDANG HE HE HE.... ^^ SELAMAT MENJALANKAN TUGAS DENGAN WAJAH BERSERI-SERI... YEAHHHH!!!



bersyukur.dengan.anugerah.Allah.swt@paripariputih.blogspot.com

Unknown

Phasellus facilisis convallis metus, ut imperdiet augue auctor nec. Duis at velit id augue lobortis porta. Sed varius, enim accumsan aliquam tincidunt, tortor urna vulputate quam, eget finibus urna est in augue.

16 comments:

  1. errr. betul ke ramlah ram pun pakai botox jugak?

    ReplyDelete
  2. go HELL BOTOX... muka mcm otot dah aq tengok.. wakakakaka.. beminyak habis. jd biarla kita neutral kan ppp..

    ReplyDelete
  3. gerunnyer tengok
    x payah la cucuk2 nnt mati ulat jer yang makan!!

    ReplyDelete
  4. hai..salam kenal..saya follow sini... ^__^

    ReplyDelete
  5. ek,tak ingin walaupun percuma. hahahaha.. :P

    ReplyDelete
  6. a... selalu kurang tido.. ni yg buat mata berkedut ni.. a.. dah nmpak sikit kedut tepi mata! huh!
    nak pinjam tips botox Datin PPP la nmpaknya hehe...

    ReplyDelete
  7. yup, wuduk mmg terbaik ^^

    ReplyDelete
  8. botox cap PPP is the best!!!heee;)

    ReplyDelete
  9. erk...bahaya je..bek xpyh amik lah..amik wuduk lg bgus..huhu

    ReplyDelete
  10. botox yang paling awesome dan terjamin keberkesanannye ..hehe..

    tak payah cucuk tang sana sini.haha

    ReplyDelete
  11. yeah ! betul kak ! katakan TIDAK pada BOTOX ! :D

    kalau cantik tu, cantik juga. sampai ke tua pun akan manis juga mukanya :D

    ReplyDelete
  12. yeahhhhhhhhhh...setuju...hehehehe

    ReplyDelete
  13. Saya takut jarum....

    ReplyDelete
  14. iye setuju ngan PPP .. seriously aku geli gak kadang2 tengok org guna botox! memang tersembul la sangat muka dia mcm kena tumbuk. hahaha~
    jadik semakin buruk pun ada aku tengok.
    opss lebih sudah bah :P

    ReplyDelete
  15. selain wuduk..amalkan basuh muka dengan air bilasan beras pon leh wat muka glow..tapi bilasan akhir la..x yah botox.

    ReplyDelete