Minuman Bongkar Rahsia Peribadi Korunk??

Sapa kat sini suka minum kopi? Sila angkat tangan he he he... (nasib aku suh angkat tangan... kalau suh angkat kaki naya korang kan). Ni baru pukul 4.00 asal le aku dok citer pasal kopi plak ni... kan?? (Eh patutla pun "tea time" le.. dah la kat opis aku ni hujan lebat sejukk... :P) Kalau korang nak tau, yang sebenarnya, tadi aku ada terjumpa sumthing interesting yana aku nak  "share" dengan korang, satu "penemuan" yang ada jugak logiknya, dari apa yang aku baca la kan... Apa yang aku sukan tentang minuman tu, memang saling berkait dengan peribadi aku... tapi untuk aku, secara umumnya ada dua pilihan minuman yang paling aku suka, satu aku suka minum KOPI dan satu lagi, aku suka minum MINUMAN SEJUK.

Mungkin di sebabkan faktor kerja (yang memerlukan aku untuk banyak berfikir dan mencari idea2 baru) serta aroma harum dari biji kopi yang segar itu, bisa memberangsang minda aku untuk terus berkarya, acapkali bila aku ingin memulakan kerja, dan aku rasa itulah yang menyumbang kepada kenapa aku suka kopi. Dan untuk minuman sejuk plak, sebab bagi aku ia  menyegarkan hu hu hu... Jadi itulah minuman kegemaran aku. 

Korang pulak dah tahu, apa rahsia peribadi korang? Jom tengok mana satu le minuman kat bawah ni, yang merupakan minuman kegemaran korang kan?? Tapi sebelum tu, jangan sekali2 ko tanya aku soklan ni: KALAU AKU TAK SUKA MINUM APA-APA AIR?? Alamat memang ko nak merasa PENAMPAU JEPUN AKU LA TU.. ha ha ha... (sebab aku takdek jawapan utk soklan sengal cenggitu) Dah! jan banyak "cengkadak", jom le kita tengok air kegemaran korang kat bawah ni....


LATTE 
Sofistikated adalah keperibadian paling jelas yang dapat dilihat dalam diri individu yang gemar menikmati minuman ‘Latte’ ini. Selain itu sikapnya yang sentiasa bersifat ingin tahu dan sentiasa ingin belajar secara tidak langsung turut memperlihatkan dirinya yang terpelajar dan berpendidikan.
Sekiranya kekasih anda menggemari minuman ini, aduh…beruntunglah anda kerana dia seorang yang romantik dan jiwanya penuh dengan kasih sayang. Si penggemar ‘Latte’ biasanya akan sentiasa dengan pasanggannya dan akan sentiasa cuba melakukan yang terbaik demi mengukuhkan lagi perhubungannya.


KOPI 
Anda sesuai mengendalikan perniagaan sendiri. Si penggemar kopi biasanya memiliki keperibadian yang menyakinkan. Sikap yakin dengan kebolehan diri sendiri membolehkan mereka maju dalam apa jua bidang yang diceburi. Namun mereka ini juga memiliki sikap berjimat cermat yang teramat sangat sehingga ada yang menganggap mereka ini agak kedekut! Ya, mungkin kedekut kepada orang lain tapi bukan pada dirinya sendiri! Lihat sahaja gaya dan penampilannya. Boleh dikatakan dari hujung rambut hingga ke hujung kaki, semuanya barangan berjenama! Opps…dalam subjek mencari pasangan pula, mereka dikatakan terlalu cerewet! Hati-hati, jangan sampai orang lain bosan pula untuk mendekati anda kerana sifat cerewet anda itu.


KOPI SUSU
Wah, orangnya sentiasa kelihatan sibuk. gayanya juga bagaikan tak terurus dek kesuntukan masa. Si penggemar kopi susu ini memang tidak boleh duduk diam. Boleh dikatakan setiap waktu yang ada akan dipergunakan sebaik mungkin untuk melakukan kerja-kerja yang dirasakan agak penting. Ingat, anda juga perlu meluangkan masa untuk merehatkan minda. Anda bukannya robot yang mampu melakukan segala-galanya tanpa berehat. Paling tidak pun, kemaskan sikit gaya penampilan anda itu agar orang lain berasa selesa berdampingan dengan anda! Oh ya! Kasihanilah si dia yang sentiasa meginginkan perhatian dari anda. Jangan sampai si dia berasa bosan dengan sikap anda yang boleh dikategorikan dalan lingkungan individu yang ‘gila bekerja’. Belajar menyusun jadual harian anda agar hari anda berjalan lebih lancar dan jangan lupa, selitkan sedikit masa untuk bersama-sama si dia…mungkin dengan menonton wayang bersama!


TEH
Tenang dan bersahaja adalah tarikan utama pada kelompok individu ini. Mereka bijak menguasai keadaan dan tidak hairanlah sekiranya mereka mempunyai ramai teman. Selain itu, muzik adalah teman setianya. Mungkin si penggemar teh ini tidak kisah sekiranya dalam satu tempoh waktu tertentu dia tidak ditemani oleh mana-mana teman kerana peluang bersendirian yang ada itu digunakannya untuk menghayati muzik kegemarannya. Faktor kesihatan sentiasa mendapat perhatian anda kerana anda sentiasa inginkan kesihatan yang terbaik untuk diri anda Syabas!


MOCHA
Orangnya lincah dan gemarkan cabaran. Si penggemar Mocha mempunyai keperibadian yang agak keanak-anakan dan setiap bual bicara yang meniti di bibirnya pasti mempunyai unsur jenaka. Individu yang tergolong dalam kategori ini disifatkan sebgai individu yang sukar bersikap serius, boleh dikatakan setiap detik dan saat, tumpuan di dalam mindanya itu lebih kepada unsur-unsur keseronokkan dan mencari hiburan. Mereka juga gemar bersosial dan tidak gemar hidup bersendirian. Tidak hairanlah sekiranya mereka tidak mempunyai sehingga ke hari ini. Mana tidaknya, individu yang cuba untuk mendekatinya sentiasa merasa ragu-ragu untuk serius bercinta dengan si penggemar _Mocha ini. Sikap keanak-anakannya itu tentu sekali tidak menyakinkan pasangan bahawa individu itu telah bersedia untuk serius dalam percintaan. Mungkin penggemar _Mocha boleh cuba melakukan pembaharuan dalam hidupnya mulai hari ini.


MINUMAN SEJUK
Sekiranya anda lebih gemar menikmati apa saja minuman asalkan ’sejuk’ menunjukkan bahawa anda tergolong dalam kategori yang gemar bersosial dan berhibur bersama teman-teman. Anda lebih gemar berkumpul dengan teman-teman akrab anda dan boleh bersantai bersama mereka hingga berjam-jam lamanya. Selain itu anda juga memiliki daya pemikiran yang kreatif dan sentiasa ingin cuba tampil denga idea-idea baru dalam melaksanakan tugasan anda. Namun awas, minuman sejuk ini tidak baik untuk kesihatan.


MINUMAN PANAS
Penampilan anda kelihatan penuh menyakinkan dan matang. Mungkin ramai yang memperkatakan bahawa penampilan anda kelihatan lebih matang dari usia sebenar anda. Namun anda tidak pernah menghiraukan apa jua tanggapan orang lain yang diberikan kepada anda. Anda memiliki matlamat hidup yang tersendiri dan sentiasa berusaha untuk hidup merealisasikannya biarpun terpaksa berhadapan dengan bermacam-macam rintangan. Teruskan usaha anda itu.

Jom Minum2 Kupi Sambil Dengar Lagu Jimmy Palikat neh layan... ha ha ha

P/S: JANGAN TANYA PASAL MINUMAN LAIN SEPERTI TEH TARIK, KOPI O BENG DAN SBGNYA. SEBAB DALAM SENARAI ITU JER AIR2 YG DIBERI HA HA HA

kopi.membuat.minda.ku.senitasa.ligat.mencari.idea@paripariputih.blogspot.com

Nuzime Si Pari Pari Putih

Phasellus facilisis convallis metus, ut imperdiet augue auctor nec. Duis at velit id augue lobortis porta. Sed varius, enim accumsan aliquam tincidunt, tortor urna vulputate quam, eget finibus urna est in augue.

37 comments:

  1. buu suka ! :) teh , waaa macam betol ja . heee

    ReplyDelete
  2. err.. hot chocolate tak de ke?? ehehehe

    ReplyDelete
  3. buboo: ha ha ha ko mesti ramai kawan kan???kan?? keh keh keh ^^

    ReplyDelete
  4. reenapple: sini ko....buat ketuk ketampi 20X eh mana ada dey... hot ceklat tersenarai.. ha ha ha hang ni pung :P

    ReplyDelete
  5. cik rongoks: uihhh Mocha! kelasssss ko kak jenab ha ha ha^^

    ReplyDelete
  6. ek,semua pun suka,cmne tu? haha..

    ReplyDelete
  7. ko ni haloba tul la slam sume pun ko nak kaut... habis kiterang ni tinggal apa?? keh keh keh ^^

    ReplyDelete
  8. kak peri2, nk order latte satu, hukk...

    ReplyDelete
  9. caliph hang suke latte le ni ek?? ha ha ha pecah sude rahasia... :P

    ReplyDelete
  10. dkna suka semua...macam mana nie?? ;p

    ReplyDelete
  11. Dkna kalau cenggitu ko boleh geng jer dgn si ZAMANI SLAM tuh sume dia suke keh keh keh ^^

    ReplyDelete
  12. perghhh!!! peta dunia pon dia blh buat... hebat kan/

    ReplyDelete
  13. Potia tau tak pe tu nak minum pun sayang keh3 ^^

    ReplyDelete
  14. Talif pulak suka....entah....mana-mana air macam main bedal je...asal boleh telan...tapi kalau Panas dan Sejuk, Taliff suka sejuk...huhuhu...

    Ada persamaan tak macam yang PPP telah sharekan :)

    ReplyDelete
  15. Assalammualaikum kak.

    Saya mana minum suma2 ni kak..

    Saya minum air setoberi ngn oreng jep,hahahahah

    ReplyDelete
  16. minum pun melambangkan keperibadian ye... klu suka minum air kosong macam pulak ye

    ReplyDelete
  17. hahaha,nak buat macam mana,semua yg tersenarai adalah didalam senarai kegemaran aku. kih3..

    ReplyDelete
  18. Taliff PPP suka KOPI dan minuman sejuk haaaa ada la tu he he he ^^

    ReplyDelete
  19. Walaikumsalam Lana hamboi hang dok minum air warna jer noo... oh no not very good for your health... kena kurangkan air warna-warni dah lebihkan air putih.. utk masa depan yg cerah keh keh keh ^^

    ReplyDelete
  20. delarocha: Ya betul tu.. tapi kalau dlm kes delarocha suka minum air kosong ada dua kesimpulan yg boleh ppp buat satu dari segi kesihatan bagus satu lagi dr segi keberibadian mungkin kena nyanyi lagu najwa latif la kot "kosong-kosong" keh keh keh ^^

    ReplyDelete
  21. Slammm ish ish ish haru le sapa yg bakal jadi Pn Bini ko nanti keh keh keh ^^ aku cadangkan ko bukak kedai minum la bagus mua ha ha ha ^^

    ReplyDelete
  22. Erkkk..baik kak..pasni, saya num air masak jep..kih3. bertambah2 cerah ngn berkilau2 lah saya pasni,heh3

    ReplyDelete
  23. Bagus-bagus... mencegah lebih baik dari mengubati hu hu hu ^^ manis mmg sedap tapi tawar itu lah ubat :P eh tul ke pepatah akak ni?? keh keh keh ^^

    ReplyDelete
  24. saya suka teh panas.. heh heh

    ReplyDelete
  25. Boni wah wah wah patut ler ramai peminat eh pollower keh keh keh ^^

    ReplyDelete
  26. cik tikah minum je semua. hehehe

    ReplyDelete
  27. nampaknya derang ni berpakat2 kata suka sume air di atas ek?? ha ha ha ^^

    ReplyDelete
  28. Saya suka rebina...
    Mesti org akan kata saya kanak2 riang...

    ReplyDelete
  29. Bitt haaaa biar la rahsia ye ha ha ha ^^

    ReplyDelete
  30. Koding: Sorry Ribena x dok dlm list... tapi boleh di kategori dlm minuman sejuk kot owh sama la ngan PPP ha ha ha ^^

    ReplyDelete
  31. sesungguhnya keperibadianku begitu unggul.. kopi, mocha, teh dan minuman panas..huhu hoishhh3x..

    ReplyDelete
  32. DN yo ko?? ha ha ha bagus le klw cenggitu... haku pun UNGGUL GAK TU :P

    ReplyDelete
  33. aku suka semua minuman,bedal je asal tekak basah. haha.. asal sedap lantak terus. hee~ minuman sejuk pilihan hati dikala panas terik. hehe

    ReplyDelete
  34. cehh..sempat jugak promote diri sendirik..hahaha

    ReplyDelete
  35. haha.. Datin pari-pari Putih,

    lagi tanak kampung yer ekekke.. bagus! best lagu tu :D

    a.. mcm tu? aku suka byk minuman,
    KOpi O pun ia, tea pun suka, milo pun ya juga, Neslo suka juga.. mcm mana mau tau tu ekekeke.. ni mesti kes personaliti tidak tetap ni kan ekekekke..

    ReplyDelete