Penangan Ubat Pengasih...

As Salam... aku mulakan entri hari ni dengan Bismillah. Semoga kita semua dilindungi dari syaitan yang direjam. Sebenarnya dah lama aku nak share dengan korang pasal "ubat pengasih" ni. Ada tak siapa-siapa yang pernah terkena ilmu "pengasih" tak kira le sapa pun yang buat kan. Percaya atau tak aku pernah terkena ilmu ni (ini kisah benar, tapi sampai sekarang tak ada siapa pun yg tahu... sebab aku rasa tak perlu nak risaukan sesiapa). Fuhhh! mungkin ini merupakan pertama kali aku buat entri serius.

Inilah aku masa berumur 19 - 20an...  
macam datin-datin la plak style tudung aku ha ha ha 
(ni aku ambil dari majalah syarikat yang aku kerja masa tu)


Bukan nak menuduh atau suka suka nak megaibkan orang. Kejadian ni terjadi masa aku berumur awal 20an. Masa tu aku baru kerja dengan Makcik aku. So dalam pejabat biasa la kan, ada lelaki and perempuan. Aku sebagai penyambut tetamu. Dalam beberapa bulan aku bekerja tu, adalah seorang mamat ni (biar aku namakan H ye, beliau pun dah Arwah dah), bukan nak mengaibkan sesiapa terutamanya si polan pun dah lama mengadap Ilahi. Ok aku pendekkan cerita, kat office aku tu ada la sorang lagi kawan aku nama dia F, perempuan. Dia bekerja sebagai setiausaha kpd Makcik aku (owner of the company). Bila dah lama kerja tu macam2 la perangai dan perkara yg berlaku kat office kan. Yang si H tu dia sebenarnya PA merangkap driver pada makcik aku. Aku memang anggap dia mcm officemate2 yang lain, tak de la nak simpan perasaan bagai. Mungkin memang nak terkena (sejujurnya aku tak pasti dgn keadaan aku tu). 

Arwah tu lebih kurang cenggini le muka dia, 
cuma kulit dia lebih gelap sikit,  tapi misai dia ni over la plak kan... 
Hurmmm.... (gaya rambut dan spek memang sebjijik)


Masa tu aku rasa umur dia dalam lewat 30an, aku ni pulak jenis mulut, laser, suka-suka jer nak sound orang direct. Dalam pada yang sama si H ni suka sangat menyakat aku, korang tau la aku camner garangkan. (Maaf cakap aku tak berapa suka dengan dia sebab dia bermisai, ha ha ha, lepas  tu mata dia kalau pandang orang ermmm takut pun ada) Tapi dia memang sentiasa bergaya.. orangnya hitam manis, tinggi pun boleh tahan jugak la... Aku tak tau apa yang menyebabkan "kejadian" tu berlaku, seingat aku la ... ada one day tu dia mcm usik aku, dah mungkin aku terlepas cakap, macam kata jangan harap la aku nak suka dia (aku tak ingat tapi mcm tu la) lepas dari kejadian tu... lama jugak la dia x datang pejabat... Dan aku rasa masa tu aku dah start terkena angin pengasih kot.. Ya allah, masa tu tuhan saja yang tau betapa aku resah gelisah yg teramat2 sangat (bila tak nampak kelibat mamat tu), aku x boleh lupa langsung wajah dia...  kalau tak nampak dia.. barang-barang dia pun cukup untuk aku melepas rindu (ini aku tak reka ye memang betul2).

Lepas tu dia pulak macam cuba mengelakkan diri dari aku, yang aku pulak dulu masa waktu lunch, kalau si H gi dengan si F, aku tak amek pot pun, tapi sejak kebelakangan tu, aku jadi cemburu yang amat2 sangat bila tau derang gi lunch berdua, aku jadik murung, kadang2 bila terlampau rindu tu aku macam orang gila, menangis dalam bilik sorang2, (memang tak de siapa pun yang tau kejadian tu) termasuk parents, makcik atau sesiapa pun.  (Aku ni pulak memang jenis tak suka tunjuk masalah kat orang). Sampai satu tahap tu aku dah tak tahan sangat, aku jumpa dia face to face dan aku boleh tanya... kat dia yang dia sayang kat aku ke tak?? (Punya kuatnya penangan ubat tu...) Lepas dari kejadian tu (aku siap nangis2 dekat dia, aku sampai merayu kata aku rindu kalau x tengok muka dia... ) Memang angau tak ingat... dan lepas dari aku jumpa dia tu (mungkin aku rasa dia marah dengan aku kot, sebab cabar dia, oh dah utk pengetahuan korang dia "berisi" orangnya.. maksud aku memang byk ilmu... ok sambung balik lepas dari hari aku "curahkan perasaan" kat dia barula aku rasa release, tak seteruk mcm sebelum tu.. dan dia macam biasa jer dgn aku... (dia selalu jer dtg rumah aku, sebab dia dgn makcik aku tu ada berkait2.. jadi tiap kali makcik aku suruh ambil barang kat rumah dia lah yg jdi driver, dia siap bergurau2 dgn mak aku panggil mak. 

Dan kejap, tak kejap jugak la sakit angau aku tu hilang, makan bulan jugak la... lepas tu kebetulan aku pun cari kerja tempat lain, aku masih lagi jumpa dia kat mana2 kenduri kendara, dan  lepas beberapa tahun dari tu aku, dapat berita kata H dah meninggal, kanser otak. (Patutlah selama ni dia selalu bawah pouch, aku ingatkan apa, rupe2nya ubat2 dia, terkejut aku bila dapat tahu)... jadi korang semua, ini adalah satu pengajaran jugak buat diri aku... Sejak dari hari tu aku tak berani lagi nak suka-suki cakap tak suka atau reject direct, yang membuatkan orang marah.. :P. Semoga ini pengajaran buat aku... dan pada korang diluar sana... berhati-hati la.. kadang-kadang kata dan percakapan kita ni boleh merbahayakan diri kita sendiri.... Satu kenangan aku dekat dia, tiap kali aku dengar lagu ENGKAU LAKSANA BULAN, SHEILA MAJID memang terbayang2 muka dia... Al-Fatihah semoga dia aman di sana... (Dan aku tau dia buat macam tu nak ajar aku, sebab kalau dia berniat tak elok, mungkin dah lama dia boleh rosakkan aku... ) 

Tanda-Tanda Terkena Ilmu Pengasih

Ilmu guna-guna (At-Tiwalah) atau disebut juga ilmu pengasih (Mahabbah) adalah salah satu bentuk sihir yang berasal dari jin.  Perbuatan tersebut adalah musyrik kerana meyakini bahawa guna-guna itulah yang dapat mempengaruhi hati seseorang sedangkan ianya adalah perbuatan syaitan.  Guna-guna yang mendatangkan kemusyrikan adalah disertai dengan jampi2 meminta bantuan jin.

Tanda-Tanda Terkena Ilmu Pengasih
Asmara dan cinta yang berlebihan
Tidak dapat menahan rasa cintanya
Selalu teringat kepadanya
Mentaati segala kemahuannya
Keinginan yang sangat besar untuk selalu melakukan hubungan seks

Pengubatan Sihir Guna-Guna

Biasanya orang yang terkena imu guna2 tidak akan dirasuk, hanya berasa ngilu hujung jari kakinya, kepala pusing, dada sesak atau sakit dilambung, bahkan kadangkala muntah jika telah meminum air sihir.

Jika  merasakan sakit dilambung atau ingin muntah, maka bacalah ayat dibawah pada secawan air dan minumlah sebahagian air tersebut.   Jika memuntahkan sesuatu yang berwarna kuning, merah atau hitam, bererti hilanglah sihirnya.  Jika tidak, maka bacalah ayat tersebut pada secawan air dan minum selama tiga minggu atau lebih sehingga hilang sihirnya.   Ayat tersebut adalah :

Surah Al-Baqarah ayat 102
Surah At-Taghabun ayat 14 hingga 16
Surah Yunus ayat 18 dan 28
Surah Al-A'raf ayat 117 hingga 122
Surah Thaha ayat 69

Insyaallah.


tragedi.ubat.pengasih@paripariputih.

Unknown

Phasellus facilisis convallis metus, ut imperdiet augue auctor nec. Duis at velit id augue lobortis porta. Sed varius, enim accumsan aliquam tincidunt, tortor urna vulputate quam, eget finibus urna est in augue.

43 comments:

  1. Mrs Velentine hati-hati la ek..

    ReplyDelete
  2. Mrs Eady: ini pengajaran buat PPP sebenarnya...

    ReplyDelete
  3. tu la kak jenis aq ni pon suka ckp men direct je.. pena hari tu aq ada ckp ngn sorang mamat mcm tu, then dia ada ugut dia cakap "kau tunggu pembalasan ku" aq punyala takut.. balik kat uma bg mak .. mak aq plak marah kat aq.. hoho... seram gila.. solat mcm2 aq minta doa spaya dijauhkan semua tu,, syukur alhamdulillah xda pa2 yg berlaku la.. tp tetap tkut, sejak kejadian tu aq jd baik.. xde dah nak rject org cara kasar2.. hehe

    ReplyDelete
  4. yup amalakan ayat Qursi insyallah... baca jer kat mana2 pung (tpi dlm toilet dgn tempat2 mcm bar jan lak ko gi baca)... :P mulut kita ni kan senjata paling tajam

    ReplyDelete
  5. uhh seram takot nye.bahaye nye.terlajak perahu boleh diundur terlajak ckp buruk pdhnye.huh cendol nk ckp sopan2 ah.hahahakk
    nice share pppppppp jd pringtn utk cendol jgk.thanks :)

    ReplyDelete
  6. cendol tul tu.. walaupun ko hanya sejenis minuman, tapi tetap harus kena berjaga-jaga ha ha ha >..< ya berhati2 la bila kita bercakap dan dgn siapa kita bercakap... alhamdulillah aku tak jadi biul... :P

    ReplyDelete
  7. tula kerana mulut bdan binasa.. aiyaa... tobat xmau cakap gtu lagi. tp nnt pandai terkeluar sendiri.. adeiii aq rasa mcm nak tutp je mata klu berjalan... jd xnmpak pa2 yg patut aq cakap.. hehe..

    ReplyDelete
  8. tu la lina... kadang2 tu klw kita tak cakap apa2 pun, nak kena kena jugak kan?? kita tawakal jer la pada Allah supaya dijauhkan benda2 sihir ni dari kita dan juga ahli keluarga kita... :)

    ReplyDelete
  9. mintak2 lah di jauhkan daripada kita semua... tak tau la apesal org skrg sanggup nak guna minyak2 ni bagai... kalo buat cara elok tak buleh pe.. herm...

    ReplyDelete
  10. Salam.

    Oh akak..mujur tak lebih dari pa yg akk citer. Kalau kena sihir yg lebih teruk?

    Saya tahu sihir tu wujud..cuma saya rasa macam tak caye ada yg masih kuat berpegang pada benda camtu.

    Setakat ni, dalam ahli keluarga..Alhamdulillah..tade sapa kena..melainkan arwah pakcik..tpi sy pun tak pasti thp kesahihannya..abah yg citer adiknya kena sihir.

    Pasni, saya pun kena berhati2 berckp,hehe. kdg2 kita tak sedar benda kita ckp tu menyakitkan hati org lain kan kak. pasni nak diam2 jep, hik3, akk tnya pun, sy nak diam jelah,hek3

    ReplyDelete
  11. korn: yup tapi tu la mmg salah akak pung (ni kira pengajaran la, len kali jan suka-suka cakap yg boleh membuatkan org marah) :(

    ReplyDelete
  12. Betul tu lana... memmang akak pun mcm x caya.. tapi klw dah begitu rupa apa kita nak panggil lak kan lau tak terkena ubat pengasih?? tapi kalau lana tak jawab akan tu memgn nak kena tul2 dari aku ni.. ha ha ha >..<

    ReplyDelete
  13. bahaya betul..hati2

    ReplyDelete
  14. Phat: zaman sekarang ni lagi dasyat.. lam FB pun leh kena santau, pukau kan?? :P

    ReplyDelete
  15. tetiba aku rasa seram... thanks noona for sharing this story.. pengajaran jugak untuk aku..

    ReplyDelete
  16. Mirul so kita suma kena hati2 dalam apa jugak yg kita buat, sebab bila hati dah sakit hilang segala pertimbangan :(

    ReplyDelete
  17. fuuufuuu panjg nyer n3...nk kne baca lps terawih nie..hehe

    ReplyDelete
  18. miko sila baca pelan-pelan ha ha ha... >..<

    ReplyDelete
  19. memang sangat suka di pengasihkan kini...hehe

    ReplyDelete
  20. bahaya nie.mintak dijauhkan la.takut ika..

    ReplyDelete
  21. lelakisemalam: erkkkk apakah? ha ha ha

    ReplyDelete
  22. cik rongoks harap2 kita sume dijauhkan dari perkara2 macam ni :/

    ReplyDelete
  23. Akak..sorry jawab kat sini. aah, header baru, header raye..blog nak beraye juga..raye pertama ni,hehehe >_<

    Nanti,nak tukar lgi..hahaha, tgh ada mood ^_^

    ReplyDelete
  24. benar sungguh kata orang tua-tua.

    Kerana pulut santan Binasa
    Kerana mulut badanm binasa

    apa-apa pun memang aku terkejut gila dengan kisah ini. Tapi semua itu memang ada hikmah di sebaliknya. ada pengajaran yang tersembunyi dan terima kasih kerana sudi mengongsikannya. sama-samalah kita semua menjaga bahasa.. bak kata org terlajak perahu boleh di undur terlajak kata padah akibatnya..

    *kalau ada terkasar bahasa.. minta maaf lah jua Datin PPP

    ReplyDelete
  25. Lana: good semangat camni la yg dikehendaki... ho ho horlicks keh3 >..<

    ReplyDelete
  26. Nong lek ko situ.. mana ada bah ko terkasar bahasa ma aku.. aku yg terkasar adalah kot ha ha ha >..<

    ReplyDelete
  27. aduhaiii seremmm la pulak...main black magic nih... :)

    ReplyDelete
  28. bitt ya mujur lah... :/

    ReplyDelete
  29. Anonymous14/8/12

    tq share yek

    ReplyDelete
  30. siyes ckp, slalu kes dok terkena cmni ada kaitan sound direct.. sbb bila diorg bdendam mmg abis laa nanti...

    ReplyDelete
  31. Kesuma Angsana sharing is caring :)

    ReplyDelete
  32. caliph indeed and that's what happen to me (padan muko den) :P tapi alhamdulillah nasib le tak melarat2...

    ReplyDelete
  33. kerana mulut , badan binasa..
    semoga arwah aman di sana :)

    ReplyDelete
  34. cikzaitul: good lesson for me :/ yup semoga dia aman di sana amin...

    ReplyDelete
  35. btol la..benda cmni la yg sgt2 ditakutkan..dh la diri ini xbyk pndinding...:(


    *moga2 cik senduk xwat pngasih kat aku.eh?? hehe

    ReplyDelete
  36. Zaxx ehhhh... business partner aku... ko dah habis ke jual stock tisu ari ni?? siap leh lepak2 sini bagi komen bagai ni?? ha ha ha >..< tau tak pe.. ko tu konon2 kan budget muka retis.. aku yakin mesti cik senduk dah "mandrem" ko tu sbb ko asik sebut dia jer.. ha ha ha >..<

    ReplyDelete
  37. dtg nk myambung komen...dulu time kecik2 dlu klu tak silap majalah gila2 kot ada buat cerita kartun sal minyak pengasih....MINYAK DAGU...minyak tu diambik dr dagu mayat wanita dara mati malam jumaat/ wanita megandung mati malam jumaat, tp lupa yg mana stu antara slh stu la...dagu mayat tu dbakar hingga mgeluarkan mnyak..dgn minyak tu dcalit ke leher mpuan yg nk djadikan mangsa..nnt mpuan jd angau yg mlampau..itu cerita la xtau kebenaran..apa2pon jauhi perkara2 syirik

    ReplyDelete
  38. Miko yup ppp pun ada pernah terbaca pasal minyak pengasih,rasanya dia minyak dagu mayat anak dara. errkkk... seksa mayat tu kan... tapi siyes memang serik tul rasanya... fuhhh... memang x blh lupa kejadian tu... sampai bila2 pun masih berkesan, cuma x tau camner ppp boleh terkena.. :(

    ReplyDelete
  39. Anonymous16/12/12

    Assalamualaikum. Semuanya berlaku atas kehendak Allah. Pengajarannya tak baik kita berlaku sombong sesama makhluk kerana kita dijadikan dari air mani.

    ReplyDelete
  40. comel akak masa muda terrr..hehe

    ReplyDelete
  41. Sy nk share skit kisah sy yg terkena minyak pengasih hsil perbuatan bff sy. Sy tk tau ape motifnya dia bt demikian. Peliknya kami sama2 wanita yg dh brumur 45thn punya kluarga bahagia dn ank2 yg dh bsar pnjng brusia 21thn-10thn. Bygkn di usia senja mcm tu sy blh terkena ilmu pengasih. Mule2 dpt trace mse pkp(covid) mse tu kan lockdown. Kami tk dpt berjumpe. Klau sblm2 ni stiap mnggu kami jumpe prgi jogging kluar mkn. Seingt sy la dia salu ckp rindu kt sy. Tp mse tu sy skit pn tkde prasaan rindu kt dia memandangkan msg2 dh pnye konitmen dn kluarga. Berbalik pd cerita smule, 3bln kami tk dpt berjumpe, mse tu la tibe2 jntung sy berdegup kencang then otk kanan sy asyik terbyg wajah dia. Ape yg buat smue terbyg muke dia, sy jd angau, abnormal hdup dlm dunia sndiri, kdg sy mnangis, demam sbb tk dpt jumpe dn dgor suara dia. Sy abaikn mkn mnum ank2 dn somi sbb sy tk blh fokus pd kerja harian. Siksanya Allah saja yg tahu. Sy jd cemburu stiap kali dia gmbo dia post dgn kwn perempuan post dlm status wasap. Sy rse seolah2 dia saja mendera perasaan sy. Peliknya sy rse sy dh mcm lesbian. Sy tempis smue perasaan tu shingga sy dh tk tahan sgt, so sy menceritakan pd kwn sy, dia suggest sy prgi junpe ustaz As Syifa utk berubat. Then sy tnjukkn pd ustaz gmbo bff sy tu. Ustaz ni plk blh berinteraksi dgn dia melalui gmbo. Dan ustaz tu ckp yg bff sy terlalu sygkan sy shingga klau blh dia tknk sy close dgn kwn2 pempuan yg lain. Sounds like Pelikkan. Tp itu la realitynya. Sy bersyukur sbb Allah telah tnjukkn pd sy siapa bff sy yg sebenar! Even sy nk buang jin yg ada dlm tbuh sy ni, tp sy still lg ingt dn rindu dia. Ustaz ada bgtau yg bff sy ni ada mengamalkn ilmu. Dn ustaz ada ckp yg dia tknk lepaskan sy. Dia nk sy sentiasa dgn dia. Skang sy hanya mampu berdoa spaya Allah bukakn pintu hati bff sy tu utk menyesali perbuatan dia, menginsafi dn kembali ke pangkal jalan. Aamiin2 Ya Rabbal Alamiin

    ReplyDelete